Dia
Masih Di Sini
Seingat aku,
peristiwa itu sudah lama berlalu. Hampir lima belas tahun dahulu sewaktu kami
berkenalan dengan secara tidak sengaja melalui seorang rakanku yang kebetulan
bersahabat dengan rakannya. Ketika itu aku masih lagi mentah untuk memahami
makna perasaan. Lebih tepat perasaan yang bermula daripada organ dalaman
disebut hati terhadap seseorang yang berlainan jantina denganku.
Ketika itu aku
baru sahaja melangkah ke alam sekolah menengah dan dia pula bakal menduduki
peperiksaan SPM. Perbezaan umur kami yang sebanyak empat tahun itu langsung
tidak membawa masalah kepadaku di saat dia menghulurkan salam persahabatan.
Katanya, bersahabat biar seribu. Sewaktu aku mendengar katanya, aku tersenyum
sesaat. Ah, ayat yang klise! Sejak hari itu, bermulalah episod kisah hidup kami
yang masam-masam manis.
Setahun berlalu
bagaikan tidak terasa. Dia sudah selesai menduduki peperiksaan SPM dan mula
berhijrah ke kota untuk mencari pengalaman sementara menunggu keputusan
diumumkan. Aku di kampung dan dia di kota, penghubung kami hanyalah surat.
Maklum sahajalah, pada zaman itu telefon bimbit dan internet masih tidak
sepopular sekarang. Di dalam suratnya, ayat-ayatnya terlalu indah untuk aku
baca sehingga aku tergelak sendirian. Hai, bila pelajar sastera tulis surat
memang bahaya. Ianya boleh mencairkan sekeping hatiku!
Bila sahaja dia mendapat tempat di institusi
pengajian tinggi, hubungan kami bagaikan berkubur tanpa nisan. Aku langsung
tidak mendengar khabar beritanya. Juga tiada alamat untuk dihubungi apatah agi
nombor telefon. Aku akhirnya pasrah dan mengaku bahawa hubungan persahabatan
kami terputus begitu sahaja.
Selepas lima
belas tahun, sungguh aku tak sangka yang aku akan berdiri di hadapannya. Pada
saat aku diperkenalkan kepadanya, pandanganku menjadi kelabu. Beberapa kali mataku
dipejamcelik, dia masih di situ. Berdiri dengan penuh keyakinan di hadapanku
dengan senyuman yang masih sama. Dia langsung tidak berubah kecuali badannya
yang dahulunya kurus kini menjadi lebih sasa. Beras murah?
“En. Azim,
perkenalkan Dr. Sri Delima, pensyarah junior yang baru balik dari Nippon.”
“Selamat
kembali ke Malaysia.”
Aku masih belum
bersuara. Hanya mataku yang berkata betapa terkejutnya aku dengan dia di sini.
“Dr. Sri,
kenalkan ini En. Tuan Azim, dia pensyarah kanan dari Pusat Pengajian Bahasa.
Mengajar Tamadun di fakulti ini.”
“Selamat
berkenalan En. Azim,” kataku dengan senyuman yang agak kekok.
“Saya minta
diri dulu. Saya ada kelas. Ada masa kita jumpa lagi,” katanya lalu melangkah
laju dari pejabat pentadbiran fakulti.
Langkahnya aku
hantar dengan pandangan sayu. Dia sudah lama tidak aku ketemui. Selama lima
belas tahun ini, aku begitu berharap untuk berjumpa dengannya dan menyambung
kembali talian persahabatan. Melihatkan pandangannya yang tidak bercahaya
seperti lima belas tahun dahulu, melumpuhkan segala impian aku untuk kembali
bersahabat dengannya. Tiba-tiba sahaja aku berasa senak di dada. Kadar degupan
jantungku meningkat dengan kecerunan yang tinggi. Mengapa begitu? Adakah
perasaan yang pernah berputik lima belas tahun dahulu kembali berbunga? Pada
saat itu, barulah aku tahu bahawa si dia masih di sini. Aku memegang dada di
sebelah kiri. Ya, dia di sini.
Setelah aku diperkenalkan dengan
ketua-ketua jabatan, aku dibawa pula ke satu bilik. “Ini bilik Dr. dan ini
kuncinya. Biasanya bilik pensyarah akan dilengkapi dengan sebuah meja, kerusi
dan rak buku. Buat masa sekarang, pihak kami hanya boleh sediakan desktop untuk
Dr. Saya akan semak dengan pihak IT samada peruntukan laptop untuk Dr ada atau
tak. InsyaAllah, paling cepat Dr akan dapat dalam masa seminggu.”
“Terima kasih Kak Wan. Apa yang ada
ni dah cukup buat masa sekarang.”
Aku duduk di kerusi dan bersandar.
Tanganku menghidupkan komputer di atas meja namun fikiranku bukan di situ. Aku
masih lagi mengenangkan pertemuan singkatku dengan Azim. Kenapa dia seolah-olah
tidak mengenaliku? Kenapa kata-katanya seakan dingin? Aku tidak pernah berbuat
salah kepadanya. Dia yang menghilangkan diri tanpa khabar berita. Sepatutnya
aku yang bersikap dingin dan berlakon seperti sedang merajuk kerana
ditinggalkan tanpa jejak. Ini terbalik pula. Kenapa? Apa yang sudah berlaku
selama lima belas tahun terhadapnya? Kenapa tiada lagi sikap ramah terhadapku
seperti dahulu? Biarlah. Mungkin dia mengejar masa kerana katanya tadi ada
tuntutan tugas yang perlu dilaksanakan olehnya.
Sebulan
selepas pertemuan dengannya di pejabat fakulti, kami bertembung lagi. Kali ini
di kafetaria Kolej 9. Dia mengajakku makan bersamanya setelah mendapati aku
hanya keseorangan pada waktu itu. Pucuk dicita, ulam mendatang. Aku nekad untuk
mendapatkan penjelasan daripadanya.
“Dah lama kerja di sini?” Aku
bertanya untuk memecahkan kesunyian di antara kami.
“Hampir tujuh tahun,” jawabnya
ringkas.
Kemudian aku diam dan dia lagilah
diam. Entah bagaimana untuk memulakan perbualan berkenaan peristiwa yang telah
lama berlalu. Tapi aku harus dapatkan jawapan daripadanya. Seperti pertama kali
berjumpa dahulu, jantungku bagaikan tidak mengikut rentak asalnya lagi. Pantas.
Seolah-olah pelari pecut yang ingin cepat sampai ke garisan penamat.
“Saya minta maaf pasal dulu,”
katanya dengan tiba-tiba.
“Kenapa kita terputus hubungan? Saya
ada buat salah?” Tanyaku dengan berani.
“Tidak. Sri tak salah apa-apa dengan saya. Keadaan yang
buat kita terpisah.”
“Jadi, kita boleh terus bersahabat?”
Dia langsung tidak menjawab soalan itu tetapi hanya
tersenyum pendek. Aku dapat rasakan dia menyembunyikan sesuatu dari aku. Tapi
apa? Aku tidak percaya sekiranya dia tidak punya rasa yang sama sepertiku. Bukankan
dia pernah meluahkan segalanya di dalam surat yang menjadi penghubung kami
suatu ketika dahulu? Kami berpisah petang itu tanpa jawapan yang aku perlukan.
Sebulan selepas peristiwa aku makan bersamanya, kini aku
bagaikan telah mendapat segala jawapan terhadap persoalan aku. Kesihatan aku
sedikit terganggu dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. Seorang rakan
mencadangkan aku ke Pusat Kesihatan Universiti. Aku terus sahaja bersetuju.
Setelah selesai melakukan proses pendaftaran di kaunter yang sepatutnya, aku
terlihat Azimku bersama seorang wanita mengandung. Mereka kelihatan amat mesra.
Tiba-tiba aku rasakan kepalaku yang sedia berat menjadi bertambah berat. Aku
ingin rebah melihatkan mereka berdua. Setelah lima belas tahun menunggu, adakah
ini balasannya terhadapku? Aku begitu setia menunggu. Aku begitu berharap agar
suatu hari aku dipertemukan dengan dia dan kami boleh menyambung kembali apa
yang terputus dahulu. Aku sentiasa berdoa semoga dialah jodohku. Malangnya
penantian aku hanya sia-sia. Rupa-rupanya doa aku tidak dimakbulkan.
Dan hari ini, aku berada di rumah ibu bapaku. Aku perlukan
suasana baru dan udara segar untuk melupakan kisah aku dengan dia. Ternyata
hanya aku yang masih menyimpan dia di sini, di hatiku. Tetapi tidak baginya.
Aku sudah lama dilupakannya.
Pada malamnya, aku diberitahu sesuatu oleh emak. Tentang
kedatangan seseorang yang membawa hajat pada esok petang. Pada mulanya aku
ingin menolak kerana keadaan hatiku yang masih belum pulih. Lagipun aku tidak
pasti berapa lama masa yang aku perlukan untuk buang si dia dari sini, dari
hatiku. Tetapi melihatkan kesungguhan emak, aku mengangguk. Tidak salah rasanya
untuk mencuba. Malah yang paling penting, hati emak harus aku jaga.
Orang tua sedang berbincang di atas. Aku disuruh menemani
anak terunanya di halaman rumah. “Kenapa tak naik ke rumah?” Tanyaku. Aku
letakkan dulang yang berisi gelas air sirap dan mihun goreng di sisinya. Si
teruna ini tidak naik langsung ke rumah sejak mula-mula sampai tadi. Kerjanya
hanya membelek telefon bimbit di tangan.
Dia memandangku sepintas lalu dengan senyum manis di bibir.
“Saja nak rasa angin petang di kampung ni. Di KL takkan dapat suasana macam
ni,” katanya dengan ramah.
Aku menghulurkan sepinggan mihun yang dibawa turun bersama
air kepadanya. “Rasalah. Mak yang masak.” Kataku sambil ketawa. Aku tak sangka
yang dia turut ketawa. “Ingatkan nak cakap Sri yang masak,” katanya.
“Eh, macam mana tahu nama saya?”
“Saya dah buat research.”
“Tapi saya tak tahu nama encik pun,” kataku pula.
Dia ketawa lagi. “Berencik-encik pula. Saya Nashriq.”
Aku mengangguk perlahan. Dia yang mula menyuapkan makanan
ke mulut membuatkan aku diam. Biarlah dia makan dengan aman sebelum aku mula
melakukan researchku terhadapnya.
Setelah beberapa ketika menunggu, akhirnya dia meletakkan pinggan yang kosong
ke dalam dulang. Dia mencapai pula gelas air sirap lalu diteguk sopan.
“Saya nak tanya sikit, boleh?” Aku memulakan perbualan.
“Banyak pun tak apa.” Balas Nashriq bersahaja. Aku pula
yang hampir ketawa. Ah, hatiku seakan-akan memberi hint supaya berkawan dengannya.
“Mak saya cakap, Nashriq kenal saya. Betul ke?”
Dia hanya mengangguk.
“Tapi dari mana awak kenal saya?”
“Dari sinilah. Dari mana lagi.”
“Awak pernah tinggal di kampung ni? Tak pernah nampak pun.”
“Pernah. Tapi tak lama. Pertama kali saya jumpa awak… lebih
tepat, terjumpa awak pada satu petang dan masa tu hujan lebat.”
“Hujan? Apa saya buat dalam hujan tu?”
“Manalah saya tahu. Saya tengok awak menari dalam hujan
lebat tu. Nampak comel pula. Peristiwa ni lebih kurang sepuluh tahun lalu.”
Aku memerah ingatan di kotak
fikiran. Sepuluh tahun dahulu? “Oh, masa tu! Jadi awak tengoklah saya
joget-joget macam orang gila?” Ingatanku segera berputar ke masa tersebut.
Nashriq senyum. “Seratus peratus. Dari mula awak turun
tangga, kemudian depakan tangan, kemudian pusing-pusing, lari sana, lari sini.
Sampailah ayah awak tarik awak naik.” Nashriq menceritakan detik-detik itu.
Aku memandangnya. Dia ingat semuanya? Mukaku berubah
menjadi merah. Aku pandang kaki yang beralaskan selipar jepun. Agak-agak kalau
aku guna kedua-dua selipar jepun ni, boleh tutup muka aku? Tak dapat aku bayangkan
kelakuanku pada masa itu menjadi tontonan dia. Ah, ini semua ayah punya pasal!
“Dan, sebenarnya saya tak sangka jodoh yang kakak cadangkan
pada saya adalah awak.” Nashriq menyambung lagi.
Aku pandang wajahnya sekali lagi. Ingatan lalu bagaikan
melambai-lambai kepadaku sebelum menghilang ke awan tinggi. Jodoh? Aku kembali
kepada masa kini. Tema inilah yang sepatutnya kami bincangkan. “Awak tak ada
sesiapa sebelum ni? Maksud saya, kawan perempuan yang serius untuk dikahwini?”
Tanyaku.
“Pernah. Saya pernah ada awak. Kemudian awak pergi dan saya
tak ada sesiapa lagi selepas itu.” Nada Nashriq serius sahaja.
Aku mengerutkan kening. Pelik dengan kenyataannya yang
seakan-akan kami ini pernah berkenalan dan berkawan. “Tapi saya tak pernah
nampak Nashriq pun kat kampung ni.”
“Masih ingat lagi Cikgu Sabariah yang tinggal di hadapan
rumah awak ni?” Nashriq bertanya sambil menunjuk ke arah sebuah rumah yang
sudah lama kosong.
“Ya. Boleh dikatakan saya agak rapat dengan Cikgu
Sabariah.”
“Dia ialah kakak saya. Sebelum hujan lebat turun pada
petang itu, saya sampai di rumah kakak. Saya ponteng kuliah. Malas nak balik
rumah sendiri, saya melencong ke sini,” ceritanya.
Aku seakan-akan ingat sesuatu. “Oh, jadi awaklah orangnya
yang berambut panjang, berjaket hitam, mengendong gitar, dan berseluar jean
koyak di lutut pada waktu tu?”
“Sri ada nampak saya?”
“Masa tu saya di bahagian belakang rumah. Hati saya dah
risau berkenaan permohonan saya ke luar negeri. Kawan-kawan dah dapat jawapan
tapi saya saja yang belum tahu untung nasib. Rupa-rupanya ayah saya yang terima
surat tu. Dia buka dan dia simpan. Dia langsung tak beritahu saya. Bila saja
saya terjumpa surat tu di antara timbunan majalah di bawah meja, saya gembira
sangat. Pada waktu tu pula, hujan turun dengan lebat. Semasa saya di belakang
rumah tu, saya perasan awak masuk halaman rumah Cikgu Sabariah.”
Nashriq ketawa mendengar ceritaku. Selepas
reda tawanya, dia berdehem. “Jadi, awak rasa, kita bagaimana?”
Aku menarik nafas dalam-dalam. “Begitulah.”
“Begitulah? Maksud awak?”
“Awak sendiri cakap awak tak ada sesiapa. Begitu juga saya.
Jadi, eloklah tu kalau ada jodoh antara kita. InsyaAllah.”
“Awak tak kisah hidup dengan saya?”
“Awak akan jaga saya, kan?”
“InsyaAllah.”
“Jadi, saya tak kisah hidup dengan awak. Cuma, awak rasa ok
ke hubungan kita nanti? Saya di Johor, awak di KL. Hujung minggu sahaja kita
boleh jumpa.”
“Dah banyak pasangan yang jadi weekend husband and wife. Tak apalah. Sekiranya ada peluang, saya
cuba minta tukar ke Johor. Syarikat tempat saya kerja ada cawangan di sana.
Sepatutnya tak ada masalah sebab ada alasan yang kukuh.” Nashriq memandangku
dengan senyuman.
“Okey.” Aku mengangguk.
“Kira jadilah ni?”
“Jadi aje,” kataku. Aku sengih lebar. Walaupun bayangan
kenangan lama masih di bermain di fikiran, aku harus mula melupakannya. Sudah
ditakdirkan aku akan hidup bersama jurutera rock
ini. Aku memandang ke muka pintu rumah. Ekpresi emak dan ayah begitu ceria
untuk mendapat menantu. Entah-entah, sudah difikir mereka akan wajah-wajah cucu
yang akan memeriahkan rumah ini. Ah, emak dan ayah ni terlalu advance!
Aku memegang bahagian kiri dadaku. Entah kenapa aku rasakan
denyutannya sedikit laju. Adakah nama Nashriq kini mula terukir di situ? Aku
memandang Nashriq yang masih duduk di sebelahku. Dia memandangku dengan
pandangan bercahaya. Cahaya cintakah itu?
**nota kaki:
silalah ampunkan saya. MSM nanti satt eh.
3 comments:
Buat apa mengharap pada yang x sudi dan hatinya telah kelain... baik ambil yg depan mata ... ROCK tu... hihihi
kak su, leave ur email!
betul ckp sue,tp sakitnya tetap di rasa sampai bila2.....
tp kn jodoh itu rahasia ALLAH
Post a Comment