Friday, July 10, 2009

Ini Hati, Aku Yang Punya 3

“Apa lagi tu Nisa?” Asiah tidak senang duduk. Sekejap-sekejap dia menjenguk muka pintu bilik anak perempuan tunggalnya. Apa la yang dibuatnya kat dalam bilik tu? Berkemas? Bukannya nak kena bawa satu beg baju. Berlenggang aje pun tak pe. Rumah besan tu, jauhnya ibarat lumba lari 100 meter tak sempat pecut pun.. Suka sangat melengah-lengahkan masa. Hafiz dah menunggu dah ni. Tak sedar-sedar diri lagi yang dia tu dah jadi bini orang. Bertuah betul..

Ha’a. Dah hampir dua minggu Nisa dan Hafiz bernikah. Kenduri pulak akan diadakan tiga bulan lagi. Seperti yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Dapat aje kebenaran dari Pejabat Qadhi, mereka terus nikah. Ekpress.

Bak kata Hafiz, “Masa tu emas, Nisa. Satu saat ibarat satu gram. Mahal tuu.. Since kau dah setuju nak kawen dengan aku, aku nak kita nikah malam ni. Pas Isyak ye.. Deal?”

Buntang mata Nisa.“No deal! Pale hotak kau! Surat kebenaran ni, panas baru lepas print pun tak hilang lagi.. Dakwat signature pegawai ni pun tak sempat nak kering! Sekarang dah 4.30 petang la weiii.. Dah tu lebih kurang kul 9 malam ni nak nikah dah? Kau ni akaii ada ke?” Bengang bakal pengantin perempuan dibuatnya. Penat drive JB-Kuantan lom hilang pas meeting tadi.. Nak regang-regang urat pun takdek masa. Dah tu malam ni nak kena nikah lagi? Memang la duk bersimpuh-menunduk tu tak keluar peluh. Masalahnya, tang nak berlakon ayu konon-konon bahagia dan berdebar-debar tu la yang paling payah lagi memenatkan. Bila hati fifty-fifty ni, confirm takleh all out!

Jawapan Hafiz sangat sempoi, “Sabar itu separuh daripada imaaann...” sesempoi tumit kasut Nisa memijak jari kaki Hafiz yang sedikit seksi berselipar jepun. “Ambik kauu!!!” dengan penuh perasaan geram.


Hafiz masih sabar menanti di ruang tamu. Malam ni dia dah deal dengan Nisa untuk bermalam di rumahnya. Matanya sesekali mengerling jam di dinding. Dari 9.15 ke 9.45.. Lamanya minah ni bersiap! Kata nak pakai tudung aje. Ke nak belit-belit, lilit-lilit?

“Datang la ni, mak..” Malas-malas Nisa melangkah ke ruang tamu. Berbaju kurung dan berselendang.

Alahai, sweetnya bini aku! “Kami gi dulu la mak..” Hafiz meminta diri. Dia menarik dan menggenggam tangan Nisa.

“Elok-elok jalan..” pesan Asiah.

***

“Takut la.. Kau tak rasa lain ke?” hatinya tak keruan. Ni first time nak ‘bermalam’ sebagai isteri orang. Malam akad nikah, Nisa balik rumah dia, Hafiz balik rumah sendiri. Esoknya Hafiz balik KL. Urgent call. Nak nak pulak kena stay site. Tiga empat hari jugak la. Bergumbira Nisa sebab terlepas daripada terpaksa melalui ‘malam pertama’. Elok aje Hafiz balik dari kerja, Nisa pulak ke Singapore atas urusan fakultinya. Lima hari. Tertangguh lagi malam pertama mereka.

Malam ni laa malam penentu samada...

“Apa yang lainnya? Kita kan pernah tido sama..” Hafiz tak ambik pusing perasaan isterinya. Percakapan pun masih macam dulu-dulu. Masa jadi kawan. Aku~kau. Baju melayu yang dipakai ditukar dengan tshirt.

Nisa menjeling. Kerek! Masa kecik-kecik lain la. Masa tu tak pakai baju pun tak tahu rasa apa. Ni dah besar-besar lain cerita. Nak nak dah jadi bini dia pulak. Hish, macam mana aku boleh setuju kawen dengan dia nii??

“Nisa..kalau kau tak selesa, aku boleh tido bilik lain.” Hafiz meng‘offer’. Saja nak test!

“Ha’a.. bagus, bagus. Bagus sangat. Cepat la berambus!” Lega aku...

“Amboi! Ingat sikit ni rumah aku tau. Suka hati aku la nak tido mana. Nak nak ni bilik aku. Kalau kau tak nak tido sini, kau aje berambus...” sinis dan sengih.

“Gajahhhh!!!!” jeritan spontan Nisa menggegarkan rumah yang sudah suam-suam sunyi. Kuat pulak tu. Cikgu Maznah mengurut dada. Cikgu Ibrahim dah terbangun dari kerusi malasnya dek rasa terperanjat ya amat.

“Astaghfirullah.. Apa la diorang ni.. Baru aje jumpa dah bertekak.” Mulut Cikgu Maznah mengomel. Geram melihatkan pengantin baru yang tak berupa pengantin baru.

“Ada la tu Hafiz buat apa-apa kat Nisa.. Bukannya awak tak kenal anak awak.” Cikgu Ibrahim kembali duduk. Gila terperanjat. Ingatkan betul la ada gajah tadi.. Nisa ni tak pernah berubah..

Masing-masing mengeluh. Apa lagi la yang tak kena? Sorang nak kawen, sorang dah setuju. Dah kawen, tak macam kawen. Macam ada yang tak kena!

13 comments:

ixora_us said...

salam..
best n3 ni..tersenyum sy sorg2 dpn pc.

bidadari cinta said...

salam ziarah!
best la n3 kali ni..
sweet betul diorg ni..
dh nikah pun nk gaduh lg..

iErA SyAmIeRa said...

adoiiilarrr...kahkahkah..
best giler n3 kali nie sambil baca sambil gelak nk pecah peyut.. terbayang lak sy klu ditempat nisa..lawak tul ler pasangan nie.. paperpn sy enjoy n3 kali nie.. sambung lg akak...
xsabar nk tgu next n3..hehehe

WhiteWitch [^_^] said...

awat pendek sgt..tak pueh baca dah hbs..hhihi

keSENGALan teserlah.. said...

haha..comey2..
mle2 gado la..
ekekekee...

sue said...

meang betul2 sweet sesangat dorg nih...!

apa laa hafiz uat nisa cam gitu...
terkuzat gak org tua si hafiz tu bila dengar si nisa menjerit di tengah2 malam macam tu...

aper2 pun n3 kali nie memang seronok dibca.tapi rasa cam pendek jer...bila nak sambung lagi..?

sya[E] said...

besh!!!!...
nk lgi =)

bulanhijau said...

hahahha

she called him gajah??
so funny la


smbg2

aqilah said...

amboi, grg giler si nisa ni. apapun akak follow...........

aku bukan sape2 said...

haha...lawak tul...comei je diorg laki bini ni...

inna hayati said...

siti...aku suka!
cepat sambung lagi.
pantas...!!!

hehe ^_~

L said...

haha apa kes plak ni?
:D

pwincess said...

betnyee...
x rugi ara bg link kt sy~~~