Wednesday, March 4, 2009

Kisah Di Hati 22

“Thanks..”

“Hm..untuk apa?”

“For everything..”



Kenangan itu datang lagi..

Aliah mengacau air di dalam gelas. Rasanya baiklah diperjelaskan segala hal. Tak ada lah esok-esok timbul masalah pulak. Harap-harap, keputusan yang diambil bakal merubah hidupnya. Semoga keputusan yang dibuat boleh membahagiakan abangnya, dan juga dirinya. Kenangan dulu biar la berlalu. Memang perit saat dikecewakan. Itu pun dia sedar setelah Fauzi berlalu meninggalkan dia semasa ‘last date’nya di library setahun lalu.

Sungguh aku tak kisah.

Tipu.. sungguh. Jie, aku sedih. Aku nangis bila kau kecewakan aku. Aku tahan esak bila kau bangun tinggalkan aku. Aku harap tak jumpa kau lagi. Nasib baik kau pun dah final sem masa tu.

“Ila, aku janji…”


Apa kau janji Jie? Kau janji nak bahagiakan aku kan? Tapi..

“Thanks for everything Ila. Kau bagi aku peluang untuk kawan dengan kau. Untuk kenal kau.”

Aliah senyum. Lucu dengan kata-kata Fauzi. Tentula dia cakap macam tu sebab aku ni memang langsung tak ada kawan lelaki. Entah. Kenapa ya? Bukannya tak ada orang berkirim salam. Tak ada orang mengusha aku. Tapi masa tu, entah la.. Diorang tak se-gentleman Fauzi kot. Mungkin sebab itu jugak, semasa Fauzi menghulur salam perkenalan sewaktu terserempak di makmal system computer, dengan senang kami bertukar nombor telefon. Maka, terjalinlah hubungan ini…


Jie, aku doakan kau bahagia..


“Hai, dah lama ke tunggu?” Lamunannya terhenti setelah suara itu menyapa.

“Tak ada lah. Baru je..”

Kamil mengambil tempat di hadapan Aliah. Seperti yang dijanjikan, hari itu mereka bertemu di McD lagi. Apa nak buat, dah dia yang ajak. Kamil berharap sangat agar hari itu bakal mencipta sejarah antara mereka. Dia memang dah bersedia dari segi mental dan fizikal. Heh, dahsyat! Bagi Kamil, sekiranya Aliah menerima cadangan Azman, dia laaaaaagii terima. Gataiii.. Tapi sekiranya Aliah berhajat untuk membantah cadangan itu, dia juga akan terima. Redha..

Aliah masih lagi diam. Mirinda Orange tanpa ais disedut lagi. Sape nak mulakan ni? Aku lagi ke?

“Erm.. En. Kam tak nak makan ke?” Basa-basi je tu..

“Hmm..jap lagi la. Bila I dah tau kenapa Lia nak jumpa I hari ni..”

Gulp..sudah! Lainnya cara dia pandang. Teringat Fauzi. Dia pun pernah pandang aku macam tu. Tapi masa tu…

“Ok la.. I tinggalkan Lia jap ek. Nak pergi beli burger jap. Macam best je nampak burger Lia tu.”

Kamil menolak kerusi. Langkahnya dipanjangkan ke arah kaunter. Apasal la hati aku? Tak pernah-pernah dub-dab macam ni. 800 meter dulu pun tak adalah ‘seteruk’ ni.
Lia.. Kamil menoleh seketika ke arah Aliah. Masih menyedut airnya.


Entah apa sejarah mereka hari ni…

3 comments:

Hafia Hana said...

alahh....nk lg~

mesti hepy news kn?

hope sgt lia trime en kam tuhh~

aqilah said...

pada akak, cite no ok, best. akak akan senantiasa menati sambungnnya

::cHeeSeCaKe:: said...

salam..
bru jmpe blog akk..!
nk lg..hope hepi news la..huhu..