Thursday, February 19, 2009

Kisah Di Hati 16

Nehi he babuji.. Aarrrgghh..rasa nak meraung sekuat hati! Tak mau.. Tak nak!!

Klentang klentong bunyi pinggan berlaga di dalam sinki. Tu belum tambah periuk belanga lagi. Tangan bekerja mulut pun bekerja. ‘Bergotong-royong’ betul! Aliah mengomel sendirian. Protes!

Ingat aku ni budak kecik lagi ke? Kalau abang tak ada, Kak Mawar kan ada. Nak sangat tempat mengadu konon. Ingat aku ni tak ada kawan-kawan yang boleh diharap ke?

“Abang bukan apa Lia. Abang risaukan Lia..” Bukan itu jawapan yang dia nak dengar sebenarnya. Cukup dengan kepercayaan abangnya selama ini. Aliah mampu berdikari. Tak perlu harapkan orang lain. Tak perlu susahkan orang lain. Lebih-lebih lagi En. Kamil yang telah dia reject dulu! Tak lalu nak makan dibuatnya. Ketam masak lemak kegemaran Aliah dan Azman dipandang sepi. Rugi! Spoil betul.. Bertambah spoil bila Kamil dah habiskan bahagiannya. Cheh, tau la aku masak sedap. Tinggal-tinggallah sikit..

Selesai berkemas di dapur, Aliah terus berkurung di dalam biliknya. Malas nak join Azman dan Kamil di ruang tamu. Biarkanlah diorang tu. Nak pujuk perasaan dulu sebelum pujuk hati supaya…. Kamil? Eee, abang memang tak ada kawan lain ek? Aahh ada kawan lain pun aku tak nak.. Memanglah Kamil tu handsome bergaya, tapi kisah di hati aku ni….



“Ada awek pandang tu.. ” Si gempal mencuit kawannya, si kurus yang sedang menggoreng pisang. Mereka berniaga pisang goreng di sebuah tasik. Si kurus hanya mengerling sekilas. Tidak jauh dari gerai kecil mereka, ada dua orang budak perempuan yang sedang menikmati aiskrim bersantai di atas bangku. Seorang berkaca mata, seorang lagi tidak.

“Biarlah. Diorang ada mata..” Tidak ambil peduli langsung dengan kata-kata kawannya, si gempal tadi. Dia masih meneruskan kerjanya. Seketika dia melayan pelanggan yang datang membeli air dan pisang goreng. Selalunya hujung minggu macam tu memang ramai orang. Kawasan rekreasi. Masa ni lah nak berjalan-bersantai bersama keluarga atau orang tersayang. Masyuk jugak la hari-hari macam ni..

“Ali!!” Laung si gempal. Si kurus memandang. “Apahal?”

“Aku pun nak aiskrim gak. Belikan aku satu. Macam biasa punya flavor!” Si gempal menguatkan suara supaya mesejnya sampai kepada si kurus yang sedang membeli aiskrim. Berdekatan dengan kedudukan dua orang budak perempuan tadi..

‘Ooo, namanya Ali…’ Suara hatinya bergema.
‘Aku takkan lupakan nama dia. Perhaps…takkan lupakan orangnya..’

3 comments:

eka said...

sambung arh cpt cte nihh..
best larhh..
:)

~zuLaiFaH~bUdaK CuEk@! said...

hu..h.u.


bsh2 nk tau llki tu ngan kamil org yg samer ke?

ct zuraimi said...

salam.
eka:
terima kasih sbb sudi baca cerita ngarut ni. buat masa sekarang, saya tak leh bg n3 baru sbb pc ade prob. akan diusahakan. hehe.

zulaifah:
mana leh bgtau..hehe. apa2 pun just enjoy ek.