Wednesday, March 3, 2010

Ini Hati, Aku Yang Punya ~ Postpenamat

Nisa gelisah seorang diri di ruang tamu rumahnya. Buat itu tak kena. Buat ini tak kena. Sejak mendapat syarahan free dan panjang lebar dari Cik Fairuzah hari tu, gelombang otaknya menjadi tak berapa nak stabil. Aktif memanjang memikirkan apa yang perlu dibuat. Bantal biru bergambar watak Ipin kegemarannya didakap erat ke dada. Sekejap-sekejap dia memegang handsetnya. Nama Hafiz dalam contact list dicari. Dia ingin menghubungi Hafiz untuk…

Untuk?

Hai.. kenapa la payah sangat ni, Nisa? Payah sangat ke nak cakap ‘Aku maafkan kau. dan aku pun nak mintak maaf’.. susah ye?

Kalau susah nak bercakap, SMS je. Jangan bagi handset sedih sebab tak guna benda tu secara optimum. SMS? Tak proper la. Punya la banyak dosaku padanya, huhuhu…

Bismillahhirrahmanirrahim..

Butang hijau ditekan. Nekad…

“Hello Assalamualaikum..” suara yang amat menenangkan menjawab di hujung talian sana.

…menghubungi ibu sendiri untuk mendapatkan restu.

“Waalaikummussalam. Mak, Nisa ni..”

“Oo.. Nisa. Apahalnya tepon ni?”

“Amboii.. Orang tak boleh tepon mak sendiri ke?” Itulah anak Asiah. Bila merajuk, kata ‘orang’ menggantikan namanya.

“Hish budak ni, bertuah. Mana la tahu kut-kut kau ada hal apa-apa yang penting ke nak gtau.. Mak ulang sekali lagi ni. Nape Nisa, ada apa-apa ke telefon mak ni?”

Nisa ketawa di hujung talian. Mak ni, skema! Kalah aku yang jadi cikgu ni.

“Herm.. yelah. Nisa ada nak bagitau sesuatu ni..”

“Apa dia?”

“Nisa nak gi KL la mak. Nak jumpa Hafiz.”

“Bila?”

“Hari ni la. Sekarang dah pukul 11. Lepas Zuhur Nisa gerak kut mak..”

“Eh.. Hafiz laki kau ada kat sini. Baru je sampai.. Hafiz mana pulak kat KL tu yang kau nak gi jumpa?” Musykil. Scandal ke budak ni?

“Hah? Dia kat rumah mak ke?”

“Rumah mak dia la. Mertua kau.. Nampak lama sikit kut dia kat sini. Mak nampak dia angkut beg besar jugak tadi..”

Nisa terdiam. Cuti lama ke?

“Herm.. takpela. Nisa balik la kejap lagi. Nisa nak jumpa Hafiz ni.”

“Yelah..”

Nisa bersiap ala kadar yang tak macam selalu. Sedikit gincu dicalit ke bibir. Hish, kalau mak nampak ni… Alah, memangla nak balik rumah aje, tapi bukan untuk mak! Nisa dah standby dengan jawapan itu kalau ditanya oleh mak yang memang kuat mengusik tu.

Sebelum bertolak, dia sempat menghantar SMS kepada Hafiz.

****

Beep! Beep! Hafiz membaca mesej.
Balik kuantan? Dari Nisa. Mana pulak dia tahu? Hafiz macam tak ingat pulak yang rumah mertuanya di sebelah sahaja. Spontan dia mengalihkan pandangan ke rumah sebelah. Seakan mencari kelibat insan yang dirindui.

“Dia takde. Tak payah teleng-teleng lagi. Seliuh kang baru tau!” Cikgu Maznah datang ke ruang tamu menatang dulang berisi air. Suaminya yang sedang membaca akhbar hanya tersenyum mendengar kata-kata emak Hafiz. Ada-ada aje la Maznah kesayanganku ini..

Dengan hampa, Hafiz membalas mesej Nisa, ‘yup’. Sepatah kata sahaja yg ditaip lalu disend.

Datang IM tak?
Satu lagi mesej dari Nisa masuk.

Hafiz mengerutkan kening? Nisa tanya aku nak datang umah dia ke? Hish, dia salah taip kut.. Terus dia tak menjawab. Hanya membiarkan soalan itu. Cawan berisi milo O dibawa ke mulut. Menghirup perlahan setelah kalimah Allah disebut.

“Besar beg. Nak pindah ke?” Cikgu Maznah mengajukan soalan.

“Mak rasa?”

“Orang patah hati, Nah.. Berkoyan-koyan la tu gamaknya ‘ubat’ dalam beg dia tu..” sampuk orang tua Ibrahim di sebalik Utusan Malaysia.

“Ish, ayah ni.. Hati mana boleh patah laa..”

“Dah tu?”

“Entah. Orang rasa ada aje. Tak pernah gugur ke kaki pun!”

Malas nak panjang-panjang perbualan yang tak berfaedah, Cikgu Ibrahim mengangkat punggung ke laman. Lepak dengan ayam jantan lagi bagus. Tak reti menjawab. Senang hidup. Lagi bahagia..

“Mak tanya sungguh-sungguh ni.. Kenapa besar sangat beg tu?”

“Orang cuti lama la mak.. Tu semua baju-baju nak basuh.”

“Herm..nanti masuk dalam bakul. Mak basuhkan.”

Hafiz senyum. Kesian mak. Apa nak buat, dah ada bini, lancar perang dingin.. Terima aje la.

Dalam lima belas minit melepak di depan TV selepas menghabiskan secawan air milo O kaw maknya tadi, Hafiz terdengar bunyi kereta memasuki laman rumah sebelah. Pantas kepalanya menjenguk. Terpaku matanya memandang sesusuk tubuh yang…

****

“Kau balik tak bagitau aku pun.” Nisa bertandang setelah menyapa kedua orang tuanya terlebih dahulu.

Peliknya Nisa ni.

“Fiz, aku ada hal nak bincang la dengan kau..”

Ehem..ehem.. Cikgu Maznah tiba dari dapur membawa air untuk menantunya. Serba salah Nisa dibuatnya. Memanglah berstatus menantu. Tapi mak mertua yang kena buatkan air! Apa nak buat, nasi dah jadi bubur. Ucap terima kasih dah le.

“Mak ngan ayah ada kat rumah, Nisa?”

“Ada mak. Diorang tengah melepak kat dapur.”

“Mak nak ke sana sekejap. Jom bang. Kita gi rumah besan jap. Dah lama tak jumpa. rindu pulak..”

Nisa telan liur. Mak ni perli aku la tu… Rindu besan konon!

“Hafiz, aku kan.. hermm..” Tak terkeluar la pulak.

“Nisa, aku tau aku salah. Aku mintak maaf sangat-sangat pasal tu. Aku dah jelaskan kat kau kan yang aku dengan dia dah tak dek pape. Dia..”

“Fiz.. dah la tu. Kau tak payah cerita. Kau dah banyak kali ulang. Aku dah boleh hafal skrip kau tu..”

Hafiz menunduk. Kehilangan kata-kata. Dah tu, nak cakap macam mana lagi? Memang itu ceritanya. Dalam pada Hafiz menunduk tu, Nisa mencapai tangannya lalu digenggam perlahan. Lama-lama pegangannya menjadi semakin kuat.

“Aku ada benda nak bagitau. Pertama sekali, aku dah maafkan kau. Jadi, jangan la lepas ni kau minta maaf lagi. Pastu, turn aku pulak nak mintak maaf dengan kau. Aku dah banyak salah dengan kau..”

“Kau tak salah apa pun. Aku yang salah. Aku yang patut minta maaf..”

“Hafiz..” Tengok tu! Dia ulang lagi..

“Opss, ok.. Sorry, aku dah dimaafkan ek..” Hafiz senyum segaris.

“Aku minta maaf sebab masa kat Cherating hari tu aku sungguh kurang sopan.”

Cherating? Mengingatkan itu, Hafiz dah tergelak-gelak. Namun cepat-cepat gelaknya mati apabila melihatkan muka serius Nisa. Sudahnya, Hafiz hanya menjungkit bahu lalu berkata, “Takpe..halal!”

“Pastu aku nak minta maaf sebab tak hiraukan kau selama aku mogok hari tu.”

“Nisa, kau tak salah pun. Dah la. Aku maafkan kau..”

Nisa senyum. Hafiz pun senyum.

Alhamdulillah. Selesai satu perkara. Nisa dah OK, Hafiz lagii OK. Privasi yang diberi oleh mak ayah Hafiz digunakan sepenuhnya. Masing-masing bertukar cerita sedih masa terpaksa jadi lone ranger dulu.

“Aku nak tanya sikit kat kau..”

Nisa mengangkat kening.

“Camana boleh tergerak hati kau nak…” Hafiz tak dapat menyudahkan kata. Sebenarnya dia sendiri kehilangan kata-kata. Tak tau la ye. Yelah, macam mana Nisa boleh tergerak hati nak tamatkan perang dingin ni?

“Ada laa..”

Hafiz mengerutkan keningnya. Misterinya Nisa ni. Tapi tak kisah la. At least perang dingin is over. Harap-harap tak adala masalah lagi lepas ni.

“Nisa, malam ni kita balik IM ek?”

“Kenapa?”

“Aku rindu laa..”

Entah kenapa ringan sahaja tangan Nisa melayang ke peha Hafiz.

“Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!” Kuat sungguh jeritan Hafiz merasa cubitan wanita di sebelahnya.



“Uhuk uhuk uhuk..” Tersembur air milo yang baru disuap oleh Cikgu Maznah dan Cikgu Ibrahim dari rumah sebelah.

“Apa pulak tu abang?”

Asiah dan Abdullah saling berpandangan. Cikgu Maznah dan Cikgu Ibrahim hanya mengangkat bahu.

“Tak setel lagi ke?”

Mereka saling berpandangan.

8 comments:

Iffahnazifa said...

Dh abis pn perang dingin dorg nih.

nurul naziefa said...

IM..indera mahkota..puas ler adek pike..huhuhu

kapten said...

ingatkan apa la..IM tue..huhuhu..

petite A said...

indera mahkota tu kat ner??

ema said...

indera mahkota 2 kat kuantan.. taman perumahan

conan said...

bez cter nie... n all d bez...
buku kan laa hehehe
uhh yerk nk tny ad blog hlovate???
blh bagi?? sendkan kt conan258@yahoo.com
tq

nina said...

best . terbaik dari ladang ,hehe !

mizz acu said...

klakar la.. hahaha