Monday, August 16, 2010

STTS~16

“Jemput tau, Cik Akmal..” Farah menghulurkan kad jemputan perkahwinannya kepada Akmal. Akmal menarik kad di dalam sampul. Dia membuka dan senyumannya terukir. “InsyaAllah.. lagi dua minggu kan?”

Farah mengiakan. Pada ketika itu jugalah, En. Akmal melangkah masuk. Farah memalingkan muka ke belakang setelah mendengar sapaan suara garau yang menyebut namanya. Farah senyum lalu menyapa.

“Saya jemput Cik Akmal ke kenduri saya. Ni, ada untuk En. Akmal sekali.” Farah turut menghulurkan satu kad kepada big bossnya. Akmal menyambut dan seperti isterinya, dia turut membuka dan menarik kad itu keluar dari sampul. “Dua minggu lagi? Erm.. Farah, you aturkan jadual saya minggu tu ya..” Akmal menyimpan kad ke dalam sampulnya semula.

Farah pantas mengiakan. Uhh, boss baik hati ni! Dia tersenyum manis. Cik Akmal yang duduk di kerusi juga turut mengukir senyum. “Erm, Farah.. you boleh keluar sekejap. Saya ada hal nak bincang Cik Akmal awak ni..” Senyuman Farah mati. Dia memandang En. Akmal sesaat. “Opss..sorry. Saya keluar dulu ya.” Dia memusingkan badan lalu melangkah untuk keluar.

Akmal turut melangkah ke pintu apabila Farah tidak menutup pintu. Dia bukanlah nak tutup rapat, cuma ingin mengurangkan radius keterbukaan.

“Kenapa pulak tu?”
“Nak rapatkan sikit aje la. Nak cakap benda peribadi sikit..”

Akmal hanya menggeleng. Setelah kejadian malam tu, malam yang mana Akmal lagi satu mengajaknya bercinta, layanan yang diterima dari lelaki itu sedikit berlainan. Sekurang-kurangnya, dia ada kawan kalau nak rujuk hal-hal yang didominasi oleh kaum lelaki. Macam pasal kereta? Ermm.. lagi.. Sekurang-kurangnya Mak Yah dah tak pening layan macam-macam karenah si Akmal-Akmal ni.. Sejak mereka ‘declare’, barulah Akmal tahu yang rupa-rupanya Akmal, si boyfriendnya itu…uhh..

“Hai, boss pun takut ke?” Meluncur usikan dari bibirnya. Akmal menarik kerusi di hadapan girlfriendnya yang sedang tersenyum.

“Belum tiba masanya lagi.. Lagi-lagi nak bakal pengantin tu tau..” AKmal merujuk kepada Farah. Mana taknya, sebelum ni, Farah lah insan yang paling banyak bersabar dan pening dalam melayan perangai Encik dan Cik Akmal-nya. Kalau la dia tahu mereka ni bercinta, macam mana? Setakat tu, mungkin takpe lagi.. Kalau la Farah tahu yang mereka tu sebenarnya ~~ suami isteri?

“Ada apa?”
“Hari ni balik awal eh?”
“Kenapa?”
“Kita pergi rumah Long. Tadi Mira call, nak jumpa kita..”
“Jumpa kat rumah dulu atau terus gerak dari sini?”
“Kita jumpa kat rumah..”

Akmal hanya mengangguk.

~~~

2 minggu kemudian...

“Bawak slow dah la.. Pening dah ni..” Akmal memegang kepalanya. Memang dia alah pada jalan yang pusing-pusing macam tu. Lagi-lagi bila pemandunya kurang berhemah macam orang kat sebelah.

“100 aje laa. Mana laju pun?” Dia membela diri. Senyum.
“Uih..nanti berhenti kejap laa.. Pening sangat ni..” Tak tahan.. nak muntah!

Mereka baru melepasi Baling. Dalam perjalanan ke rumah Farah di Jeli untuk kenduri kahwin. Kenduri akan diadakan pada hari Sabtu, esoknya. Sengaja si Akmal-Akmal ni bertolak awal, Jumaat petang lepas habis ofis hour. Orang yang nak termuntah ni nak ‘menderma’ di Rantau Panjang atau Wakaf Che Yeh. Boleh aje pun nak gerak Sabtu pagi. Tapi, sambil-sambil tu, ambil peluang untuk dating jugak la. Mereka kan dah jadi pasangan bercinta ~~

Lebih kurang dua jam perjalanan dari Kepala Batas, “Ha, tu.. ada hentian. Kita berhenti jap..” Akmal membelok Wishnya ke kiri memasuki Hentian Perah. Dia memarkir kereta dan mematikan enjin. “Jomla.. Nampak teruk aje.” Dia menggeleng kepala. Kronik dah ni. Balm dah banyak dia calit di pelipis.

Akmal membuka pintu kereta. Kepalanya masih pening. Berpusing-pusing. Dahsyatnya jalan ni.. Macam mana la Farah berulang-alik sebulan dua kali untuk persiapan kahwinnya? Aduh..

“Ok ke tak ni?” Akmal mencapai lengan Akmal yang kepeningan. “Teruk ke? Menyesal tak naik flight ke?” Dia mengusik. Beria-ia Akmal yang tengah pening tu taknak ambil flight sebab nak memborong banyak barang. Last-last?

“Jangan banyak cakap, boleh? Orang tinggal karang, padan muka!”
“Eleh.. macam la dia drive kereta dia.. Wish tu takkan bergerak tanpa orang tau?”
“Tau la.. Dah kunci dekat dia..” Akmal dan Akmal masing-masing gelak.
“Kita makan juga la ye. Dah pukul 9 ni.. Perut dah lapar. Lepas ni kita jamak Maghrib-Isyak kat surau sana..”

Hai..bahagianya bila tengah bercinta ni. Berorang-orang pulak. Sekurang-kurangnya sakit pening ada orang nak ambik berat. Akmal senyum dalam hati.

Sungguhla. Pada malam si Akmal mengajaknya bercinta, macam tak percaya aje. Dah setahun lebih kahwin, baru nak merasa bercinta dan berkasih sayang. Setelah dirisik-risik, Akmal tu rupanya, “Ni first love orang tau. Kira dia bertuah dapat cinta jejaka Malaya ni..” Pada masa tu, dia hanya mencebik.

Haha. Perkara paling kelakar masa mula-mula bercinta, ialah “Takkan nak panggil kau aku aje.. Tak romantic langsung..” Si empunya Wish menyuarakan rasa tak puas hati. Masa tu, mereka menjalankan aktiviti pertama setelah declare (<-- boleh pakai tak perkataan ni?), iaitu, basuh kereta!

“Dah tu, nak panggil apa? Skema-skema sangat tak nak la..” Akmal membancuh air sabun untuk memandikan myVi orennya.

“Kita tak yah fikir la. Nanti, mesti dia datang sendiri..” Ketawa Akmal yang sorang lagi mendengar ayat tu. Mesti orang tak sangka yang bercakap tu, Senior Engineer merangkap bos segala bagai company Dato' Rosli cawangan Penang ni.

“Gelak la gelak. Orang siram sekali kang..” Bermula sejak itu la... “Orang pun orang laa..” Akmal pemilik myVi menyahut. Dan tersenyum lebar.

Lebih kurang 9.45 malam, mereka meneruskan perjalanan. Akmal meletakkan beg telekung di seat belakang. Ketika itu, telefon bimbit Akmal pula berbunyi. Dia memandang skrin telefon.

“Papa.. tolong angkat. Orang dah masuk gear ni..”

Akmal mengambil alih tugas menjawab panggilan tersebut.

“Hello, Assalamualaikum, paa..”
Suara di sebelah sana terdiam seketika. Tidak lama kemudian, barulah bersuara.
“Shu?”
“Iye, papa. Papa sihat?”
“Sorry. Papa nak dail nombor anak papa.. Anyway, papa sihat, thanks.”
“Papa tak salah nombor pun. Anak papa tengah drive. Jap, Shu buat loud speaker.”

“Hello pa! Mal tengah drive..”
“Nak ke mana?”
“Kelantan. Kenduri Farah.”
“Ouhh.. Dengan Shu?”
“Iye lah.. Dengan dia.. Kenapa pa?”
“Hermm kalau gitu, tak apa lah. Nanti papa call lagi ye.”
“Ok..”

Lantas talian dimatikan. Kenapa pulak papa ni?
Mereka saling berpandangan. Masing-masing mengangkat bahu.

“Entah!”
“Entah…”

6 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

awat?papa dorang pelik ek dorang dah baik??

haha..nk lagik..

aki_yus86 said...

sweet ja cita ni..
smbng lg...

petite A said...

bila nk habis..
eksited nak tau per ending dia lar..
pliss hury up..

petite A said...

bila nk habis..
eksited nak tau per ending dia lar..
pliss hury up..

Miss Kira said...

asal papa dia cam pelik aja
hmmm...

nabila adnan said...

~sweetnya diorg bercinta..x perlu nk jiwang2,. simple tp dpt rasa manisnya..huhuk3..ending comel2 ya cik writer..~~