Tuesday, April 14, 2009

Kisah Di Hati 38

‘I datang ambik Lia..’

SMS ringkas itu dipandang sekali lalu. Mama Kamil menjemput Aliah ke rumah pada hari Ahad nanti. Saja, katanya. Ajak-ajak minum petang. Semua ada. Kata Kamil lagi, Kamalia nak memperkenalkan kawannya. Aliah teka tentula kawan Kamalia tu sebenarnya boyfriend dia. Dah selalu sangat dia dengar bakal mak mertuanya bising-bising dekat Kamalia. Disuruh mencari teman. Kalau boleh, biarla yang tua didahulukan, yang muda dikemudiankan.

Tapi, lain pulak kata Kamil. Bagi dia, “Siapa yang bercinta dulu, dia la kawen dulu. Yang lambat bercinta, lambat la kawen.” Tak pasal-pasal, kusyen kecik yang banyak-banyak dekat sofa rumahnya jadi kapal terbang mini. Hmm, jet pejuang mini lagi tepat rasanya. Bertubi-tubi menyerang Kamil. Dan dia pulak hanya tahu menyorok di belakang Aliah. Nak tak nak, ‘Mama-Abah-Kamalia-the pilots’ terpaksa buat urgent landing.. Kusyen-kusyen semua mendarat kat kaki Aliah.

“Thanks Lia. Lia dah selamat saya..” Panjang tawanya malam tu. Malam di mana Aliah dijemput untuk makan malam bersama. Yang lain hanya mampu menggeleng. Betapa besarnya kuasa Aliah sekarang!

***

“Hai, kenapa diam je?” Kerusi di sebelah Aliah ditarik Kamil. Dia duduk di situ. Berdua-duaan di taman mini di halaman rumah. Mama dan Abah dah melangkah masuk ke dalam rumah selepas minum petang tadi. Entah apa yang nak dijenguknya. Teman Kamalia pun dah balik. Diangkut Kamalia sekali. Keluar jalan-jalan je, katanya. Izin, izin jugak. Nanti hantar Kamalia balik dengan selamat. Itu la kata Mama yang sempat Kamil dengar tadi.

“Diam sangat ke? Rasanya Lia dah banyak cakap tadi..”

“Tadi memang la Lia cakap banyak. Depan Mama dengan Abah. Ni dengan I, tak dengar bunyi langsung..”

“Erm.. Teringat abang la.. Tiba-tiba je.” Nada suara Aliah dah berubah rentak. Rindu betul pada abangnya yang sorang tu. Walaupun dalam seminggu dua tiga kali mereka berutus emel, tapi perasaannya lain kalau Azman berada di sisi. Adat la tu.. Latest news yang dia dapat dari Azman adalah tiga hari lepas. Berpesan supaya dia menjaga diri..

Abang sihat. Lia jangan risau. Abang percaya Lia jugak sihat di samping Kamil tu. Kan? Sempat jugak Azman menyelitkan ayat tu..

Daripada emel Azman, Aliah sedar yang abangnya sekarang dah semakin sibuk dengan kerja-kerjanya di sana. Masanya banyak dihabiskan di tapak projek. Banyak benda nak kena settle, katanya lah. Aliah mana la tau apa yang kena settle. Azman tu bukan jenis yang suka bercerita tentang bidang tugasnya. Tapi yang Aliah pasti, bekerja di negara asing yang lain suasananya, lain jugak cabarannya.

“Awak tak pernah ada kawan special ye sebelum ni?” soalan tiba-tiba dari Aliah itu memerangkap Kamil. Mana taknya, sebentar tadi Aliah leka membelek dan mengurut jarinya. Mengelamun ingatkan abangnya. Dan mata Aliah juga turut dihalakan ke jari. Kamil pulak mengambil kesempatan menatap muka tunangnya yang agak comel pada petang itu. Terleka. Sampai la soalan itu ditujukan dengan tiba-tiba beserta dengan pandangan redup dari Aliah.

Kan dah terkena panahan mata tu? Kamil mengurut leher.. Asyik kantoi je aku ni dengan dia.. Sebelum menjawab, Kamil melepaskan nafas perlahan.

“Hmm, tak pernah ada la Lia.. Bukannya apa. Tak pikir lagi masa tu. Tapi sekarang dah ada la. Dah jadi tunang pun. Dah nak jadi bini pun..” jawabnya dengan senyuman penuh makna. Aliah yang mendengar hanya mampu mencebik. Menahan malu! Kamil ni memang la. Ada je yang buat orang marah. Marah-marah sayang laa..

“Kalau Lia tanya, awak jangan terasa hati pulak ye..”

“Nak tanya apa?”

“Kenapa…mesti Lia? Yelah, takkan tak pernah jumpa sape-sape sebelum Lia? Tak pernah tersuka ape-sape sebelum Lia?”

Kamil senyum. Dia dah agak yang soalan tu akan ditanya. Cuma dia tak tahu bila akan Aliah tanya. Nah, sekarang dah tanya pulak. Kena la jawab..

“Kalau Lia nak tahu, saya boleh cerita. Tapi jangan gelak tau..”

Aliah mengangguk-angguk. Kalau dihidangkan cerita bab-bab couple ni, dia pun suka dengar. Memang suka. Maklum laa dan bertahun kawan dengan Mariam Salma, penyakit yang satu tu sedikit sebanyak dah berjangkit padanya. Dengan lapang dada, Aliah dah bersedia menadah telinga untuk mendengar hikayat cinta Kamil.

Dan dia jugak dah bersedia untuk tanya macam ni,

"Masih ingat orang tu sampai sekarang? Masih contact?"

Dan yang paling tak sabar dia nak tanya,

"Sayang Lia lebih ke sayang dia lebih?"

Soalan jenis apa tu, Lia?

p/s: parah betul lah budak dua orang ni..



**saya mintak maaf banyak2 sebab tak dapat post new entry sebelum ni. ada sedikit konflik dalaman.. (ye la tu =)) anyway, thanks kepada pambaca yang sudi singgah cni..yang sudi baca cerita saya yang sebenarnya tak berapa pandai dikarang..

pat-pat siku lipat,
mari rapat lagi dekat..
[tunggu kemunculan pantun dua kerat yang tak berdaftar dengan DBP ni nanti, hihihihi..]

6 comments:

aqilah said...

ala, cikit sangat lah dik entry kali ni. apapun, akak follow........................

Miss Kira said...

ala..
cikitnya..
x sbr nak tggu n3 bru..
cpt post skit ya..

misz nana said...

baru berkesempatan baca cite ni..
komen saya.. cite ni memang best!
tersengih je baca bila part alia ngan kamil..
sweet sangat la dorang tu.. hehe..

"Sayang Lia lebih ke sayang dia lebih?"

mesti hati kamil flower2 bila alia tanya soalan tu.. hahaha..

::cHeeSeCaKe:: said...

hehehe..sweetnye ali & aliah ni..ahahahaha..nk lg..!

lydia said...

best la citer ni...syok nye baca...cepat la sambung yer...he3

sya_ais said...

best la Lia n Kamil ni...

Lia ni sweet sgt dgn Kamil...best dpt tunang mcm Kamil ni...

bila la agaknya bleh tny soalan kat tunang mcm Lia tny kat Kamil yer...

sukanya..