Tuesday, August 4, 2009

Ini Hati, Aku Yang Punya 8

“Puan, ada orang nak jumpa.” Ketukan di muka pintu yang sememangnya terbuka mengalihkan pandangan Nisa dari muka buku. Dia sedang meneliti beberapa contoh soalan untuk diterangkan pada pelajarnya dalam kelas nanti.

Muka student di depan pintu dipandang. “Siapa?” lambat-lambat dia bertanya. Entah kenapa terasa getaran di hati.

Pelajar itu kemudiannya menggamit seseorang. Orang yang dimaksudkan mahu berjumpa Nisa. Kelibat itu menunjukkan muka. Melihatkan wajah itu, Nisa semakin membeku di kerusi. Setelah pelajarnya meminta diri untuk beredar, pandangan Nisa kembali mengadap buku. Sedar kelakuannya itu agak kasar pada suami, tapi apakan daya.. Luka di hati masih belum sembuh. Bagaimana nak sembuh kalau tak dirawat? Setelah seminggu berlalu tanpa tindakan berupa pujukan, hati Nisa betul-betul kecewa. Semakin yakin mereka masih ‘ada apa-apa’.

“Nisa, aku mintak maaf.” Suaranya kedengaran sayu. Pintu bilik yang terbuka sudah dirapatkan. Bimbang kalau-kalau ada student yang melintas mendengar perbicaraan mereka. Tak sesuai untuk tontonan umum..

Kata-kata tu, sepatutnya waktu tu. Bukan sekarang. “Sorry, Fiz. Jap lagi aku ada kelas. Aku tak rasa tempat ni sesuai nak bincang pasal tu. Kalau kau nak, kau boleh balik rumah sewa aku dulu.. InsyaAllah, aku tak ada apa-apa petang ni. Rasanya dalam pukul 3 lebih, aku sampai rumah.”

Hafiz diam lalu mengangguk. Dia sempat merenung Nisa yang tekun mengadap buku. Tidak diangkat mukanya sewaktu bercakap. Tak sudi nak pandang aku dah ke?

Hafiz keluar dari bilik. Dia melangkah perlahan. Perasaannya bergolak di dalam.

Walaupun ucapan maaf terlambat seminggu, tapi kau kena tahu Nisa..aku betul-betul sedih bila tak dapat hubungi kau. Bila tak dapat nak minta maaf. Selepas kau nampak aku dalam keadaan macam tu dan kau patah balik, aku kejar kau. Tapi tetap tak sempat. Masa tu jugakla Ridhuan bagitau ada problem dekat site. Seminggu Nisa.. Dah setel masalah kat site, aku terus datang jumpa kau. Tapi kau langsung tak pandang aku..


****************


“Kau kena tahu Nisa.. Aku dengan dia takde pape. Aku berani sumpah..” Nisa baru melangkah masuk rumah, Hafiz terus bersuara. Dah tak boleh nak tangguh-tangguh. Dia takkan tenang selagi tak mendengar Nisa memaafkannya.

Nisa melangkah malas ke sofa di ruang tamu. Fail di tangan diletakkan ke atas meja. Pin baju dibahu dileraikan satu persatu. “Correction. Kau DAH takde pape. Tapi dulu ada pape kan?” perkataan DAH ditekan dalam-dalam. Kalau hati pernah ada rasa sayang, tak mustahil masa tu dan sekarang..

“Nisa...” Dia berhenti sejenak. Memandang Nisa yang langsung tak memandangnya. Berubah angin dan suhu badan Hafiz. “Ok. Ok. Yess! Dulu aku memang ada pape ngan dia. Tapi sekarang dah takde, ok. Aku dah ada kau... Cukup la.” Dalam ketegasan terselit sedikit kesayuan bila mengucapkan ayat yang terakhir itu. Nisa, kalau la kau tau betapa aku sayangkan kau... Cukup aku ada kau. Aku tak perlukan sesiapa lagi..

Nisa menyandarkan badannya ke sofa. Cuba mentafsirkan kata-kata yang terluah sebentar tadi. Seketika kemudian, satu persoalan muncul di benaknya.

“Hafiz, aku betul-betul tak faham dengan kau, sebenarnya. Dulu, kau cukup sayang dengan dia kan? Sanggup ketepikan aku sebagai kawan baik kau semata-mata sebab dia. Tapi tup-tup, kau pinang aku.. Kau tengah main permainan apa ni?”

Hafiz duduk di sebelah Nisa lalu meraih tangan isterinya ke dalam genggaman. Memang ada sesuatu yang perlu dijelaskan. Masanya dah tiba.. “Nisa, itu dulu, ok.. Aku dah bagitau, sekarang aku dah ada kau. Aku tak perlukan dia lagi. Sayang aku dah tak ada pada dia. Aku benci dia. Meluat.” Hafiz menghamburkan satu persatu perasaannya terhadap Ema yang disimpan selama ini.

“Meluat? Habis tu yang aku nampak tu? Macam tu ke yang kau cakap meluat? Kau tau tak apa yang aku nampak? Kau tau tak rasa hati aku? Kau faham tak macam mana rasanya...” sebak di dada menghalang Nisa dari terus berkata-kata.

“Nisa.. shh..shh.. Aku faham. Aku faham. Aku pernah alami perkara yang sama dengan kau..”

Nisa membuat muka. Pernah alami? Apa maksudnya?

“Aku clash dengan dia dah lama. Masa kita nikah hari tu, aku dengan dia dah setahun takde apa-apa. Tapi aku mengaku yang dalam sebulan dua sebelum kita nikah, dia ada datang cari aku balik.” Hafiz berhenti sejenak. Bimbang kalau-kalau...

“Kenapa dia cari kau balik?” Sejarah suaminya dengan bekas kekasih mencuri tumpuan. Dibiarkan seketika kisah kecurangan yang terjadi minggu lalu.

“Dia nak sambung balik. Tapi aku tak nak. Aku dah tak boleh nak tahan hati. Aku dah nampak kecurangan dia. Bukan sekali Nisa. Berkali-kali. Aku dah tak boleh tipu hati aku. Aku kena tamatkan kisah antara aku dengan dia. Aku pun tak faham kenapa dia datang cari aku balik. Hari-hari call. Aku rimas. Aku nak larikan diri dia. Aku kawen dengan kau.” Tanpa sedar, Hafiz dah menyatakan sesuatu yang cuba disembunyikan. Sesuatu yang menjadi penyebab kenapa Nisa menjadi isterinya sekarang.

Nisa diam. Hatinya terasa sakit tiba-tiba. Ayat tu...

“Tapi Nisa, apa yang kau tengok tu tak seperti yang kau fikirkan. Kau salah faham. Betul Nisa..”

Nisa dah tak dengar apa yang Hafiz bagitau selepas tu. Bagai di bawa angin lalu. Apa yang di dalam fikirannya, “Aku rimas. Aku nak lari dari dia. Aku kawen dengan kau..” Apa maknanya tu? Apa maknanya tu???

Hafiz mungkin tak sedar. Tapi masa tu, hati Nisa bagaikan terhempas ke batu. Dah retak bermega-mega pixel. Dah payah nak dicantumkan lagi. Hafiz memang tak sedar, hati yang pecah tu, hati aku.. Hati yang dah menempatkan cinta untuk dia. Untuk seorang suami...

Tapi balasannya?

15 comments:

-Ain-Dak In- said...

walawei..
cepat sambung..
bes!!!!!!!!!!!!!

adif_rs said...

wawiii...
makin seronok ar bace..
cpt2 smbung.....

Anonymous said...

alahai kesian nisa
cepat la hafiz explain benda yg sbebenar kat nisa
confess le cepat :DD

Unknown said...

uiks..sambung deh..panas btoi neh..aiyok~~

keSENGALan teserlah.. said...

aiyarrrrkkk...
hafiz,,cpt cover blk statement tuh dgn katakan skang nieh cinta aku hana untuk kau..
huhu..
smbung2..

bidadari cinta said...

ape la hafiz ni..
sian kat nisa..
klu tau dh ade isteri tu, jgn la layan si ema tu..
ni tak, dh ema cal, jgn la jwb...
sian kat nisa..
apepun, hafiz cpt2 xplain kat nisa..!

ha-ra said...

alahai...
hafiz oit....
jga la mulut 2...
kan da tmbah luka kt ati nisa...
cian nisa...
huhuhu
cpat la smbg...

Bulanhijau said...

ish...

cik hafiz ni pun,
terus terang je la dgn nisa...

cian kat nisa tu haaa..

DianaTakyuddin said...

cian kt nisa...huhu

x sbr nk tgu next n3!!!

eina said...

syok2..sambung cepat2 ya..

airina said...

alalalala
pe ni enche hafiz ooi
ckp maen lps aje
cian nisa
haiyakkk huhuhhu
nisa xmo cedih2 no2

.:me insan biasa:. said...

penin sikit la..
cam dari siri 6 jump ke 8..
camner nk komen...emm..tp leh paham gak..tp leh jd siri 7 tu camner..??cam tergantung sikit..

Che Sue said...

seronok lak raser dah masuk ep ke-8 nih!
kenapa la si ema tu carik hafiz lagi yer...?
sajer nak sakitkan hati nisa ker?
ataupun memang dia tahu yg nisa memang sukakan hafiz dari dulu lagi?
hafiz kena xplain bebetul kat nisa tuh...
amik hat dier sekali biar nisa jatuh sayang sesangat kat hafiz...
nisa pun kena gak ada toleransi ngan hafiz...cuba give n take sikit baru la aman r/tgga yg baru bermula tuh....!
apa kata uat hafiz lak majuk nagan nisa bila hafiz dah habis daya pujuk nisa...
mesti seronok part nih...ngeeeee! :)

yunix77 said...

bestnya.....hafiz datang pujuk
nisa la majuk2
hehehe

tak sabar tggu next episod

myrafragile said...

kesian kat nisa..hafiz cpt cover blk before nisa merajok lbh teruk...