Wednesday, July 7, 2010

STTS ~ 12

Akmal mengetuk keyboard satu persatu. Bunyinya..mak aihh, takut! Lagak macam menghantuk kepala ke dinding. Sekejap-sekejap, dia menggeleng kepala. Sekejap-sekejap meraup muka. Sekejap-sekejap menjeling keluar. Macam ada yang tak kena. Apa dah jadi ni?

Pintu ofis yang terbuka memudahkan anak mata Farah menangkap kelibat bosnya. Berkerut dahi memikirkan kemungkinan (-kemungkinan) yang berjaya membuatkan bosnya sebegitu rupa. Seingatnya lah kan.. biasanya lah kan.. jarang sangat En. Akmal tu nak angau-tak-angau macam tu. Keluh kesah semacam aje. Sekali pernah la jadi macam tu. Masa dulu-dulu. Tapi tu pun Farah tak tau apa sebabnya.

Iye! Farah memang tak tau. Akmal pernah berkeadaan begitu sewaktu kena paksa kahwin dengan Cik Akmal dulu. Tapi status perkahwinan mereka, siapa yang tahu? Hanya Akmal, Akmal lagi dan juga Dato’ Rosli sendiri. Tambah lagi Long sekeluarga, Mak Yah.. dan adalah sepupu sepapat yang rapat. Dah tuan punya badan tak kasi heboh-heboh. Pernah mengugut, “Kang jadi headline Kosmo kang..” haa!

Ermm.. Dan disebabkan itu jugak.. yang takdek siapa-siapa tahu mengenai status mereka tu.. telah menyebabkan Akmal bagaikan cacing kepanasan di ofisnya. Sengaja dibuka pintu ofis untuk mengintai samada penghuni bilik sebelah dah balik ke belum. Dan secara tak langsung, membuatkan Farah tertanya-tanya jugak.

Sepuluh minit berlalu. Akmal mengemas meja. Laptop di‘shut down’. Kot di kerusi disangkut ke bahu. Dia berjalan pantas. Tiba di meja Farah, sempat dia berpesan.

“Appointment hari ni cancel ek. Tolong reschedule balik. Saya ada hal.”

Farah mengangguk. Batang tubuh Akmal sudah dipusingkan untuk melangkah. Tapi, “By the way, kalau cik dalam bilik ni dah sampai ofis, suruh dia call saya.” Jari telunjuk diarah ke bilik berkenaan.

Farah mengangguk lagi.

Baru dua tapak melangkah, figura yang ditunggu muncul. Akmal memandang tajam. Terasa dingin seluruh badan. Kalau tak kerana tempat yang kurang sesuai ni, mahu saja disembur buah pinang daun sirih. Namun, yang terluah hanya di tapak tangan. Ye, buat pertama kali dia mengepal tapak tangan. Tahan! Tahan!

Tanpa pamitan sindiran seperti selalu, Akmal terus melangkah.

“Cik Akmal..” Farah memecah hening.

“Uu, kenapa tu? Datang bulan?” Akmal bersuara dengan mata memandang kelibat yang berlalu tadi. Apahal pulak mamat ni? Bukan part gaduh-gaduh ni dah habis ke? Dua minggu masa jaga Mira dulu, dah macam nampak bunga-bunga cinta. Eih, pelik! Bertepuk sebelah tangan ke aku ni? Ermm..

“Lepas lunch hour tadi, saya nampak En.Akmal macam tak betul aje.”

Akmal memalingkan muka. Merenung Farah. Tak betul? Sedapnya dia mengata sua… ops..

“Apa maksudnya tu? Tak betul kenapa?”

“Erm, bukanlah tak betul macam mana Cik. Sorry..sorry. maksud saya, dia tak macam selalu. Tak pernah la saya nampak dia macam tu. Tapi hari ni, sungguh! Dia memang pelik sikit.”

Akmal mengerutkan kening. Apakehalnya pulak dia ni?

“Hmm, biarlah. Nanti baik la tu. Ada apa-apa pesanan tak?” Farah menggeleng kepala sebelum bersuara, “kecuali En. Akmal pesan supaya Cik call dia.”

Akmal hanya mengangguk. Lagi pelik. Sebelum ni, kalau nak terjah, dia aje yang call. Hari ni siap berpesan pulak. Kenapa ni?

Akmal duduk di kerusi. Handphone dalam handbag terus dikeluarkan.

“Hello, Assalamualaikum..” Salam yang dihulur dibiarkan tak berjawab. Lama tau! Dah tu yang dengar, “Kemas barang. Balik sekarang!”

Uh, gugur jantung. Arahan bos ke, arahan suami?

Tanpa fikir panjang, dia terus bangun. Nak kemas apa, tak sempat selerakkan apa-apa!

Apasal ni?

Dan tak tau kenapa tiba-tiba, dalam minda bagai terdengar-dengar satu perkataan…

2 comments:

Miss Kira said...

asal2??
jeles ke apa??
uuu..
love is in the air..

Unknown said...

suspennya.. mesti kes jeles nih.. hihihi