Monday, February 6, 2012

JH 11

Tak ada apa-apa yang menarik pun nak aku tulis malam ni. Cuma, pejam celik pejam celik, dah sebulan lebih aku aku menumpang rumah Tsu. Lebih tepat, 7 minggu 3 hari kut. Lama juga tu. Kalau dulu tengah ambil exam, sekarang result dah keluar. Alhamdulillah, aku dan Tsu masih lagi mengekalkan kecemerlangan kami. Masih tergolong dalam dean list walaupun pointer jatuh sikit berbanding sem lepas.

Kalau dulu tak kenal Jiji, sekarang bukan setakat dah berkenalan, malah dah bergaduh pun. Kalau dulu mungkin tak suka dengan dia sebab buli-buli, sekarang pulak dah terbalik. Tak boleh tak dibuli. Rasa hidup ni tak lengkap aja. Ibarat masak terkurang asam garam. Uh, gila. Berkenaan engineer muda Su pula, aku dah boleh terima hakikat kehadirannya di sisi Jiji tu. Aku doakanlah kebahagiaan mereka. Sejak boleh terima takdir ni, aku dah mula tegur-tegur Cik Su. Dia tu tersangatlah okey. Graduan UMP rupanya. Tak apalah. Yang penting, bertambah kawan aku dekat situ.

Sekali sekala, aku jenguk Makcik Mah di tingkat 7. Pelik sungguh bila aku tengok Mary dah berbaik dengan Makcik Mah. Tak payah ditanya, Makcik Mah dah cerita pasal Mary. Yang baik-baik sahajalah. Ada sebab kenapa Mary tu dulu berperangai macam tu. Sekarang dia dah berubah. Bila aku risik-risik, kesian juga dekat Mary tu sebenarnya. Oh, lupa. Dia taknak dipanggil Mary lagi sekarang. Nama panggilan dia sekarang adalah Mariam. Aku tengok cara berpakaian pun dah totally berubah. Bagus, bagus. Perubahan ke arah kebaikan. Sekarang dia dah jadi kawan aku juga. Nantilah ada masa aku tulis kisah Mariam.

Oh. Ada sesuatu lagi aku kena tulis. Tsu dan Hakim dah bersetuju untuk bertunang dulu. Okeylah tu daripada kahwin sekarang. Bolehlah Tsu habiskan degree dia dengan tenang tanpa perlu fikirkan tanggungjawabnya sebagai isteri orang. Mereka rancang nak bertunang sebelum sem baru buka. Mama datinlah yang paling busy sekarang nak menyiapkan majlis tunang Tsu. Aku tengok Tsu pun dah kelam kabut. Sem baru akan buka dalam masa tiga minggu dari sekarang. Tapi tak ada pulak aku dengar mereka fix tarikh betul-betul lagi.

Hari Sabtu lepas, sempatlah aku temankan Tsu pergi cari barang-barang hantaran tunang. Yang nak bertunang Tsu, tapi aku pulak yang terlebih excited. Mahunya tak excited bila tengok barang-barang hantaran, reben-reben, bakul-bakul, bunga-bunga yang cantik, comel lote, cute-mute tu! Orang tak de perasaan sahajalah yang tak rasa apa-apa.

Hari Ahad keesokan harinya adalah hari aku terkejut beruk. Mahunya tak terkejut. Sabtu malam aku tidur lambat gila sebab struggle dengan Tsu menggubah hantaran tunangnya. Pukul 3 kut baru tidur. Hari Ahad, pukul 10 pagi barulah aku bangun. Masa aku bangun, aku tengok Tsu dah tak ada kat sebelah aku menandakan dia bangun awal dari aku. Dah siap mandi dan bersiap ala kadar, aku turun ke ruang makan untuk bersarapan. Aku tak kisah dengan mama datin walaupun aku bangun lambat sebab dia tahu apa yang aku buat. Sampai aje kat ruang makan, bukan setakat mama datin dan Tsu kat situ, Puan Sri termasuk Jiji Paprik pun ada sekali.

Tanpa pedulikan pandangan mata anak Puan Sri, terus aku dapatkan Puan Sri dan salam dengan dia. Malu jugaklah kan sebab bangun lambat macam tu tapi apa nak buat, dah memang tidur lambat. Aku tarik kerusi sebelah Tsu yang sedang sarap, kebetulan pula di hadapan Jiji.

Aku makan macam biasa. Sekali-sekala aku jawab soalan Puan Sri bila dia bertanya dan aku menyampuk cakap-cakap Tsu dengan mama dan makciknya. jiji? Langsung aku tak pandang. Buat-buat dia tak wujud kat situ. Dia pun aku tengok diam aje. Tak berbunyi langsung. Pelik juga tu. Dah diset 'home mode', kut?

Waktu aku kat dapur sedang basuh pinggan, Jiji datang lalu letakkan gelas dan pinggan yang dia guna waktu di meja makan tadi.

"Tolong basuh sekali, ye."

Aku pandang dia sekejap dan angguk. Dia berlalu dari singki. Mati-mati aku ingatkan dia dah berambus dari dapur. Rupa-rupanya tak. Dia boleh berdiri tegak belakang aku tengok aku basuh pinggan. Apa hal? Tak pernah tengok orang basuh pinggan ke apa?

"Kenapa Encik pandang saya macam tu?"

Jiji sengih handsome. "Sebab tak pernah tengok kau pakai macam tu. Pelik sikit. Tapi, aku suka. Cute."

Huh! Suka? Cute? Perli la tu. Ada aku kisah. Yang penting, kain batik aku tutup dari pinggang ke kaki. So?

"Saya dekat rumah. Bukan pejabat." Terus aku tinggalkan dia.

Tapi telinga aku sempat tangkap kata-kata dia. "Puji pun salah?!"

Kehadiran Puan Sri pada hari tu adalah untuk menolong sepupu suaminya. Bagusnya diorang ni. Bukan setakat Puan Sri, malah Jiji pun rajin menolong. Tabik springlah kat dia kali ni. Betul-betul perangainya di pejabat tak ada masa dia tolong mama datin hari tu walaupun tarikh majlis masih belum ditetapkan lagi. Tapi aku dengar mama datin kata dalam masa terdekat nilah majlisnya.

Aku pandang Tsu. Tsu cuma senyum aje memanjang.

Cis, dari tak ada apa-apa nak tulis, terus panjang berjela bila ingatkan kisah wekend hari tu. Sekarang dah hampir 1 pagi. Kena tidur. Esok kena kerja.

1 comment:

Anor said...

Kenapa Jiji pun ada dirumah Tsu sekali ye? Nak lagi...