Tuesday, January 31, 2012

JH 9

Hari ni ada seorang engineer baru masuk. Perempuan. Cantik.

Haih, tak ada mood la nak menulis. Lebih-lebih lagi, aku rasa kesemua catatan aku pada hari ni adalah berkisarkan engineer perempuan tersebut. Entah kenapa aku rasa sayu pula tiba-tiba.

Aku cuma nak rumuskan sahajalah rentetetan peristiwa hari ni.

Pagi. Aku sampai, buat kerja macam biasa.
Jam 10. Jiji pun minta air macam biasa.
Jam 11. Aku dapat tahu kedatangan engineer baru. Ditempatkan di tingkat 8 buat sementara. Aku dengar Tan Sri dah letakkan dia di bawah pemantauan Jiji. Okeyy..
Jam 12. Engineer muda tu naik ke tingkat 9 dan mula berkenalan dengan semua staf di situ. Dia dibawa oleh En. Zack, boss di bahagian pengurusan. Dia melintas depan aku dengan senyuman. Memang cantik gila.. Macam model Silky Girl tu.. siapa nama? Ju.. Ju Evan? Entahlah anak siapa dia ni..
Lunch hour. Uu, Jiji dan dia sama-sama keluar makan.
Waktu nilah aku dah rasa badan aku sekejap panas sekejap sejuk. Aku suspect aku demam kura-kura kut.
2 petang. Jiji masuk ofis. Haih, senyum aje memanjang.
4.30 petang. Aku cabut balik rumah.

Malam. Aku tengah menulis. Alahai, dakwat pen favourite dah nak habis pula. Ah, serba-serbi tak kena aku dibuatnya. Masa makan tadi, aku dah terpecah satu mug mama Tsu. Tak pasal-pasal kena ganti walaupun mama Tsu tak cakap pun suruh ganti. Tapi yelah, kan.. Dahlah hidup menumpang, takkanlah ..... Argh, kenapa aku kehilangan kata-kata malam ni? Apa dah jadi ni? Takkanlah sebab engineer yang cantik jelita tu datang?

Dia pun satu. Dah tahu cantik manis, kenapa jadi engineer? Jadilah benda lain..
Apa kes aku ni?
Cemburu??
Aaa.. sudah.

3 comments:

liyanur said...

alaa pendeknya...baru berkobar semangat nak sambung baca....

idA said...

comel nya dia..ini mesti kes cemburu ngan Engineer baru tu..ek..mesti tersentap sebab jiji dah tak layan dia lagi kan...

Anor said...

Eh pendeknya, kenapa pendek sgt kali
ni tak dan nk warm up dh habis..huhuhu, sedihnya...