Friday, July 17, 2009

Ini Hati, Aku Yang Punya 4

“Angkat la handset tu. Bising tau tak..” Ridhuan menjadi bengang. Nikmat roti canai untuk minum pagi sedikit demi sedikit semakin lenyap. Mana taknya. Ada pencemaran bunyi. Walaupun hanya di‘vibrate’kan, tetapi frequency gegarannya bisa memecahkan pinggan dan gelas, sekaligus menaikkan suhu badan.

“Biar la. Aku malas nak layan la..” Dari tadi Hafiz perasan siapa si pemanggil yang sibuk membuat call. Memang malas dia nak layan. Menyakitkan hati. Dia menguis-suis sayur sawi yang dicampur ke dalam mee gorengnya lalu diasingkan. Habit sejak kecik...sama perangainya dengan Nisa.

“Siapa?” Ridhuan mengajukan soalan walaupun jauh di sudut hati dia dapat mengagak siapa. Sejak dua menjak ni memang handset kawannya yang sorang ni asyik berdering sepanjang masa. Mengalahkan handset boss. Kadang-kadang boss pun main SMS je..

“Lagi malas aku nak jawab soklan cemerlang kau tu..” sudah gaharu cendana pula, dah tau buat apa nak tanya?

Handsetnya berhenti berdering. Lega seketika bila keadaan kembali aman. Ridhuan kembali menyuap roti canai ke mulut. Baru ada selera nak makan. Namun, selang beberapa minit kemudian, alat telekomunikasi tadi kembali ber'grrrrr'...
Wallaweiiii…virus apa ni? Ada jugak handset nak kena kuarantin bukan dek H1N1 kang...

“Sop! Angkat la wei.. Aku ni dah nak tercekik tau tak!” Teh tarik dicapai lalu diteguk perlahan. Memang haru la keluar makan dengan engineer hensem yang sorang ni. Aku pun hensem jugak, tapi tak ada la menjadi buruan macam Encik Yusuf Alhafiz ni. Musykil sungguh!

Hafiz menjengah ke skrin handsetnya. Kali ini dia tersenyum dengan manis sekali. Dia mencapai tisu lalu mengelap tangan sebelum menjawab panggilan tersebut. Dia berdehem puas-puas untuk membetulkan kotak suaranya.

“Halluu my beloved wife..” suara mengancam lagi menggoda kedengaran. Teh tarik di dalam mulut Ridhuan bagai tak tertelan. Wow, new born of Usop laa! Terangkat keningnya..tergantung lama kat dahi.

“Assalamualaikum cik abang..” sapa suara di hujung talian.

Hafiz tergelak manja. Tahu diri diperli-perli. Dan tahu jugak diri sedang dalam perhatian. Ridhuan di depannya semakin mengecil dan seterusnya langsung tenggelam terus tak dihiraukan.

“Kau busy ke sekarang?” direct aje Nisa bertanya. Tanpa bunga-bunga, tanpa manis gula Melaka.

Eyokkk… Mood menjunam turun dan merundum. Tak leh harap langsung bininya yang sorang ni. “Tengah pekena mee goreng versus roti canai dengan kawan. Apahal tepon ni?” Nadanya turut bertukar mengikut rentak Nisa. Kenapa la mereka berkawan sejak kecik? Kan dah payah...

“Takde. Nak tanya weekend ni kau ada keja tak?” Pesanan emaknya harus disampaikan. Pengantin paksa pun tetap pengantin. Persediaan harus all out. Seumur hidup sekali aje, kan? InsyaAllah..

“Kenapa?”

“Mak suh balik kampong la…”

“Balik kampong? Kenapa pulak?”

“Kenapa kau tanya?” suara garang Nisa dah kedengaran.

“Yelah. Dah aku tak tau...” Hafiz terpaksa mengendurkan suara.

“Kau sedar tak yang lagi dua minggu kau tu nak naik pelamin?”

“Hah?!! Lagi dua minggu?! Yeke?” Cepatnya masa berlalu! Baru aje rasanya diorang nikah. Cubitan dekat badan sebab mengusik Nisa masa malam yang konon-konon malam pertama pun belum hilang lagi...

“Tak la aku tipu je. Nanti kau tepon mak la. Aku ada kelas ni.. Nak cepat.”

“Mak mana ni?”

“Mak la.. Kau ada berapa orang mak?”

“Sekarang dah dua la..”

Oo lupa! Adoi... “Mana-mana mak pun takpe.” Cit, nak cover malu punya pasal. Tu la, kenapa la aku dengan dia panggil mak masing-masing dengan ‘mak’? Kan dah payah nak beza-beza. Haru sungguh.

“Yelah. Ok..” Talian diputuskan. Hafiz memandang seketika skrin handsetnya.


“Kenapa pulak dengan muka tu?”

“Nope. Aku baru aje sedar yang aku dengan dia dah nikah kampir tiga bulan. Kau takkan tau perasaan aku...”

“So?”

“Kau pun tau kan selama ni aku tangkap lentok dengan Ema tu.. Aku rasa tak adil la pada Nisa. Sebab aku nak lari dari Ema, Nisa jadi mangsa.”

“Tapi Sop, kau pun memang sayang dia kan?”

“Aku memang sayang dia Wan.. Masalahnya aku rasa yang sayang aku tu tak sampai sayang antara lelaki-perempuan lagi. Kau pun tau yang aku dengan dia kawan dari dalam perut lagi. And, aku pun tak tau dia sayang aku ke tak..”

Ridhuan ketawa. Geli hati. Setegas-tegas engineer kat depan ni, rupanya takdek la tough mana bila datang bab an-nisaa...

“Ya, aku tau. Kau dah cerita. Tapi, kalau dia pun tak sayang kau, kenapa dia terima lamaran kau kan?”

“Hmm.. Kalau kau nak tau Nisa tu manusia paling mudah dalam dunia. Paling mudah berurusan. Anak yang menurut kata. Mak bapak dia terima aku, jadi dia pun ikut terima. Bapak mertua aku pernah cerita pada aku yang Nisa tu pernah kecewa dengan seorang lelaki dulu. Pastu dia serik bercinta lagi. Dia bagitau mak bapak dia, kalau la ada orang datang masuk mintak dia, dia akan setuju aje kalau mak bapak dia pun terima. Then, aku pulak yang masuk mintak dia..”

“Mak bapak diorang tu memang suka kau ke?”

“Kami hidup berjiran Wan. Rumah aku dengan rumah dia sebelah-menyebelah aja. Dah lama kitorang kenal. Bukak tingkap bilik aku nampak tingkap bilik Nisa. Masa kecik-kecik dulu, kitorang baling batu aje.” Hafiz ketawa. “Tapi bila dah besar-besar ni, dia dah tukar bilik la..”

“Alah..dia dah tukar bilik pun, apa masalahnya? Kau dah memang sebilik dengan dia dah pun. Siap sekatil. Entah-entah sebantal. Sese..” Ridhuan berhenti tanpa sempat menyudahkan ayatnya setelah Hafiz berdehemm. “Sorry..sorry. So, sekarang? Apa kau nak buat?”

“Aku pun tak tau la. Sekejap aku rasa aku memang cintakan dia. Yelah..sejak jumpa balik ni dia dah lain. Dah jadi perempuan terakhir pulak. Macam terjatuh hati la pulak. Tapi, sekejap pulak aku rasa aku dah gunakan dia...” Hafiz menghembus nafas. Terasa bersalah pada Nisa menggunung tinggi..

Perasaannya sekarang bercampur aduk macam rempah ratus Tengku Nila Utama. Nisakah Puspawangi yang akan ‘mengasingkan’nya?

6 comments:

Sue said...

hu2..! dah 3 bln kawen yea hafis n nisa....

kape jad cam gitu lak..! dah hidup bersama tak der perasaan kasih n syg lg ker..tak pun sesikit ker..?

intro citer dah ok, tp blm nak feel sangat nieh..!

bulanhijau said...

haaaaaaa??

that guy nak gunakan nisa je??
ish ish
mne boleh cggitu

WhiteWitch [^_^] said...

mak aii..patutla beria nak kawen ngan nisa..huhu..mintak2 la depa suka..hehe..besH2

comei said...

xpe2 t mst die tangkap cintan masyuk dgn wife sdr hihihi
kan2 kak zue???

L said...

ciss ingatkan dia mmg separuh mati suka nisa
rupa2nya nak lari dri ma je
aiyo

sya[E] said...

nti msty deorg suke sm suke kn??
lgpn dh kwin..xd bnde yg mghlg..huu
erm smbg agi ye..
pat2 tau =)