Saturday, April 4, 2009

Kisah Di Hati 36

Kamalia menggosok belakang adiknya. Entah baca mesej siapa yang buat dia tersedak macam ni. Mama dengan Abah saling berpandangan. Apa pulak yang tak kena dengan anak teruna yang sorang ni?

“Ma, Bah.. Adik naik dulu la..” Ali memohon diri. Baik cepat-cepat naik sebelum disoal siasat. Handset di tangan dipandang berkali-kali. Rasa macam tak percaya nih. Sungguh la. Dicubit pipinya sendiri. Betul aku tak mimpi!

Kamalia mengekori langkah adiknya ke tingkat atas dengan pandangan mata. Pelik la budak ni sorang. Elok-elok duk mengunyah karipap sebagai supper, tersedak pulak. Musykil. Tak pernah-pernah mesej atau call dari sape-sape yang mampu mengalahkan karipap Mama. Tapi kali ni… Kamalia memandang Mama dan Abah silih berganti. Menghantar isyarat bertanya kenapa. Mama sudah menjungkit bahu. Abah pulak menggeleng kepala.

“Habis la Ma.. Dah tergugat nampaknya kedudukan karipap Mama ni dalam carta hidup dia..” Kamalia mengusik Mamanya sebelum menyuap satu lagi karipap ke dalam mulut. Bertuah betul. Pukul 11 baru nak supper. Ali tu la. Mengada-ngada. Manja betul. Turun-turun aje dari biliknya meminta Mama membuat karipap. Kerana sayang kat anak, diturutkan jugak permintaan anak bujangnya tu. Tu yang dekat tengah malam baru siap.

Kemudian sepi mengambil tempat. Sebenarnya masing-masing masih pelik dengan kelakuan ahli keluarga bongsu diorang.

Lain pulak yang jadi di bilik Ali Kamil kat atas. Lebar sengihannya. Kalau diikutkan, mahu sahaja dia melompat-lompat. Memanjat ke jendela seperti yang pernah dia buat masa kat U dulu kalau dapat apa-apa berita gembira.

‘Salam. Dah tdo eh? Esok ingat nak ajak awak lunch sama. Nak? Nanti saya g ofis awak ye?’

Tu je pun mesej yang diterima dari tunangnya. Opss, patut cakap tunangnya yang tersayang. Alahai Ali.. Tu baru Lia ajak lunch. Belom lagi ajak kawen ke hape ke. Tapi takkan la Lia pulak yang nak mengajak? Ermm.. Belum lagi dia cakap tiga patah perkataan keramat tu.. Hish.

Pantas tangannya menaip mesej dan membalas dengan ‘OK’ sahaja. Cukup la tu. Panjang-panjang sangat pun bahaya jugak. Dia berbaring di katil. Berfikir sejenak. Kenapa pulak Aliah ni ye? Tak pernah-pernahnya dia yang mengajak? Sebelum ni kalau Ali yang mengajak pun, bermacam-macam alasan dia bagi. Tak masuk dek akal pun ada. Contohnya, nak siram pokok-pokok abang. Hish, macam la aku tak pernah jejak kaki kat rumah abang dia tu. Memang la banyak pokok. Tapi pokok tu hanya la yang dalam pasu guna gel kaler-kaler tu je sebagai nutrient. Tu pun nak kena siram ke? Tak pernah pulak dia nampak Azman buat begitu. Even, pokok tu pun dia ada satu kat ofis. Tak pernah pulak bersiram. Lia..Lia.. Macam-macam..

Tapi.. Mana tahu ini adalah satu permulaan yang baik terhadap hubungan kitorang. Mungkin Aliah dah boleh terima dia sebagai tunang? Sebagai bakal suami?
Sesungguhnya, dia sangat bersyukur di atas keterbukaan hati Aliah tu.. Syukran Ya Allah.

Harap-harap betulla tekaannya malam ni..

5 comments:

aNa-FanA- said...

tumpng happy gak...^_^

Hafia Hana said...

hu.h.u....

pendeknyer,...x puas baca!

kak sambung lagi ehhh

aku bukan sape2 said...

wah..best2...suke3...nk lompat gak ah....

aku bukan sape2 said...
This comment has been removed by the author.
aqilah said...

kalau ia dtg drpd yg tersayang, sudah pasti membuat kita tersenyum kambing...........he................he............. i love it!