Friday, April 17, 2009

Kisah Di Hati 40

“Lia dapat keja dah..” Aliah cuba menyampaikan berita itu pada tunangnya.

“Bila pulak Lia attend interview?” Mood cerah riang ria Kamil dah bertukar keruh mendung.

“Hari tu..”

“I tak tau pun…” suara dah bertukar nada. Nak ditengking-tengking,tunang sendiri. Tapi dia memang tak suka Aliah buat macam tu. Tak pernah nak berbincang dulu sebelum buat apa-apa keputusan.

“La, kena bagitau ke?” Aliah bingung. Kenapa tiba-tiba rasa lain macam je suaranya? Dia cuba menyampaikan berita seperti yang disuruh Azman. Azman orang pertama yang tahu mengenai perkara tu.

Tanpa menjawab, orang di hujung sana telah memutuskan talian. Aliah memandang handset di tangan. Musim angin puting beliung belah mana pulak ni? Aliah menjungkit bahu. Tak faham tindakan Kamil sebentar tadi.

Good news apa..

*****

Aliah betul-betul tak faham. Apa salahnya? Dah masuk dua bulan Kamil dingin dengannya selepas malam itu. Malam dia menyampaikan berita yang dia dah dapat kerja. Dah puas Aliah ‘membelek’ diri sendiri. Terlepas cakap ke? Seingatnya..takde. Dia yakin yang malam tu tak ada perkataan pelik-pelik pun. Semuanya direct to the point..

Habis tu, mana silapnya?

Salam abang. Harap abang sihat kat sana. Bila abang nak balik sini? Lia sunyi la.. Tak de kawan. Kak Mawar kena gi Singapore. Tak tau nak kawan dengan siapa :(
Keja abang kat sana macam mana? Kalau abang tanya pasal keja Lia, Lia akan cakap ok je. Seronok. Ada Kak Sarah yang baik hati. Abang Khairil pun. Ms Shanta lagi laa. Alhamdulillah so far tak de masalah la lagi. Dah dua bulan Lia keja. Banyak benda la jugak Lia belajar. Tapi lari bidang sikit la. Whatever pun, asalkan keja kan?

Dah dekat 10 bulan abang kat sana.. Takkan tak nak balik sekejap tengok adik abang? Lia betul tengah sedih.. Lia nak abang kat sini..


Lambat-lambat Aliah menekan ‘send’. Serentak dengan itu, air matanya mengalir…

9 comments:

misz nana said...

haaa.. kamil dah merajuk..
abes la awak aliah.. hehe..
2 bulan tu.. perghh..

nana_yoong said...

xpenah2 kamil merajuk..
yelah mane x merajuk..die mesti rase mcm x berkepentingan je..
tapi kalau sy..attend2 intebiu ni, saye jrg nak bgtaw org.. takut x dpt hehehe

AdamZ said...

alahai....
sampai cni jew ke citer ni?
da "40" da atas tu..
xkan ending ye something like tergantung mcm ni...
huhuk..hope leraikan gantungan itu supaya mnjadi lebih jlas..

::cHeeSeCaKe:: said...

hehhe..aliah ni xkn xpaham..isk2..
kamil pon,bnde kecik je pon..ehehehe..best2..smbung lg..!

aqilah said...

sambunglah dik, nak tahu nape lame bebenor si ali tu merajuk? kalau aliah pun, gi lah pujuk. tak rugi. kita pujuk, tandanya sayang........................

cik_i said...

salam...waaa zu xpercaye dalam diam da jadik penulih heee bile nak jual nih??nak satu free leh??kalo tanak nk pinjam jelaa hee btw citer ni ada sapo2 tkene ker kat fke nih?haha

back to the story...hmmm ngade laa cik ali kamal ni mrajuk2 pulek..heee

zuezakry said...

ehehe cik IJA.. pinjam keadaan fke je. takde kaitan dgn sape2 pun..

cik_i said...

eh...tapi ada name ma kan...tingat kat ma haha...zu rerajin kan lagi menulis penonton tak larat nak tunggu nih hehe

zuezakry said...

guna nama kawan.lisa, hanim..jgn bgtau dorg tau. hehe. tapi alter sikit2 je. nama hija pun akan ada nanti peace <> yela.. nak sambung la ni.. haha