Wednesday, July 8, 2009

Ini Hati, Aku Yang Punya 2

Sungguh dia tak sedar sejak bila gadis itu mula mengambil tempat di hatinya. Nisa... Kau dah jauh berubah. Nisa sekarang bukan Nisa yang dulu. Nisa sekarang nampak lagi ayu dan bersopan. Mukanya dulu yang penuh jerawat kini dah putih bersih. Penampilannya nampak elegen walau hanya dengan berbaju kurung. Tak selekeh macam dulu..

Tapi ada satu yang tak pernah berubah... Yang membuat hati Hafiz berdangdut dag dig dug..ahh asyik!

***

“Kau biar betul Fiz? Dah pikir masak-masak ke?” Terhenti cawan yang berisi air kopi di depan mulut. Cikgu Maznah terkebil-kebil mendengarkan permintaan Hafiz yang baru saja sampai ke kampong. Sampai-sampai aje buat permintaan yang bisa munggugurkan jantung.. Entah anak sape la dia ni.

“Dah puas pikir dah ni mak.. Dah terlebih masak. Hangit. Rentung dah ni…” selamba tapi serius balasannya. Nak ulang berapa kali baru mak nak paham ni??

Cikgu Maznah memandang suaminya. Muncung mulutnya melakukan ‘mmuaahh’ kerana cuba menyampaikan sesuatu. Cikgu Ibrahim masih diam. Surat khabar ditangan dilipat perlahan. Isyarat isteri tadi dibiarkan tak berbalas. Kang kalau di‘mmuaahh’ balik, ada orang muntah hijau pulak!

Hati Cikgu Maznah: Buat-buat tak paham pulak orang tua ni..
Hati Cikgu Ibrahim: Bukan tak paham, tapi maleh nak layan!


Setelah lama menyepi, Cikgu Maznah bersuara, “Mak pinangkan aje laa Nisa tu kalau kau dah cakap macam tu. Lagi pun, sebenar-benarnya kami lagi suka Nisa berbanding ‘ex-awekz’ kau yang dulu tu..” Terbatuk-batuk dia menekan perkataan ‘ex-awekz’ tadi. Sesungguhnya dia cuba nak terangkan betapa menyampahnya dia dengan ‘ex-awekz’ Hafiz yang dulu.

Hafiz faham benar siapa yang dimaksudkan oleh ibunya tadi. Biar laa. Perkara dah lepas. Tak payah susah-susah ingat lagi. Hafiz mengangkat muka. Senyum sesaat. “Syukran mak..” Sejurus kemudian, dia mengangkat punggung. Tapi, terdengar lagi suaranya, “Jangan lambat-lambat tau. Nanti melepas pulak anak mak ni.. Hafiz nak Nisa yang ni aje.. Nisa lain tak nak!”

Cikgu Maznah dan Cikgu Ibrahim saling berpandangan. Mereka kelu seketika. Masing-masing cuba bertanya, ‘Erkk.. Ada Nisa lain ke kat kampong ni? Tak pernah tau pun. Kalau ada pun, Nisa yang ni aje kami berkenan!’

Persoalan tu tidakla serumit mana pun. Yang membuatkan mereka terkedu sekarang ini ialah mereka cuba mencari di mana logiknya Hafiz suruh mereka meminang Nisa? Bila masa diorang bercinta? Sejak bila mereka jumpa balik selepas terputus hubungan tiga belas tahun dulu? Apa yang buat Hafiz terbuka hati nak kawen? Sedangkan bila dikecewakan ex-awekznya tahun lepas, habis suara dia meraung, “Aku tak percaya perempuan lagiii!!”

Merajuk Cikgu Maznah. Seminggu dia mogok dengan Hafiz. Bila ditanya kenapa, Cikgu Maznah hanya menjawab, “Hafiz kan tak percaya perempuan lagi? Buat apa nak berbaik dengan mak pulak?” Hafiz bengang. Terpinga-pinga!

Tapi itu kisah dulu. Sekarang yang penting adalah selesaikan misi meminang Nisa untuk Hafiz.

“Abaaang…” suara tua dalam alunan kemanjaan mengada-ngada kedengaran.

“Apaaaa?” Cikgu Ibrahim dah faham sangat gaya isterinya. Kalau nadanya lain dari yang lain, maknanya…

“Yahoooo!!! Kita nak dapat menantu bang.. Tak sabarnya saya !!”

Hermm, kan dah kata.. ada orang nak buang tabiat!

~~ex-awekz: hanya Cikgu Maznah yang guna disebabkan kemenyampahan tahap impak maksima - harap maklum~~

9 comments:

bidadari cinta said...

huhu..x sbr nyer nak tau kisah sterusnya..cepat sambung cik penulis yer..

keSENGALan teserlah.. said...

haha..
slumber arh cite nieh..
ske2..
smbung2..

Bulanhijau said...

hehehe

awat pendek sgt??
buat ktorang lagi tak sabar2 nak bce..
huhhuu

smbg2

Darthzcy said...

erkk.. kemetotnye entry..
besh2 tp next time wat le panjang2 sket eyh...

Farah Shamsudin said...

haha..
best ler cite neh..
tpi pndek sgt ler..
gee~

aqilah said...

no komen. but still, akak follow.......................

kak tyea said...

sambung lagi erk...saya suka cerita ni..cute..creative..

comei said...

hahahaha
gile sempoi mak ayah ni hihi

nailofargurlz said...

citer nih mmg sempoi gler..bestnyer dpat parents sehati sejiwa nih..hehehr