Friday, July 9, 2010

STTS ~ 13

Masing-masing diam. Akmal yang ini menunduk. Tak ada apa yang mampu dilakukan. Nak buka mulut pun tak boleh. Uh, dah.syatnya mamat ni kalau marah. Tapi yang dimarahnya tu, apa? Tak faham langsung. Dah tu, free ajelah aku kena marah ni? Nak minta penjelasan sikit aje, tapi tak mampu nak minta.

Akmal yang itu pulak masih menahan debaran. Dia tahu yang dia merapu terlebih. Sebenarnya, hanya satu perkataan aje yang perlu dia cakap untuk menerangkan kenapa pada saat itu mereka berdua dalam keadaan macam tu. Ya, hanya satu perkataan! Tapi, kenapa? Kenapa tak boleh cakap satu perkataan tu? Ni lagi satu masalah.. Macam mana nak setel ni?

Mak Yah dari tadi memasang telinga. Cuba mentafsir, perang apa sebenarnya yang sedang melanda? Kenapa anak majikannya merepek pasal pejabat di rumah pula? Tak pernah dibuat pun! Kalau nak marah hal pejabat, kat pejabat la. Kemudian, meleret pula kepada benda-benda yang langsung takdek kaitan. Membebel aje lebih mengalahkan mak nenek. Mak Yah juga sudah mengesan perubahan air muka si menantu.

Diam lagi.

“Sebenarnya, apa masalahnya ni?” Dengan beraninya Akmal bersuara. Entah, langsung dia tak faham. Encik Suaminya ni nak apa? Cakap laju aje.. macam tikus jumpa cheese. Tapi sepatah haram tak paham.

Ya, Puan Isteri dah tanya! Jawab. Susah ke nak cakap, “Cemburu! Jealous!” Uhuk, macam mana boleh terzahir pula ni? Dan tanpa menunggu lama, dia terus angkat kaki.

Mak Yah di dapur menahan ketawa. Punyalah panjang cerita.
Meeting.
Outstation.
Dokumen.
Drawing.
Kereta comot.
Servis.
Minyak.
Bla. Bla. Bla.


Rupa-rupanya?

Akmal melangkah ke dapur dengan muka blur control cute.

“Mak Yah dengar?” Peti ais dibuka. Telinga yang mendengar leteran, tekak pulak yang rasa kering. Agaknya macam ni kut, dari telinga jatuh ke tekak!

“Terdengar.”

“Yelah tu!”

Mak Yah senyum.

“Cemburu? Apa?” Akmal memandang Mak Yah mencari jawapan.

“Shu ada keluar dengan siapa-siapa ke hari ni?”

“Kami ada meeting dekat Perai. Balik tu terus keluar lunch. Kebetulan, dalam meeting tu, Shu jumpa kawan lama. Dia ajak makan. Shu OK ajelah. Dah lama tak jumpa, kan? Tapi, pelikla. Sebelum pergi tu, OK aje angin anak manja tu. Balik tu la start pelik. ”

“Shu makan berdua aje ke dengan kawan tu?”

“Ha’a. Shu ajak dia sekali. Tapi dia cakap ada hal sikit lagi. Dia suruh Shu pergi dulu. Tapi tulah, sampai ke sudah, dia tak datang. Entah..”

“Kawan Shu tu lelaki ke pompuan?”

“Lelaki..”

“Haa.. Pasai tu la kut. Akmal tu, tahap cemburunya mengalahkan pompuan. Shu belum kenal lagi dia tu.”

“Alah.. Shu pun selalu jugak nampak dia makan dia client pompuan. Tak jeles pun!”

“Shu lain. Dia lain. Entah-entah, dia nampak Shu dengan kawan tu mesra semacam tak?”

Akmal berfikir. Si Kay tu memang la gila-gila sikit. Kawan satu universiti. Budak separa auw tu. Apa pulak yang pelik? Akmal berfikir lagi.. teeettttt!

“Opss…” Dia membawa jari-jarinya ke bibir. “Mak Yah!”

5 comments:

fazliana said...

hah??akmal buat pew??
huhuhuh..
nak lg..heheh =))

nu adika said...

sikit nya?
nak lagi~~!

nu adika said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

sikitnya.. huhu...

yonna said...

wala! ni pe kes plak ni?suspen yg amat ni~