Monday, September 12, 2011

C.I.C.I [9]

Semua orang sibuk dengan persediaan kursus yang akan dianjurkan oleh jabatan. Tapi Intan sungguh-sungguh takde mood nak buat kerja. Nasib baiklah dia sebagai AJK Teknikal sahaja Tugasnya akan bermula pada hari kursus nanti. Dah seminggu dia macam ni sejak pertemuannya dengan En. Syafiq dulu. Bingung dibuatnya. Lagi bingung setelah dengar Syafiq kata 'saya suka Intan'. Maksudnya apa tu? Suka yang macam mana?

Intan menongkat dagu memandang skrin komputer. Dia memandang sekeliling. Puan Aliza kelihatan sibuk berbincang dengan En. Amri. Intan tak ada hati nak mendengar perbincangan mereka yang Intan pasti perbincangan mereka berkisar pada kursus dua minggu lagi. Fikirannya tetap pada Syafiq. Memanglah En. Syafiq tu ada kelebihan serba serbi. Dan sedikit sebanyak sebenarnya Intan dah terpaut pada dia. Gila tak? Kacak, kan? Perempuan tak nampak aje yang takkan pandang dia. Uih. Tapi Intan tak nak buat keputusan terburu-buru. Mereka kenal tak lama mana walaupun status mereka adalah tunang olok-olok. Ayahnya pulak beria-ia nak tukar kepada tunang betul-betul. Haih, gane ni?

Handphone dari dalam beg berbunyi. Syikin menghantar mesej padanya.

Lunch sama nanti , ok?

Pantas Intan membalas mesej Syikin dengan 'Ok' sahaja. Selepas itu, Intan bangun untuk ke tandas. Dia ingin membasuh muka untuk menyegarkan dan sekaligus untuk 'menyedarkan' fikirannya.

"Intan, nanti I nak jumpa sekejap. Nak bincang pasal kursus nanti." En. Amri berkata semasa Intan melalui di hadapannya.

"Baik, En. Amri. Saya nak ke tandas sekejap. Nanti saya datang balik. Maaf ye.." Intan segera berlalu.

Beberapa minit kemudian, Intan mencari En. Amri di bilik meeting yang berhadapan dengan cubiclenya. Tapi En. Amri tak ada di situ. Intan mencari pula Puan Aliza. Puan Aliza pula sedang menaip sesuatu di cubicle.

"Kak, En. Amri mana?"

"Ha, Intan. En. Amri pesan supaya jumpa dia di ofisnya."

"Oh, macam tu.. Kalau gitu, saya pergi ofis dia dulu la ye. Thank you kak.."

"Ok.." Puan Aliza menjawab sepatah lalu bangun menuju ke printer. Dia mengambil beberapa dokumen yang baru diprintnya tadi.

Intan mengetuk pintu bilik En. Amri. Setelah mendengar arahan dari dalam, Intan membuka pintu. Dia melangkah masuk lalu menarik kerusi di hadapan En. Amri.

"En. Amri nak jumpa saya?"

"Iye Intan. Berkenaan kursus tu, macam mana dengan team awak?"

"Masih ada banyak perkara yang belum finalize lagi, En. Amri. Buat masa sekarang ni, kami cuma dah confirm keadaan dewan dan material kursus kami dah sediakan seperti yang kami dapat. Lagipun ada beberapa modul yang masih belum confirm, jadi kami tunggu arahan saja.."

"Oh.. ok. Tadi saya ada bincang dengan Aliza mengenai penceramah jemputan. Tolong bantu dia apa yang patut, ok?"

"Erm, baiklah En. Amri."

Suasana sepi seketika antara mereka.

"Err.. ada apa-apa lagi ke, En. Amri?"

"Tak ada apa. Tapi, maaflah saya nak tanya.. bila majlis?"

"Majlis? Majlis apa En. Amri?"

"Awak dah tunangkan? Majlis nikahnya bila?"

"Oh.. ya ya.. erm.. yang tu tak sure laa.."

"Tak sure? Apa maksud awak? Dah putus tunang?"

Ish ke situ pulak? Agaknya dia ni suka aku putus tunang? "Kalau saya putus, kenapa?" Intan bertanya dengan berani.

En. Amri senyum bermakna. Aahh, Intan bagaikan mengerti maksud senyuman itu. Dengan penuh yakin, Intan menjawab, "InsyaAllah En. Amri. Jodoh kami kuat. Majlis nikah dalam dua tiga bulan lagi. Saya akan jemput En. Amri nanti ye. Jangan risau." Intan tersenyum manis.

"Ok, kalau macam tu.. saya tunggu kad Intan.."

"Kalau takde apa-apa lagi, saya keluar dulu la En. Amri.." Intan pantas bangun dan keluar dari situ.

Intan balik ke cubiclenya. Panas sungguh hatinya. Kenapalah En. Amri masih layannya begini. Macam doa yang bukan-bukan sahaja. Memanglah Intan dan Syafiq tu sebenarnya takde apa-apa. Kalau pun dia ada apa-apa dengan Syafiq, adakah En. Amri masih akan doakan yang tak baik juga pada mereka? Ish, tak boleh jadi. Intan kena buat keputusan sekarang. Dia tak nak En. Amri kacau hidupnya lagi.

*******

"Dia tu gila lah Kin.." Intan mengacau milo ais sambil memandang kawan baiknya di hadapan. Hari ini mereka lunch di Kafe Bertam Permai, berdekatan dengan pejabat Syikin.

Syikin yang sedang membelek akhbar Metro mengangkat mukanya seketika. "Ish, tak baik kau cakap macam tu.. Kau juga yang cakap dulu dia tu baik sungguh.."

"Yelah, kalau tak gila, apa? Dulu tu dia baik ada makna.." Intan menongkat dagu pula. Marah sungguh dia dengan En. Amri.

"Kalau dia gila, takdelah dia jadi ketua jabatan kau kan?"

Intan mengangguk. Betul juga. Bukan calang-calang orang En. Amri tu. Sikit masa lagi, dengar-dengarnya dia akan dapat gelaran Dr. Dah tu, kenapalah perangai tu tak macam orang berpelajaran pula. Memanglah kan, bab hati dan perasaan ni takde guru formal yang nak mengajar. Tapi, faham-faham sudahlah. Perkara ni bukan boleh dipaksa-paksa. Intan meletupkan jari-jemarinya tanda geram dengan sikap tak matang En. Amri.

Sambil membelek akhbar, Syikin bertanya lagi. "Syafiq macam mana? Bila majlisnya ni?"

"Alaaa, kau pun tanya soalan tu jugak. Malas la aku nak jawab.." Pada ketika itu, nasi goreng kampung yang dipesan Intan diletakkan dengan sopan oleh pelayan di hadapannya. Begitu juga dengan laksa yang dipesan Syikin.

"Dah ada orang tanya kau pasal majlis ke?"

"Dialah.. siapa lagi."

"Habis tu, kau jawab apa?"

"Aku jawab laa dalam dua tiga bulan lagi. Dia ingat aku main-main agaknya. Tengoklah, dua tiga minggu lagi, aku letak kad kawen aku atas meja dia." Intan menyudu nasi goreng ke mulutnya.

Syikin mengacau kuah laksa. Dia senyum sejenak. "Amboi, nekad nampak?"

"Yelah. Aku rela pilih Syafiq lagi dari dia tu. Gatal semacam. Haih, cemuih aku."

Syikin ketawa. Geli hati dengan Intan ni. Macam manalah dalam masa yang singkat ni dia nak kawen? "Dahlah, kita makan dulu. Jap lagi sambung, ok?"

Intan hanya mengangguk. Betul tu. Dia pun dah lapar benar. Baik makan dulu. Bukankah hungry people is angry people? Sebelum jadi apa-apa, makan!

Nasi dipinggan tinggal lagi separuh. Sesekali suara Syikin menyelit di antara suapan bercerita tentang kursus yang dihadiri di KL minggu lepas. Intan hanya mendengar. Mencelah bila perlu.
Intan menyuap lagi nasi ke mulut. Pada masa itu jugalah, telefon bimbitnya menerima SMS.

Malam ni kita makan malam dengan keluarga Syafiq sekali. Balik awal ye, anak ayah :)

Uhuk uhuk! Intan mencari air. Lor, kenapa pulak ni? Telefon bimbit di tangannya Syikin rampas. Mata Syikin meneliti pada teks yang tertera.

"Anak ayah balik awal ye.. Ayah nak sambut menantu malam ni.." usik Syikin.

"Sekurang-kurangnya aku ada. Kau ada??" perli Intan.

"Dah lebih ni kawan!!" SYikin membulatkan anak mata.

Intan hanya ketawa. Telefon bimbitnya disimpan terus ke dalam porch. InsyaAllah, kalau keluarga Syafiq jadi datang malam ni, dia akan berterus terang. Kalau betullah Syafiq serius suka dengannya, malam ini status mereka akan bertukar. Intan mengangkat sebelah kening 'Ziana Zain' pada kawan baiknya. Syikin pula hanya mampu berdoa untuk kebaikan Intan dan Syafiq. Moga ada kesudahan yang baik antara mereka.

Aku? Azmi tu pun ok jugak, kan?

6 comments:

Kak Sue said...

lamanya menyepi.....
Semoga Intan pilih Syafiq x mahu lah Amri yang gatal ... TAKUTTTTT...
hehehe.... malam lepas jumpa dua-dua x boleh tidur.... hehehe..

zuezakry said...

iyelah kak sue.. takdan. insyaAllah, akan ada nanti ;)

Kak Sue said...

sambung jangan lama sangat

Kak Sue said...

ct zuraimi kenapa lama nak sambung ni....

zuezakry said...

ha'a la kak su! lama betul. hehe.. sat ye ;)

IVORYGINGER said...

bila nk sambung ni??? xsabar nk tau klu syafiq betul2x suka sama Intan, Intan nk tukar status mlm tu jgk. Betul ka??? hehehe