Monday, January 19, 2015

STUPIDO IMPIANA ~2~

Lama juga aku terfikirkan hal ini. Memanglah terasa nak cari seseorang yang Rin maksudkan tadi tetapi ada banyak kekangan. Pertama, tak tahu nak start cari kat mana. Kedua, den tak tahu pun dia tu siapa! Garu kepala tak? Tak paham, kan? Sangat!

Sebenarnya dia ni misteri sangat. Nama tak tahu. Apatah lagi nombor ICnya, alamatnya, nombor telefonnya. Memang cari penyakit, kan? Yang boleh tercerita kat Rin pasal dia sebab pada satu hari yang tenang, tiba-tiba Rin tanya, "Benda apa ni?"

Nak cerita pun complicated.

Kalung bintang.

Uh, korang takkan paham punya.

Kat sekolah aku dulu, ada pokok bunga tanjung. Bila bunga-bunganya jatuh ke tanah, kitorang yang sekolah petang ni pergi kutip bunga-bunga tu lalu jadikan kalung sementara tunggu budak-budak sekolah pagi habis kelas. Pernah tak buat macam tu?

Sama jugalah dengan kalung bintang yang aku dapat ni. Kertas warna-warni telah dianyam jadi bintang. Kemudian dia susun banyak-banyak bintang tersebut pada benang lalu terbentuklah seutas kalung. Err? Dia tinggalkan nota 'Good Luck' siap initialnya sekali, S.A.

Dalam hati ni duk tertanya-tanya, siapa pula S.A ni tiba-tiba nak wish luck ni? Ke ada maksud lain supaya jelaskan hutang PTPTN? Ke, ada benda lain lagi? Kemudian, aku tertanya-tanya lagi, S.A ni lelaki ke perempuan? Kalau dia lelaki, kenapa pula Good Luck? Kenapa tak tinggalkan nombor telefon dan minta aku call dia. Hehehehehe, gatal ko Jah! Tapi kalau perempuan, kenapa nak tinggalkan initial pula? Kenapa tak letak nama penuh? Lagipun, perempuan dengan perempuan, nak misteri sangat... kenapa? Haih!

Selepas 4 tahun berlalu, kalung dan kad dari insan misteri masih aku simpan. Saja buat kenangan dan menyemakkan bilik. Bila Rin terjumpa benda ni dan dia tanya apa, bagaimana, dari siapa, kenapa, mengapa, aku macam korang jugaklah... hanya gelengkan kepala. Jawapan aku kepada Rin, serius simple hanya berupa sepatah perkataan, "Entah!"

Rin buat muka tak puas hati menyebabkan aku ceritalah sikit-sikit kat Rin.

"Kat library masa tu. Aku pergi masjid time tu dah Zuhur. Macam biasalah kemaskan meja, susun buku, nota-nota, calculator, dan pencil case kat meja. Bawa keluar beg duit dengan handphone aja. Dah habis Zuhur, pergi makan. Balik makan, nak sambung study benda ni dah ada dalam pencil case. Tak ajaib ke tu?"

Dengan baik hatinya, Rin membuat kesimpulan.

"Aku rasa S.A ni lelaki, laaa...."

"Sebabnya?"

"Dah tu takkan perempuan? Perempuan nak minat perempuan ke?"

"Mana tahu itu nota musuh?"

"Kau ada rampas boyfriend siapa-siapa ke?"

"Tak ada."

"Lelaki ni... instinct aku kuat mengatakan yang dia lelaki."

"So, kalau lelaki kenapa?"

"Cubaan mengorat kut?"

"Mengorat apa macam tu? Pengecutnya main letak initial ja. Letak nama penuh dengan nombor telefon sekalilah!"

"Amboi, kau ni beriya sangat kenapa?"

Aku gelak. Rin ni memanglah. Dia yang hangatkan kes aku, dia cakap aku pulak yang beriya. Yang dia tu beriya sangat yakin sangat yang S.A tu lelaki, tak beriya ke tu? Okey, ayat dah tunggang-langgang macam Rin dah toing-toingkan otak aku.

"Kau ni jual mahal kut, Jah..."

"Jual mahal pekebenda? Tak ada yang tawar-menawar pun!"

Rin gelak jahat.

"Kau ni, cuba ingat balik kat library tu. Siapa lagi dengan kau masa tu?"

"Manalah aku tahu. Aku pergi library untuk study. Bukan nak perhati anak orang. Tak kuasa aku!"

"Jadi, S.A inilah yang perhatikan kau!"

Huh? Tak ada kerja agaknya!

"Lelaki, Jah! S.A ni memang suka kat kau. Ish, entah-entah kau dah kahwin sekarang kalau S.A terus-terang dengan kau eh."

"Masalahnya dia diam. Jadi, aku solo sekarang. Pastu dapat housemate macam kau. Lagi laaa..."

Rin jentik dahi aku. Wassalam!

Itulah kisah pada hari itu. Dan sekarang sekali lagi aku terfikir-fikir akan gerangan insan misteri ni. Kalau dah memang namanya misteri, biarlah dia kekal misteri. Walau siapa pun yang bagi kalung bintang ni pada aku, terima kasih banyak-banyak, ya! Ada masa bila aku perlu stop membaca dan menghafal sesuatu fakta, aku gentel-gentel aje bintang tu. Picit sini, picit sana, penyek sini, penyek sana. Berguna jugaklah untuk distract aku dari kebosanan. Lepas tu terus study, baca, hafal apa yang patut. Terima kasih ya cik ke, encik ke!

Tapikan... bila fikir balik....

Siapa awak?

Kenapa bagi saya kalung ni?

Good luck untuk apa?

Err, awak kat mana?

No comments: