Monday, March 16, 2009

Kisah Di Hati 25(ii)

“Mana Lia, Ma?”

“Rehat kat bilik tamu. Dia penat tu. Malam tadi dah sampai pukul berapa. Pastu, pagi-pagi lagi dah kena bangun nak hantar Azman. Biar je la dia baring kejap.”

Hidangan untuk minum pagi di atas meja dijamah Kamil. Sunyi sepi je rumah kala itu. Abah outstation ke Kuching. Kamalia kat labnya. Tinggallah Mama dengan dia berdua sahaja kat rumah.

“Dik, kau masuk ofis tak hari ni?”

“Pergi kot sekejap. Pagi ni kan Lia ada lagi. Lepas hantar dia ke stesen bas nanti, orang jenguk la ofis sekejap.”

“Ni Mama nak tanya. Dari hari tu lagi, tapi asyik lupa je sebab excited sangat..”

“Nak tanya pasal apa tu, Ma?”

“Yang korang bertunang ni, Lia betul-betul terima ke? Mama tak nak jadi apa-apa nanti.. Hari tu kan dia pernah reject kau, dik?”

“Laa.. kan ke Mama yang ajar akak suruh ajar adik malam tu? Alang-alang nak ngorat ala pantun tu..”

“Dah tu kau ngorat macam mana? Pandai pulak kau ye?”

“Ala Ma.. bab-bab ngorat ni kan adik lulus..”

“Setakat lulus je buat apa? Orang sekarang dah advance. Apa barang setakat lulus je..”

“Ala Ma ni. Biar la. Sekarang adik dah ada tunang. Habis la Mama..dah tak dek tempat nak manja-manja..”

“Heh, banyak la kau! Ingat Mama heran sangat? Abah tu sepuluh kali lagi best kalau nak buat tempat manja-manja..”

Kamil tergelak besar. Mama ni.. memang tak boleh lawan langsung!

“Eh Lia.. Nape tak baring-baring lagi?” Mama bersuara apabila melihat Aliah berdiri di tangga. Tawa Kamil tadi segera terhenti. Upss..

Aliah menggeleng. “Tak boleh la Makcik. Pening dah saya. Dah lama sangat rasanya.”

“Meh la sini. Ni ada kuih sikit. Biar Makcik ambik cawan jap.”

Aliah menarik kerusi dan duduk di sebelah Kamil.

“Ambik la. Karipap Mama ni best tau. Rugi tak rasa.” Aduhai..kekoknya rasa bila bercakap dengan ‘tunang’. Kamil menghulurkan piring ke depan Aliah. Sebiji karipap diletakkan di situ. Satu je, tak boleh banyak-banyak. Kang habis pulak karipap favourite aku! Kalau la Aliah dapat dengar apa yang tengah Kamil cakap tu… Kerek sungguh!

“Hmm..jadikan hantar saya ke stesen bas tengahari nanti?” Aliah membuka mulut. Sebelum itu, disuapnya karipap yang diletakkan di dalam piring di hadapannya. Ucapan terima kasih hanya di dalam hati.

“Mestila. Kalau Azman tahu I tak hantar Lia, entah apa dibuatnya nanti.” Kamil menghirup kopi perlahan. Dia dah berjanji dengan Azman untuk menjaga Aliah. Bukan sekali dua dipesan oleh Azman, malah berkali-kali. Dah boleh dihafal setiap patah kata. “Lia tu laa satu-satunya darah daging aku. Kalau apa-apa jadi kat dia…”
Mama kembali dari dapur. Kemudian, kopi dituangkan ke dalam cawan yang bari dibawa dan diletak di hadapan Aliah.

“Terima kasih Makcik..”

“Sama-sama. Dah, minum la. Nanti sebelum balik, Makcik masak. Kita makan dulu. Tiket Lia pukul berapa?”

“Dua petang, makcik.” Aliah menyuap lagi karipap ke mulut. Karipap yang sebiji itu dimakan lambat-lambat. Bukan apa..sedap sangat. Kalau makan cepat-cepat, kang cepat habis. Dah la Kamil hanya bagi sebijik aje.. Nampak sangat kedekutnya.. Nak ambik jauh pulak.. Nak minta malu..

“Amboi dik. Kenapa karipap ni jauhnya sebatu dari Lia?” Mama terperasan kedudukan pinggan karipap di sebelah kanan Kamil. Sedangkan Aliah ni duduknya di sebelah kiri Kamil.

“Urmm, tak perasan la Mama.. Nah, Lia. Makan la lagi. Satu cukup ke? Sedap ni..” Kamil menarik pinggan karipap mendekati Aliah. Aliah mencebik di dalam hati. Perangai tak senonoh betul. Anak manja! Dia sebenarnya dah tahu yang Kamil memang sengaja menjauhkan pinggan karipap tu.

“Terima kasih. Saya dah kenyang. Awak makan la. Itu kan karipap favourite awak..” Sebu je rasanya. Ni belum lagi kahwin. Esok-esok macam mana la.. Boleh survive ke aku dengan dia?

Tersedak Kamil mendengar Aliah berkata begitu.
Erk? Dia dengar apa aku cakap ke?

1 comment:

cinta said...

sweet sgt Kamil ni..nk juga tunang mcm ni..