Tuesday, January 3, 2012

C.I.C.I [END] ~ FINAL

Syafiq masuk ke dalam rumah setelah selesai bercakap dengan Nadiah melalui telefon. Dia mengorak langkah ke sebelah uminya lalu duduk di situ. Intan tidak kelihatan bersama ketika itu. Effah menjeling Syafiq dengan ekor mata. Tidak mahu komen apa-apa melainkan menunggu sahaja keputusan Syafiq. Sewaktu Intan masuk sebentar tadi, riak wajah anak perempuan sahabatnya hanya biasa-biasa sahaja. Tidak ceria dan juga tidaklah tidak ceria. Sedang-sedang. Sehinggalah Syafiq masuk dengan riak yang sama.

Jadi, keputusannya bagaimana?

"Umi..." saat Syafiq menegur Effah, Intan keluar dari dapur menatang sepinggan buah tembikai yang sedia dihiris. Setelah meletakkan buah tersebut ke atas meja, sekali lagi dia menuju ke dapur. Syafiq bersuara semula.

"Umi, kami berdua dah berpakat.."

Zulkifli, Effah dan Ismail memusatkan pandangan mereka ke arah Syafiq. Masing-masing bagaikan tidak sabar-sabar untuk mendengar keputusan Syafiq dan Intan macam nak tunggu pengumuman hari raya sahaja.

"Ayah, umi dengan abah janganlah risau. Intan dan Syafiq tak ada apa-apa. Kami dah berbincang dan akan teruskan hubungan ni.. Ayah, Fiq minta maaflah kalau-kalau ayah terasa dengan layanan Fiq pada Intan. InsyaAllah, lepas ni semuanya akan OK.. Fiq janji. Dan untuk tunaikan janji tu, Fiq rasa dah tiba masanya kita berbincang dengan serius pasal majlis nikah kami.." Syafiq berhenti di situ melihatkan Intan menuju ke arah mereka dengan menatang dulang air pula.

Ismail memandang Zulkifli. Zulkifli pula memandang Effah. Effah memandang Intan yang sedang melabuhkan punggungnya di sebelah Ismail. Saat matanya berlaga dengan pandangan Intan, Effah cepat-cepat berpaling ke arah Syafiq. Berbaur perasaannya saat itu. Gembira sangat kalau Syafiq dah pilih Intan malah bersedia untuk berkahwin pula. Ragu-ragu sebab riak Intan tidak sama dengan riak Syafiq yang sedang mempamerkan kesungguhan. Keputusan ni, one on one ke apa?

"Kenapa umi diam aje? Tak suka?" tanya Syafiq melihatkan tiada siapa pun yang bersuara.

"Kenapa ni ayah? Kenapa semua diam aje?" tanya Intan pula. Pelik juga dengan situasi begitu.

"Intan setuju??" Effah bertanya buru-buru.

"Setuju..." jawab Intan senada dan perlahan. Lima saat kemudian, barulah dia mengukir senyuman bersama bahang di pipi. Dengan muka umi Syafiq yang begitu, yang macam dalam kekeliruan, tak patut rasanya dia nak buat muka tak kisah. Senyum sahajalah supaya umi Syafiq tahu dan faham perasaannya terhadap Syafiq. Agaknya umi fikir aku tak setuju nak kahwin dengan Syafiq.. Mana boleh Umi, Abang Syafiq tu memang dah dijodohkan dengan Intan, bukan dengan orang lain.. Kalau pun dia ada orang lain, silalah langkah mayat Intan dulu..

Kelihatan Effah mengurut dada tanda lega. Pantas sahaja wajah suaminya direnung dan terus tersenyum. Zulkifli hanya mengangguk-angguk.

"Kalau macam tu, bolehlah kita bincang terus pasal majlis mereka. Dah tiga bulan mereka bertunang. Cukup-cukuplah tu." kata Zulkifli mewakili Syafiq.

"Iyelah. Aku ikut sahajalah Li.. Anak aku ni cuma sorang, tapi lagi senang nak jaga sekandang kambing.." kata Ismail ketawa.

"Ayah, ada pulak Intan sama dengan kambing? Ish tak patut.." bulat mata Intan memandang Ismail di sebelah.

"Iyelah ayah ni.. Apa pulak bakal isteri Fiq yang comel ni ayah samakan dengan kambing? Memang tak patut.." Syafiq bergurau dengan Ismail pula.

"Haih, sukalah orang tu.. lepas ni ada orang yang nak back up dia.." Ismail membuat muka sedih.

Intan ketawa lagi. Dia mengacah-acah ayahnya. Selalunya begitulah mereka berdua. Ada sahaja perkara yang nak dimain-mainkan. Intan memujuk ayahnya. Satu-satunya ayah yang dia ada. Selepas dia berkahwin dengan Syafiq, dia berjanji akan selalu menjenguk ayahnya. Takpun, Intan angkut ayahnya tinggal sekali dengan dia. Akan dibincangkan perkara tersebut dengan Syafiq.

Syafiq melihat kemesraan antara Intan dan Ismail. Dia hanya menggeleng kepala. Anak tunggallah katakan. Dia berjanji takkan mengabaikan Intan lagi. Dan juga dia akan selalu berbakti kepada Ismail kerana telah mendidik Intan.

"Li, Effah.. berbesan juga kita kan? Alhamdulillah... Dah jadi macam ni, bolehlah aku pecahkan satu rahsia.." kata Ismail. Tangannya ketika itu sedang membelai kepala Intan di bahunya.

"Rahsia?" tanya Zulkifli dan Effah serentak. Syafiq juga terperanjat. Rahsia? Apa?

"Pernah arwah Suria bagitahu aku dulu.. Kalau boleh, dia nak kita terus berkawan sampai bila-bila. Kau nak tahu kenapa anak aku ni nama dia Intan Syafiqah?"

"Kenapa dengan nama Intan, ayah?" Intan bertanya tidak sabar.

"Ibu Intan dah bagi hint sebenarnya. Intan ni Syafiq yang punya.. Sebab tu dia letak nama Syafiqah.. Ingat tak masa tu bila Effah lepas bersalin, kami datang tengok dia?" kata Ismail memandang Syafiq. Kemudian, dia menyambung menghabiskan cerita, "Dia tanya siapa nama baby korang. Korang jawab Syafiq. Kan lepas tu aku pindah.. Bila dia mengandung, dia ada bagitau kalau anak kami perempuan, dia nak bagi nama Syafiqah. Dan kalau boleh, dia nak kahwinkan mereka berdua. Memang betul dapat anak perempuan. Nakal pula tu!" Ismail mencuit hidung Intan.

"Tapi, aku rasa, Suria cakap gitu-gitu aje. Sebab takde la pulak dia pesan sungguh-sungguh yang Intan ni wajib kahwin dengan Syafiq. Tapi tak sangka pula ye. Lepas diorang kenakan kita hari tu pasal pertunangan mereka, jadi begini pula kisahnya. Kira macam impian Suria aku tu tertunai jugaklah akhirnya.." Ismail menamatkan ceritanya lalu mengambil sepotong buah.

Syafiq menggelengkan kepala. Macam cerita fairy tale pulak rasanya. Tak kisahlah. Yang penting, Intan kini bakal berada di sisinya. Hal dengan Nadiah, dia dah selesaikan. Semasa bercakap tadi, sungguh-sungguh Nadiah bertanya perasaannya terhadap Intan dan perasaan Intan terhadapnya. Sehingga dia berpuas hati, barulah Nadiah mula mengalah. Dia memberitahu Syafiq, kalau begitu Syafiq putuskan, dia tidak akan mengganggu Syafiq dan Intan lagi. Dan Nadiah sempat memberitahu bahawa dia akan mempertimbangkan permintaan bekas suaminya untuk rujuk.

Syafiq pandang Intan yang masih tersenyum manja di sebelah ayahnya. Intan.. Intan.. Memang dia seorang cintanya kini.





**Gambar yang Syafiq nampak di atas meja solek Intan**

7 comments:

zawani mukhtar said...

yesh, besh... thanxs cik writer

sue said...

x puas tau... sambunglah sikit lagi....

ct zuraimi said...

kak sue, cite lain la pulak ;)

mizz acu said...

Terbaek ah intan ni!! Besh.. ;)

Cik Miza said...

khatam dah... maceh writer utk citer yg best ni

yuta0330 said...

aq ske yg pegang pistol tu..epic weh

-nuha's life- said...

comel gila la gmbr tu..haha like3