Friday, January 20, 2012

JH 3


Aku sungguh tak sabar-sabar nak menulis hari ni tentang satu kejadian yang tak dapat aku lupakan.

Aku dapat arahan dari Puan Suzie untuk kemaskan satu bilik di Tingkat 9, iaitu dua tingkat di atas tingkat aku berada pada waktu itu. Dengan gagahnya aku angkat mop lantai, vacuum cleaner, penyapu dan beberapa peralatan lain ke tingkat atas sebab setahu aku kat tingkat 9 takde stor peralatan cuci.

Aku dapat input bahawa seseorang akan menghuni bilik tersebut esoknya. Jadi, aku tidaklah rushing sangat. Masih ada setengah hari untuk mempersiapkan bilik tersebut. Takkanlah nak kemas bilik yang luasnya tak seberapa tu akan makan masa berjam-jam? So, dengan lemah gemalainya aku buat kerja. Tadi Makcik Mah dah offer nak tolong tapi aku taknaklah susahkan dia. Kerja dia kat tingkat yang sepatutnya pun belum habis lagi waktu tu.

Kat Tingkat 9 ni aku tak pernah jejakkan kaki lagi. Puan Suzie yang tunjukkan kepada aku perihal bilik yang perlu aku bersihkan. Tak cakap banyak, aku terus aje buat kerja. Start dengan sapu-sapu habuk atas meja dan kabinet. Pastu lap pulak. Lap tingkap kasi berkilat. Pastu mop lantai. Last sekali dekat area sofa tu, ada karpet yang cinonet, aku vacuum ajelah.

Punyalah tekun dan rajin sekali aku buat kerja. Tetiba aje bahu aku dicuit-cuit. Ahha, terangkat hose vacuum cleaner tu dengan badan aku berpusing ke belakang sekali. Sikit lagi nak kena 'apa-apa' yang mencuit aku tadi.

Yang aku dengar, "Easy..easy!" Kepala hotak dia. Jantung aku macam dah jatuh ke pinggang, dia boleh easy..easy.

Aku urut dada. Syukurlah rupa-rupanya seorang manusia. Kalau makhluk Allah yang lain, aku tak tahulah kat mana aku sekarang. Belum sempat aku buka mulut nak bertanya 'boleh saya tolong', dia dah sembur aku kaw-kaw punya! Cinabeng punya mamat saleh. Tapikan, dalam pada aku menyumpah-nyumpah dalam hati menahan marah, aku terpikir-pikir juga macam mana dia boleh cakap Melayu fluent gila?

Masa duk terpikir-pikir tu, aku tak sedar langsung yang aku tengah pandang muka dia. Lama pula tu. Aimy, ko memang tak malu laaa!! Aku sedar pun bila mamat saleh tu petik jari kat muka aku. Dan ayat dia yang tak boleh aku lupa, "Aku kacak, kan? So, please jangan berangan. Aku tak pandang orang macam kau!" Dia berpaling dari aku untuk melangkah. Dua tapak kemudian dia berhenti dan pandang aku dari atas ke bawah. Lepas tu, terus dia blah dari situ.

Aaaaa! Nak aje aku pulas telinga dia. Perasan! Perasan! Perasan! Geram betul aku.. Siap kau kalau aku dapat. Aku cincang-cincang buat paprik special.

Beberapa saat selepas mamat saleh tu keluar, Puan Suzie masuk dan meninjau keadaan bilik yang aku kemas tu. Dia senyum sambil mengangkat ibu jari tanda berpuas hati lalu melangkah ke arah aku yang sedang berdiri tegak macam tiang bendera. Lega sikit hati aku bila diberi penghargaan kecil yang begitu.

"Dah jumpa bakal penghuni bilik ni tadi, kan?" Soalan dari Puan Suzie tu buat aku tercengang. Jenuhlah aku berfikir siapa lantas aku teringatkan Si Paprik tadi. Diakah?

Puan Suzie senyum aje melihatkan kerutan kat muka aku. Perlahan-lahan dia menuju ke pintu yang terbuka dan memasukkan satu nama ke slot di situ.

Ahmad Fauzi Che Mokhtar
Senior Engineer

Oo, Ahmad Fauzi ye? Che Mokhtar, anak Tan Sri la ni? Heh. Anak Tan Sri tak anak Tan Sri. Sarang tebuan jangan kau jolok. Tebuan bukan sebarang tebuan. Ini permaisuri segala tebuan. Takpe, kali ini aku maafkan. Esok lusa kau buat lagi, siap.

Hish, mujurlah waktu aku tulis ni Tsu kat bawah main-main dengan Summayyah. Kalau dia tengok muka aku cemberut semacam waktu menulis, mulalah mulut kepoh dia tu tanya macam-macam. Haih, nasib baik.. nasib baik.

2 comments:

Kak Sue said...

Hahaha.... Ada aku kisah dia anak siapa????..
yang penting aku tahu Aku anak siapa.....hehehehe

mizz acu said...

like komen di atas.. :)