Monday, January 16, 2012

JH 2



Alhamdulillah. Exam dah lama habis. Sekarang ni aku dah selamat sampai KL. Menumpang di rumah Tsu. Mama dan papa Tsu terima aku dengan baik. Dah lama tak jumpa diorang sejak kakak Tsu yang sulung melahirkan baby girl. Dapat cucu sulunglah katakan. Mereka selalu jenguk Tsu di kampus dulu. Aku pulak dah lama kawan dengan Tsu. Tu yang secara tak langsung, aku turut mengenali mereka.

Baby girl tu comel sungguh. Nama dia Nurul Sumayyah. Waa, terharu aku dengar nama tu. Yelah, mana ada lagi mak bapak alaf baru nak namakan baby-baby mereka sempena nama tokoh-tokoh Islam pada zaman Rasulullah dulu. Ya.. aku berazam bila ada baby suatu hari nanti, aku pun nak namakan baby* aku macam tu...
*Amboi, berangan ajelah lebih. Nak ada baby kenalah ada bapaknya dulu.. Harap-harap adalah lelaki yang nakkan aku =)

Herm... aku sebenarnya tak sabar nak menulis pasal kerja aku kali ini. Masa cuti sem yang lepas, aku asyik kerja di supermarket. Jadi cashier memanjang. Kali ni aku berpeluang belajar perkara baru. Aku kerja dengan Pak Long Man, pakcik Tsu. Dia ada syarikat cuci-cuci. Sebijik macam filem CUCI yang aku tengok dari dalam hard disk Tsu. Pak Long Man supply pekerja dekat beberapa buah syarikat besar di KL ni. Pekerja tu, lebih tepat lagi adalah tukang cuci.

Pada mulanya, katanya Tsu, pakciknya nak cari kerani sementara. Aku dan Tsu fikir tak ada masalah kalau nak jadi kerani pun. Pada masa aku dan Tsu datang ofis Pak Long, terdengar pula berita yang salah seorang pekerja Pak Long mengalami kemalangan kecil. Tergelincir di bilik air dan terseliuh. Dia diberi cuti rehat sehingga kakinya pulih. Dengar-dengarnya lagi, tempat kerja makcik yang terseliuh tu adalah sebuah syarikat besar. Syarikat tu memang perlukan tenaga tukang cuci yang ramai. Entah polisi apa diorang pakai.

Melihatkan keadaan Pak Long yang kebingungan mencari pekerja ganti, tangan aku gatal aje terangkat. Dengan selambanya aku menawarkan diri untuk mengganti makcik yang terseliuh tadi. Maka, dengan tak sengaja, aku dan Tsu terpisah. Dia jadi kerani di ofis Pak Long dan aku memegang title tukang cuci. Tak kisah langsung! Yelah kan.. buat sementara sehingga kaki makcik tu betul-betul OK..

Maka, bermulalah episod aku sebagai tukang cuci sementara di sebuah empayar besar.

Pada masa aku menulis ni, dah seminggu aku kerja kat sana. Makcik yang terseliuh tadi dengar-dengarnya terus berhenti. Tu pun sebab anak-anaknya paksa. Waa, bagusnya anak-anak makcik tu. Bertuah sungguh dia. Pak Long pula dengan muka bersalah tanya aku samada boleh ke tak aku terus kerja sebagai tukang cuci. Dengan seikhlas hati aku jawab yang aku tak kisah. Takkanlah nak demand pulak. Namanya pun nak cari pengalaman. Aku sebagai tukang cuci dan Tsu sebagai kerani, nanti kami bertukar-tukarlah pengalaman. Kan ke untung begitu??

So far, hubungan aku dengan tukang cuci yang lain OK aje. Ada seorang makcik bernama Fatimah di mana aku suka sangat menghabiskan masa terluang dengan dia. Huh, kalau dengan orang lain makcik ni tak banyak cakap. Tapi dengan aku mulutnya tak berhenti pot pet pot pet. Ada sekali dia bagitau yang aku ni sebaya dengan anaknya. Agaknya dia dah anggap aku macam anaknya sendiri kut. Tu yang banyak aje nasihat-nasihat yang keluar dari mulutnya. Pada aku, yang mana baik untuk aku, aku dengar ajelah.. Tak luak pun nak dengar perkara-perkara yang baik sebegitu, kan?

Hubungan aku dengan pekerja syarikat tu pula... o.key.laa.. Ish.. dalam jurnal ni, aku tak perlu simpan-simpan, kut. Baik aku berterus terang sahajalah. Boleh dijadikan pedoman di masa akan datang.

Overall, semuanya OK. Kecuali seorang perempuan tu ~~

Iya, perempuan tu. Berlagak nak mampus. Ish, geram pulak aku rasa. Dah seminggu ni, tak pernah dia tak cari gaduh. Tak kisahlah dengan sesiapa. Memanglah dia tak cari pasal dengan aku lagi. Tapi aku tak boleh terima bila dia marah-marah Makcik Mah aku tu. Aku tak tahan dia hina-hina Makcik Mah. Tak sekolah, bodoh, macam-macam lagi dikatanya pada Makcik Mah. Aku yang melihat, nak aje aku tengking dia balik. Tapi isyarat mata Makcik Mah menyuruh aku bersabar, aku diamkan diri sahajalah.

Berlagak. Nama Mariam disuruh panggil Mary. Bila aku risik apa jawatan dia di situ, lagi buat aku naik hangin. Kerani aje! Kutlah nak berkuasa sangat sampai marah orang tak ingat dunia, kerja manager ke apa ke.. Hish, manusia ni. Tunggulah masanya nanti bila orang maki kau pulak.
Haih, panas betul hati aku bila ingatkan perempuan berlagak tu.

Tan Sri Mokhtar kepunyaan syarikat tu tak adanya berlagak macam dia. Humble aje aku tengok. Aku doakan semoga Tan Sri sentiasa begitu. Puan Sri pun macam tu. Ada sesekali dia datang ke pejabat, ditegur semua orang dengan baik. Yang si Mary tu, tahu pula berlembut depan Puan Sri. Menyampah taik kucing betul dengan perangainya tu. Macam ni ke dunia luar??
Kalau beginilah, baiklah aku bertapa aje kat kampus tu.

Huh, mata dah kuyu. Dah 11.30 malam. Nak kena tidur dah.. Esok nak bangun pagi. Tsu kat sebelah aku dah lama lena. Tak aci, tak aci.

1 comment:

sue said...

Pengalaman yang bagus... walupun tukang CUCI.... Bermula dari bawah ... jangan tahu nak bodek ja ... Kerja x jalan.... hahaha.... sambungggg....