Wednesday, March 10, 2010

STTS~7

Dia terlewat lagi. Bersiap ala kadar dengan blouse lengan panjang dan berskirt labuh, dipadankan dengan tudung dari koleksi Arianni, Akmal segera mencapai beg laptop di sisi katil. Terburu-buru membuka pintu bilik sebelum orang atas meninggalkannya.

“Mak Yah. Shu dah lambat! Akmal dah pergi belum?” Langkahnya menghala ke dapur terlebih dahulu. Menyua segelas air masak ke tekak. Mak Yah memandang ke arah gadis itu sebelum membuka mulut.“Dia tengah sarapan. Pergilah makan dengan dia.”

Akmal menarik nafas kelegaan. Nasib baik. Kalau tak, macam mana nak pergi kerja? Semalam balik dengan kereta Akmal (cik abang) terus dari Kulim. Keretanya ditinggalkan. Tak tau la pulak dia kat sana tu, rupanya-rupanya.. huh. Menyakitkan hati.

“Oit, cepat makan. Kang lambat aku tinggal.” Akmal menghirup kopi.

Orang yang dipanggil segera duduk di kerusi lalu menjamah sedikit makanan. Mak Yah juga ke depan. Ingin menuang air. Akmal terus membuka mulut.

“Semalam Mak Yah ada masuk bilik Shu?” Akmal bertanya sambil memandang Mak Yah. Suaranya agak perlahan. Namun, tetap juga sampai ke telinga Akmal yang satu lagi. Kopi yang dihirup bagai di‘pause’ sebelum masuk ke kerongkong.

“Tak ada. Kenapa?” Mak Yah menjawab jujur tanpa mengetahui apa-apa.
“Ooo yeke..” Akmal memandang Mak Yah lagi. Biar betul. Takkan la aku mengigau bangun tukar baju sendiri?

Sungguh dia terkejut. Dah la bangun lambat. Kemudian, diserang dengan pertanyaan pulak! Bila masa tukar baju ni? Semalam, on the way balik dari Kulim sebelum sampai rumah, Akmal~e masuk ke Petronas untuk mengisi minyak. Alang-alang, Akmal~c memanjangkan ke langkah ke surau. Opss, ke toilet dulu. Keluar aja dari toilet, dia tidak ke surau sebab… sebab… [sebab tu la..] Dengan mengandaikan Akmal~e ke surau, jadi dia masuk ke kedai Mesra mencari air mineral. Lebih kurang 10 minit, barulah Akmal~e sampai ke kereta dan terus memandu pulang. Sampai kat rumah, dia terus masuk bilik. Tak tau tiba-tiba aja dah terlelap. Baju tu…

“Dah ke? Dah lambat ni..” suara Akmal di hadapannya mematikan lamunan. Teh dicawan dihirup kemudian mengangguk memberi isyarat.
“Aku dah. Kami pergi dulu Mak Yah..”

****

Akmal parking di sebelah myVi yang ditinggalkan semalaman. Sempat dia menjuihkan bibir memberi isyarat kepada penumpang sebelah supaya menjenguk ‘anak’nya dahulu. Akmal yang sorang lagi mencebik.

“Nak aku tunggu ke?”
“Kau naik dulu la.. Aku nak kena panaskan enjin ni kejap. Kalau tak kang.. merajuk lagi dia.”

Akmal terus melangkah dengan senyuman lebar. Teringat pertanyaan yang diajukan pada Mak Yah tadi. Shh.. tolong simpan rahsia ye!

Setibanya Akmal di pejabat, dia disapa oleh Farah. Memberitahu Dato’ Rosli sedang menunggu di dalam bilik.

“Bila dia sampai?” Angin takde, ribut takde.. tau-tau aje sampai!
“Lebih kurang 15 minit. Dia nak jumpa Cik Akmal sekali. Tapi Cik Akmal pun belum sampai..”
“Akmal ada kat bawah. Tapi minta tolong call dia. Suruh dia cepat sikit.”

Melihat anggukan Farah, Akmal melangkah menuju ke biliknya. Pintu yang sedia terbuka ditolak luas. Matanya tertancap pada sekujur tubuh yang sedang membelakangkannya. Sedang bercekak pinggang meninjau pemandangan melalui tingkap.

“Assalamualaikum, pa. Lama dah sampai? Apsal tak bagitau nak datang? Mengejut aje..”
“Waalaikummussalam. Baru sampai?”
“Herm.. Ha’a pa. Tadi lambat sikit. Shu..”
“Assalamualaikum. Maaf saya terlambat. Dato’ nak jumpa saya?” Akmal menyampuk dari muka pintu. Memahami isyarat Dato’ Rosli, dia menutup daun pintu sebelum melangkah mendekati bapa mertuanya.

Ketiga-tiga duduk di sofa.

“How’s life, Shu?”

Akmal yang dipanggil Shu mengangkat muka yang ditunduk tadi. Cuba mengukir senyum. So far, sejak dua menjak ni, hubungannya dengan Akmal.. ok aje kut. Dah takdek banjir-kilat-ribut. “Alhamdulillah. Ok aje..”

“Mal macamaman pulak?” Dato’ Rosli memandang anak terunanya pula.
“Alhamdulillah pa. Bahagia..”

Dato’ Rosli menguntum senyum. Sorang OK. Sorang bahagia. Ok la tu kut. Lega dia. Lapang hatinya. Mudah-mudahan persengketaan mereka dah tamat. Betul-betul titik. Tak payah la dia tahu apa sebabnya. Yang penting, berdamai!

Berat amanah yang dipikul. Ini semua permintaan arwah isterinya. Permintaan supaya menjodohkan anak lelaki mereka dengan anak perempuan kawannya. Panjang ceritanya...

5 comments:

Aisha @ Sara Hamza said...

sambung2 lagik kak ct.....

ha-ra said...

next....

Lotus said...

alahai cam x cukup ler

kumako said...

smbg2..

Lotus said...

nape takde n3 baru..rindu lah kat akmal2