Sunday, January 15, 2012

JH 1



Kawasan kolej dah semakin lengang. Budak-budak junior semuanya dah balik. Dekat blok ni, hanya tinggal aku, Tsu dan kakak-kakak senior sahaja. Aku masih ada satu paper yang belum setel. Tu pun lusa. Hari ni aku nak lepak-lepak tengok movie apa yang ada dalam hard disk Tsu. Malam nanti baru nak bukak nota-nota yang aku dah buat masa study week dulu.

Sebenarnya, aku masih terfikir-fikir lagi tentang tawaran Tsu untuk buat part time. Seronok juga kalau dapat bekerja bila cuti semester nanti. Lama tu kalau nak duk saja-saja. Boleh mati kebosanan. Dahlah aku ni tak ada tempat nak tuju bila time cuti macam ni. Ada sorang kakak pun dah pindah ke Kota Kinabalu. Huh... Mungkin ikut Tsu balik KL ada faedahnya bagi aku.

Cuti-cuti lepas pun aku biasa kerja. Cari duit satu hal. Aku sebenarnya nak cari pengalaman juga. Nak juga tahu selok-belok kehidupan luar. Yelah, kan.. Lepas habis belajar nanti, aku akan cari kerja juga. Masa tu aku akan tinggalkan alam kampus dan kena siapkan diri sendiri untuk hadapi cabaran di luar. Dulu bolehlah bergantung pada kakak. Sekarang, kakak pun dah kahwin. Takkan aku masih nak menempek padanya lagi walaupun dia satu-satunya saudara kandung yang aku ada. Nasib baik dapat abang ipar yang tak kisah dengan aku yang nak tumpang bermanja dengan bininya.. Hehe, Aimy doakan kak Ain bahagia dengan abang Naim hingga ke akhir hayat!

Argh, minta-minta aku boleh manfaatkan cuti nanti. Bolehlah simpan duit sikit-sikit untuk PSM. Dengar-dengar dari kakak senior, nak buat PSM kena pakai banyak duit. Entahlah. Tapi tak kisahlah PSM tu kena pakai banyak duit atau tak. Kalau tak pakai ke situ pun, duit masih perlu untuk diguna di tempat lain, kan? Sekurang-kurangnya boleh tampung bila aku sesak nanti..

Dah tak tahu nak tulis apa. Baik aku off sini, dan kacau Tsu yang sedang belek majalah tu. Heh, nasib kau lah Tsu dapat kawan macam aku..

3 comments:

hk said...

this is my second time reading this story..really really love it... kalau dapat dikembangkan menjadi novel lagi baik...

hk said...
This comment has been removed by the author.
zuezakry said...

dear hk,
terima kasih banyak2. akak harap cerita ni boleh buat kita senyum.
akak lagilah tak sangka cerita ni ada peminat. sampai dua kali baca ya.
alah... bacalah lagi :)