Wednesday, October 30, 2013

My Suami, MINE -6-

Ain kena lagi. Kena belikan dia makanan. Dan dia bersenang lenang duduk di kerusi membelek majalah.

Amar memandang Ain yang sedang beratur panjang untuk membelikannya makanan. Ramai pula orang walaupun pada hari bekerja. Amar membelek jam di tangan. Patutlah. Dah tiba masa makan tengahari. Maknanya lama juga dia pusing-pusing di mall tersebut dengan Ain.

Amar mengangkat kening.Matanya kembali menatap majalah. Namun, ada sesuatu terlintas di fikirannya. "Kau jaga Ain baik-baik. Kalau kau nak balas dendam dekat aku, bukan dengan cara gunakan Ain. Ain tu sebatang kara. Dia cuma ada keluarga aku sebagai saudara. Sekarang dia dah kahwin dengan kau. Dia mesti harapkan kau sebagai suaminya yang akan jaga dia. Lagi sekali aku ingatkan kau,  kalau apa-apa jadi pada Ain, kau orang pertama kena jawab dengan aku." Kata-kata Syamsul terngiang kembali di telinganya. 

Amar akui ada kebenaran kata-kata Syamsul itu. Tetapi hatinya masih belum terbuka untuk Ain. Sehinggalah pada satu hari dia diperkenalkan kepada Qaisara, rakan seuniversitinya yang juga rakan sekerja Syamsul. Dari situ, bagaikan ada sesuatu yang membuatkan Amar perlu mencari Ain secepat mungkin.

Uh, budak manis ni. Kalaulah dia tahu Ain hanya berada di utara ni, sudah lama dia ke sini. Tak sangka Ain bekerja dengan Kak Laili. Kebetulan sungguh Kak Laili membawa Ain ketika mengambilnya di stesen bas. Allah permudahkan urusannya. Alhamdulillah! Sekarang giliran dia pula untuk memperbetulkan keadaan.

Tapi.. "jauh ni aje kau lari?" Amar tepuk dahi. Tak patut dia cakap begitu. Ain mesti ingat dia nak seksa hidup Ain lagi.

Kepalanya digeleng-geleng tanda menyesal.

"Eh, encik tak makan ni ke?" Ain meletakkan snack plate KFC di hadapan Amar.

Amar angkat kepala. "Bila masa pulak aku cakap tak makan?"

"Tadi geleng-geleng kepala?" Ain duduk.

"Suka hati akulah kepala aku. Dah, makan. Lepas ni ikut aku pergi satu tempat." Amar mengarah.

"Saya kena balik pejabat. Nanti Puan Zainab cari saya."

"Kalau begitu, esok kau ambik EL."

"EL? Saya tak sakit apa-apa. Kenapa kena EL?"

"Sebab suami kau suruh EL. Jadi, jangan banyak tanya. Boleh tak??" Suara Amar sudah meninggi.

Kaki Ain menggigil. Amar... dia tak pernah berubah. 

^^~****~^^


"Sejak bila lagi tok wan tahu?" tanya Laili lalu menarik kerusi. Dia mencapai cawan teh yang dihidangkan kepadanya. Pagi tadi, selesai sahaja urusan di Nibong Tebal, Laili terus bergegas ke rumah tok wannya. Tok wan kata nak bincang pasal Amar dengan isterinya. Dan Ain dengan suaminya. Ayat tok wan tu betul-betul buat Laili rasa lain macam. Lain macam yang macam ada kena-mengena aje budak berdua ni. Dan hatinya sudah meneka sesuatu. Sehinggalah tok wannya bercerita pasal mereka. Pasal Amar dan Ain.

"Dah lama aih. Masa mula-mula hang bawak budak tu ke mari lagi," balas tok wan ringkas.

"Dia cerita kat tok wan?"

Tok wan menggelengkan kepala. "Malam tu tok wan tengok dia macam menangis. Terhinjut-hinjut bahu dia.."

Tok wan berhenti sejenak. Cuba mengingat kembali kisah dua tahun lepas. Pertama kali tok wan melihat Ain yang dibawa Laili ke rumahnya, hati tok wan berdebar semacam. Mata tuanya seakan-akan pernah ternampak Ain. Tetapi dia lupa di mana. Dua hari di rumahnya, tok wan beramah mesra dengan Ain. Tok wan cuba mengenali Ain di samping mengasah memorinya berkenaan Ain. Sehinggalah pada malam itu, dia ternampak Ain menangis di dapur.

"Bila tok wan tanya kenapa, dia cuma cakap dia rindukan keluarga. Itu saja."

"Dah tu, pasal Ain dengan Amar?"

"Tok wan tak sengaja tertengok gambar kat dalam handphone dia. Masa tu memang dia tengah tengok gambar."

"Gambar apa?"

"Gambar ni laa.."

"Ain tak pernah cerita kat Laili tok wan. Kalaulah Laili tahu, Ain tak perlu tunggu lama. Memang Laili akan bawa dia kepada Amar. Tapi, Ain tu budak baik. Mustahil dia sanggup tinggalkan suami dia kalau tak ada sebab. Entah-entah Amar ada buat jahat dekat Ain tak tok wan?"

"Itulah yang tok wan panggil hang ke mari ni. Tok wan nak minta tolong hang korek cerita. Si Amar tu hang tahulah perangai dia. Bukannya dia suka kalau kita banyak tanya. Dah la lama tak balik. Cucu bertuah betul."

"Cucu tok wan, kan.."

"Sama laa dengan hang pun!"

Laili tergelak kuat. Alahai tok wan ni.. usik sikit pun tak boleh. Laili memandang skrin handphonenya yang sedang memaparkan gambar kahwin Ain dan Amar. Gambar itu dihantar oleh mama Amar, makcu Kak Laili setelah dihubungi oleh tok wan sebentar tadi.

Amar ni.... memang kena sekolah! Dah dapat bini sebaik Ain pun tak reti nak hargai. Apalah masalah budak berdua ni. Patutlah masa hantar Amar ke Merbok Ain diam sediam-diamnya. Baru Laili perasan yang Ain resah aje. Tangannya seakan menggigil. Nak tanya macam tak patut. Tapi selepas tahu cerita yang sebenar, Laili bagai faham kenapa Ain begitu.

Dalam kepala Laili, hanya satu saja yang dia fikirkan. Amar ada buat sesuatu pada Ain ni... Sesuatu. Untuk mendapatkan kepastian, dia mesti tanya pada salah seorang mereka berdua.

Dalam pada dia memikirkan masalah Ain dan Amar, handphonenya berbunyi.

"Iya Amar.. Awat cek?" Laili memandang tok wan dengan muka terkejut.

"Serius? Tengahari esok? Okey!" Laili mematikan talian.

Tok wan memandang Laili. "Awatnya tu? Amar?"

Laili mengangguk. "Dia kata nak perkenalkan seseorang. Tengahari esok dia bawa ke sini untuk makan dengan kita."

"Tok wan harap dia bawak Ain laa."

"Harap lagu tu la tok wan."

4 comments:

Unknown said...

huhu....rindunya pada ain dan amar....nk lg n3 seterusnya....cepat2 sambung tau......

Kak Sue said...

Aduhhh... lama tunggu baru muncul... Amar tu memang kena sekolah kan makcu... biar dia tahu rasa tanggungjawab dan sedar diri sikit .... amar ni marah nyamuk kelambu yg di bakar.... hehehe

Unknown said...

best...

AsHu ManCis :) said...

ASAP sambung balik. dah lama tunggu smbungan dia.