Sunday, May 6, 2012

EBF 3

"Tak perlukan lagi?" Tanya Aziah kepada abangnya.


Dia hanya geleng dengan senyuman. "Terima kasih. Cukuplah sebulan. Dah tak handsome muka abang yang kiut ni kena make up jadi orang tua!" katanya dengan tawa yang perlahan.


"Perasan!" kata Aziah sambil memukul bahu abangnya.


Sebulan yang lalu, Aziah terkejut juga bila abangnya meminta dia dimakeupkan sebagai orang tua. Aziah yang memang pandai teknik make up mengangguk. Seronok juga kalau dapat 'conteng' muka abangnya yang sentiasa dipuji cute dan baby face oleh kawan-kawannya. Naik lenguh juga mulut ni menyampaikan salam kawan-kawan kepada abang. Tapi salute betullah dekat abangnya yang seorang ni. Salam dijawab, tapi tak pernah nak berkirim salam balik. Heh, frust betul kawan-kawannya. Tapi Aziah suka!

"Jadi, Isnin dah ready nak masuk ofis ke? Abah baik sungguh bila bagi kebenaran kat abang untuk jadi tukang cuci kat situ, kan? Apa yang abang dapat?"


"Abang dapat awek."


"Apa abang cakap?"


"Aaa.. tak ada apa-apalah. Sibuklah Azi ni. Abang kena balik Malaysia ni pun sebab Azi yang tak nak tolong abah. Sekarang siapa yang susah? Abang juga."


"Alaa.. abang bukan tak tahu yang minat Azi bukan kat situ. Azi suka budak-budak. Biarlah Azi kutip pengalaman dulu. Sekarang Azi seronok apa kerja di tadika tu."


Perbualan mereka tiba-tiba disampuk seseorang. "Tapi bukan untuk selama-lamanya tau!" Abah duduk di sebelah Aziah. Dia memeluk bahu anak daranya yang seorang.


"Abah ni.. Kenapa tiba-tiba menyampuk bila anak muda bercakap? Mama mana? Pergi borak dengan mama.." Aziah melepaskan tangan abahnya dari bahu. Dia sebenarnya masih lagi merajuk dengan abah bila dipaksa masuk syarikat mereka 3 bulan yang lalu.


"Hai.. merajuk lagi ke?" Abah mencuit dagu Aziah.


"Anak manja!" Mama yang baru tiba di situ pula menyampuk.


Aziah menjeling mama dan abangnya yang sedang ketawa. Aziah mendiamkan diri. Malas mahu melayan. Dia bukannya ingin merajuk lama-lama. Dia cuma mahu abahnya faham keinginan dan minatnya terhadap kanak-kanak. Sebelum ini, abah dan mamanya juga yang mendorong minatnya ke situ dengan membawanya melawat beberapa buah rumah anak yatim. Mamanya yang memang giat dengan badan-badan kebajikan telah membuka matanya tentang dunia kanak-kanak yang bernasib malang. 


"Khairul, macam mana dengan pemerhatian selama sebulan? Puas hati?" Abah mengalih kepada anak sulungnya pula.


"Abah ni tanya, macamlah abang ni perisik kat situ.." bela Mama.


"Ma, abang ok aje. Cleaner kat situ semuanya baik. Pekerja abah, so far so good. Cuma ada seorang PA tu dia kekwat sikit eh?"


"Siapa?" tanya Abah.


"Adalah. Tapi abang tak bolehlah nak judge dia macam tu aje. Abang nak tengok prestasi kerja dia dulu. Kalau dia bermasalah, minta maaf abah.. Abang tak nak staf macam tu kat company kita," kata Khairul.


Abah mengangguk-angguk. Betul kata Khairul. Bukankah pepatah ada mengatakan jangan menilai orang dari luaran sahaja. Sedikit sebanyak, terselit rasa bangga di hatinya terhadap semangat Khairul. Sebenarnya dia harus berterima kasih kepada anaknya yang sanggup meninggalkan kerjaya di luar negara demi membantunya di syarikat. Yang paling penting, dia mahu dikelilingi oleh anak-anak yang hanya dua orang. Dia sudah tua untuk mengejar harta dunia. Apa yang penting, bekalannya untuk hari akhirat.


"Tapikan bah.. Abang nak tanya sesuatulah.." kata Khairul setelah lama berdiam diri.


"Tanya ajalah.."


"Abang just tanya ok.. Abah jangan marah." 


Aziah, Mama dan Abah saling berpandangan. Apa ke pelik mukaddimah si Khairul ni?


"Agak-agak ada masalah tak.. kalau abang kahwin dengan staf abah?"


"Haa??" Mulut Aziah ternganga.


"Kahwin?" Ulang Abah sepatah.


"Mama tak salah dengar ke?" tanya Mama.


"Abang just tanya ok. And abang cakap, kalau.. Kalau ok.." Khairul terus berdiri dari sofa. Tidak menunggu lama, dia terus melangkah dari situ.


"Tapi abang memang dah patut kahwin, kan ma? Umur abang dah 32 tahun, kan?" Aziah bersuara.


"Yelah. Yang dia lari tu kenapa? Hee, geram betul mama kalau cerita tak habis macam ni."


"Entah abang ni. Bukankah staf abah tu pun manusia. Bukannya orang bunian. Buat apa abah nak marah. Suka lagi ada. Boleh dapat cucu nanti. Kan Ma?" kata Abah.


"Betullah. Kalau dah berkenan, bagitaulah. Ni main bagitau sekerat jalan. Memang nak kena dia ni. Anak abah, macam tulah perangainya," balas Mama.


"Eh, apa pulak anak abah. Ni abang Azi la ni perangai tak semenggah macam tu. Macam adik dia juga." Abah hentam Aziah pula.


"Ala, kalau abang Azi, dia kuar dari perut mama, kan? Siapalah mamanya yang ada anak macam tu. Huh, tak semenggah." Aziah menjawab.


Tidak lama kemudian, ketiga-tiga anak beranak ketawa. Lucu dengan kelakuan malu-malu kucing Khairul. Mereka tidak tahu yang empunya diri sedang mendengar tawa mereka dari tingkat atas. 


"Mak bapak adik sama je. Boleh tak aku nak sekeh aje kepala semua?" 


Hish, malu. Malu. Kenapalah aku tiba-tiba berani nak bercakap tentang perkara ni?

5 comments:

Miss Kira said...

ekhem..malu malu kucing plak..
malu malu rimau sudah la..

xpa xpa..pasni kira mntk keja dkt syarikat tu..blh kawen dgn en.baby face.. ^^

iniakuyangpunyahati said...

auuuu terus terang nk kawen... x lama lahh nie... >setia menanti misi mengurat< hehehheee

mizz acu said...

Kihkihkih.. Pemalu rupenyer ;)
Nti mmsk keje mst dia kacauunye si anis tu.. Hehehe.. Chaiyok2 khairul!

Kak Sue said...

Hahaha... malu tapi mahu...

Unknown said...

akak... bila nak update bab 4??