Wednesday, February 24, 2010

Sama..tapi takkan sama~5

Bukan baru ia berlaku. Dah hampir setahun. Dipendamkan sahaja apa jua rasa di dasar hati. Benci mengatasi segala-galanya. Dah tu, bagaimana kasih sayang nak dipupuk? Sedangkan hanya dia yang memberi, orang tu tak nak menerima. Langsung!

Sewaktu mengetahui berita itu, dia hanya diam mematung. Mahu dibantah, siapalah dia. Sekadar menumpang kasih sayang. Tidak dibantah.. ini soal masa hadapan! Boleh jadi soal hidup dan mati.

Dia akan dinikahkan! Dengan orang yang sangat-sangat tak disangka.

Untuk tidak dikata sebagai tak sedar diuntung, dia merelakan sahaja. Mengabdikan diri pada suami yang diharapkan dapat memimpin. Dapat menjadi peneman suka duka. Sebagai pengubat luka lara. Harapannya menggunung tinggi mengalah Everest sekali pun. Mengharapkan si dia akan menerima dirinya. Seadanya dia.

Namun..

“Takkan dia, pa? Tak ada yang lagi cantik ke?”

Rapuh hatinya tatkala mendengar ayat sebegitu. Macam la kau hensem sangat!

“Ini jodoh Mal..”
“Tapi bukan dia yang Mal nak!”

Retak lagi hatinya. Macam la aku nak sangat dekat kau!

“Dia akan jadi isteri Mal yang taat. Percaya lah cakap papa..”
“I hope soo..” Nada mengejeknya begitu ketara. “Tapi, kalau apa-apa jadi kat kami, Mal harap papa tak salahkan Mal. Mal dah tolak dari awal. Papa yang berkeras.”

Hatinya dah tak boleh dipanggil hati. Berbara panas. Macam la aku ni terhegeh sangat!

Perbualan antara dua beranak yang berada di ruang bilik mesyuarat memang meresahkan. Sudah sah memang dia bukan pilihan hati anak teruna Dato’ Rosli.

Dia yang berdiri di sebalik pintu masuk bilik mesyuarat mengetuk pintu sebelum masuk. Langkahnya diatur kemas menuju ke arah dua beranak tersebut.

“Mal, kenalkan. Ini Shuhada.”

Mata si teruna langsung tak memandang. Tanpa menunggu lama, dia bangun dari kerusi dan melangkah keluar dari bilik mesyuarat yang dirasakan amat menyempitkan.

“Shu.. let him be. Dia akan kenal Shu tak lama lagi.”

Hanya anggukan yang menjawab. Entah kenapa di depan lelaki ini, cepat sahaja hatinya sejuk. Rasa gundah hilang.


Dia sebenarnya sayangkan dia. Walau pun bermula dengan tanggungjawab, dengan nama untuk taat pada suami, tapi hakikatnya, dia sangat sayangkan dia. Tapi itu dulu. Setahun yang lalu. Sekarang, dia akan tentukan masa depannya. Yang dia tahu, masa depannya bukanlah sebagai isteri Akmal bin Rosli.

Pasti!

******************


“Ko amacam Dat?” Bangku di sebelahnya diisi seseorang.

“Macam baik, Long..” Kehadiran abangnya ke banglo petang itu menjadikan dia lupa seketika kepada orang jauh. Orang jauh yang dikenang-kenang.

“Long tengok ko ni menung semacam aje? Shu mana?” Kepala dipanjangkan ke dalam rumah dari halaman. Walau pun dah tahu takkan nampak, mata masih lagi mencari adik ipar paksanya itu. Dia sangat senang dengan perempuan yang seorang tu. Alangkah beruntungnya Akmal yang entah bila nak sedar keberuntungannya.

“Kampung dia.”

“Dia jenguk siapa? Dia kan sorang-sorang aje kat dunia ni?”

Kata-kata Long diproses lambat dalam kepala. Eh, salah la Long!

“Apa pulak sorang? Dat ni sape? Tak isytiharkan sedara ke?”

Long dilihatnya sengih lebar. “Ko ni kan.. abang cakap ko sayang dia, ko tak setuju. Abang cakap dia sorang-sorang, ko marah pulak. Habis tu, apa namanya tu?”

Dulu memang la tak sayang. Dulu tak perhati betul-betul. Tak pernah terjadinya kejadian pelik-pelik yang perlu membuatkan dia memandang insan bernama Akmal berlawanan jantina dengannya. Melainkan selepas kejadian tersalah kopi yang disengajakan oleh s.u mereka dulu. [Farah mengaku jugak akhirnya! Padan muka]. Bilik asing-asing. Sorang kat atas, sorang kat bawah. Memang tak pernah jadi pertembungan atau kemalangan. Semuanya cukup teratur.

Yang nak buat dia terpandang pun sebab.. hari tu dia lain laa. Muka sedikit cantik dengan solekan nipisnya. Lain dari hari-hari biasa yang pucat aje. Agaknya dia kena present paperwork pasal projek di Langkawi dulu kut. So, penampilan yang baik sedikit sebanyak pun mempengaruhi jugak.

Lepas pada tu, memang hari-hari rasa nak tengok aje. Sementelah, hari-hari dia makin cantik aje. Nak aje dia cakap, “ko mekap la, tapi untuk aku tengok aje..” Tapi dia tahu. Takkan ada orang tu nak dengar cakap dia.

“Hello Datt! Jauhnya menung. Ko ni…”

“Sakit la Long. Ingat orang ni anak kucing ke?” Hidung yang dijentik tadi digosok-gosok.

“Kalau anak kucing, Long bukan setakat picit hidung aje la..”

“Malas nak layan Long ni la. Kakak tak datang?”

“Mira tak sihat. Dia kat rumah. Umi kena jaga.”

“Ooo. Si bapaknya merayau sampai ke sini. Baiknya teladan!”

Long tersengih. “Sebab Long dah janji dengan Mak Yah nak hantar kain baju tu ke sini hari ni. Lagipun kakak yang suruh Long datang. Long ni suami yang baik la. Bukan macam ko.. Baik ko sedar diri cepat-cepat sebelum terlambat. Shu budak baik tau. Cantik, comel, kiut miut.. Ramai orang tunggu kat luar.”

“Hish Long ni… Jangan la cakap macam tu. Dia comel ke, kiut ke hape ke, dia tetap isteri orang tau! Siapa yang berani nak tunggu isteri orang tu, sengaja tempah maut la tu!”

“Eee, takutnya. Kiranya dah sayang la ni kan? Bagus la.. Wishing you good luck! Dah la, Long nak jumpa Mak Yah sat. Pastu terus balik. ”

Long mengangkat punggung lalu memanjangkan langkah ke bahagian dapur. Akmal di laman ditinggalkan dengan sedikit cabaran. Biar dia buka mata luas-luas, buka hati terang-terang. Kan ke jodoh tu ketentuan Allah. Allah tahu mana yang baik bagi hamba-NYA. Sekalipun kita tertunggu-tunggu yang lebih baik, tetapi yang ada sekarang tu pun dah lebih dari baik.

Akmal mengusung mugnya ke dalam. Akal merencanakan sesuatu. Yang dia pasti, dia sudah bersedia.

6 comments:

adela said...
This comment has been removed by the author.
sinichies_girl88 said...

cepat akmal pujuk isteri b4 menyesal hehheheh
:)

Iffahnazifa said...

Hmm..ptut la rsa cam ada smthing je ngan dorg berdua nih.
Dh kawen rupanya.
Suka2:-)

Aishah Hamzah said...

suka2....sambung lagik!

ha-ra said...

da KAWEN!!!!!
adoi akmal...gila btol la...istri ditgalkan...
nk gak ak sekeh mmat nie...
cpat la g pjuk shu...
cian dia...
ade lki tp mcam xde laki...

LadYBird cOnfeSSiOn said...

best...best...

ok sorang dah pasti akan masa depan xnak jd isteri lg tp sorang lg pun dah pasti dia nak mengatur langkah pujuk isterinya. ape plak crt lepas ni.

yeah best sgt!!!