Wednesday, June 10, 2009

Kisah Di Hati ~ Akhir

Aliah menahan sabar dengan mengurut perlahan dadanya. Ayat-ayat yang keluar dari mulut tunangnya tengahari tadi diproses kembali.

“Lia tak payah la banyak fikir sangat.. Semuanya I dah aturkan..”

“Patutnya awak kena la berbincang dengan Lia dulu. Mana boleh buat sesuka hati macam ni aje..”

“Dengan menggunakan kuasa veto I sebagai bakal suami, I tak bagi Lia pergi Australia untuk training tu. Dalam masa enam bulan ni, kita akan buat persiapan. Azman pun akan balik masa tu. Dia akan kahwin jugak. Tapi selepas kita. Muktamad. Sebarang perkara berbangkit tak akan dilayan. Harap maklum ye..”


Eeeee, sakit betul hati! Ni baru tunang. Belum jadi suami lagi tu! Tapi..

Kalau inilah yang telah ditetapkan untukku, aku terima seadanya dia..

Nampak gayanya, terpaksalah abang Khairil yang ganti. Terlepas peluang nak kenal tempat orang. Kamil ni…melampau betul la.

Ada buaya, ada udang.. jangan ingat kail takut laa… Aliah meraung sekuat-kuatnya.. Tapi kat dalam hati jek. Nak mampus kalau jerit kuat-kuat? Meeting dengan TNB nih. Tak pasal-pasal tender tak dapat!

Enam bulan kemudian...

Alhamdulillah. Kedua-dua pasangan telah selamat diijabkabul dan disandingkan. Biarpun majlis bagi kedua-dua pasangan tidak dijalankan serentak, tapi kemeriahan dan keletih-penatan meraikan pasangan tersebut memang terasa.

Butir-butir pasangan yang terlibat dalah seperti berikut:

Pasangan pertama: Azman Alif bin Ismail & Mawar Shafiyyah bt Abdul Rahman.
Tema: Kaler-kaler..bunga-bunga..
Huraian:Azman mengikut saja cadangan isterinya, Mawar yang sukakan something yang cheerful and colorful.. Sememangnya dia sayang bini..
Hantaran dulang: 7 berbalas 9
Huraian: Azman tak nak membazir. Sebab katanya boleh topup duit tu untuk honeymoon..

Pasangan kedua: Ali Kamil bin Ahmad & Aliah Aqilah bt Ismail
Tema: Hijau kuning..
Huraian: Sorang nak hijau [Aliah], sorang nak kuning [Kamil]. Mama dan Abah cadangkan supaya gabung warna supaya tak de pihak yang berkecil hati. Nak tak nak, Kamil terpaksa terima sebab Aliah mengugut, kalau tak ada kaler hijau, dia tak nak kawen..
Hantaran dulang: 17 berbalas 19
Huraian: Masa nak siapkan hantaran, mulut Kamalia yang diberi tugasan tersebut, tak berenti menyumpah seranah adik dia yang ‘parah’ tu.. sebab katanya Kamil: 17 atau 19 tu melambangkan bilangan anak kitorang nanti. Aliah yang mendengar masa tu terus pengsan tak sedarkan diri. Sebelum jatuh pengsan, Aliah sempat cakap: Gilaaa..

****

Malam pertama...

Sorry, the story is not available. Sebab Kamil dah tampal besar-besar kat depan pintu bilik dia..
‘TAK NAK DIGANGGU!!’

***

Malam kedua...

“Ini awak ke?” Telunjuk Aliah lurus ke satu wajah kaku di dalam gambar.

“Ha’a.. Kurus kan?”

“Hermm beza sangat.. Makan apa sampai jadi macam ni?” Sambil bertanya, Aliah memandang Kamil yang sedang bertempek melekat di sebelahnya. Kadang-kadang rimas dibuatnya. Tapi Kamil suaminya yang tersayang tu, makin ditegah, makin dibuat.. Akhirnya, Aliah hanya membiarkan. Well, dia pun sebenarnya suka tu..

“Macam ni? Macam mana tu?”

“Gemuk macam ni la..”

“Bukan gemuk la.. Tough.. Sasa. Bukan Lia suka ke?” Dia menarik Aliah rapat ke badannya. Sayangnya pada Aliah memang menggebu. Setiap saat amat berharga. Sebab itu la, dapat je peluang berdua, takkan dibiarkan Aliah jauh dari dirinya..

Pertanyaan kurang bijak itu dibiarkan sepi. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran Aliah kala itu. Kenapa nampak macam familiar je muka ni.. Dah pernah jumpa ke suami aku ni dulu?

“Ini Kujik. Gemuk kan dia? Dulu laa.. Sekarang tak lagi..” Kamil tersengih sahaja apabila mengingatkan kawannya yang baru saja bergelar ayah. Aliah turut tersenyum. Memang berbeza Kujik dulu dan Kujik sekarang. Muka dan bentuk badan Kujik yang dulu memang tersangat familiar. Dada Aliah mula berdebar. Patutkah diselak ke halaman yang seterusnya? Dengan perlahan, Aliah membelek ke muka baru album tersebut. Dia meneliti satu persatu gambar yang ada sehinggalah...

MasyaAllah!!! Suratan atau kebetulan kah ini? Matanya terpaku pada sekeping gambar di sebelah belakang.

Kujik is Fauzi, which is my ex-bf. Okeyyy...
Kujik is my hubby’s fren. Noted.
Kujik dulu budak gemuk. Dah tau dan baru tau masa dia kawen dulu.
And actually..my hubby plus Kujik pernah jual pisang goreng dulu! Just noted dengan gambar yang dilihat tadi.
Kujik adalah abang gemuk tuu!! Ya..sangat pasti!
So my hubby is...
Oohh my God! Ya Allah! Ya Rabbi..

Twelve years..dua belas tahun!

“So, you’re Ali?” Suaranya perlahan bertanya Kamil. Teragak-agak dia memandang insan yang sedang memeluknya kala itu. Anak matanya liar memerhati seraut wajah yang memang dah lama dicari..dirindui..

“Ehh.. Lia ni kenapa? Nama suami Lia ni kan Ali Kamil.. Demam ke? Eh, jangan la.. Honey moon belum plan lagi ni..” Dengan lurusnya Kamil memberi respon tanpa mengetahui apa-apa.

“Nope!! You.Are.Ali?! Abang Ali Lia..” Luruh hatinya. Sungguh.. Tanpa segan silu Aliah memegang dan mengusap pipi suaminya. Direnung penuh kasih. Lelaki itu suatu masa dahulu telah berjaya memikat hatinya hanya dengan kasih sayang yang ditunjukkan pada seorang kanak-kanak..

Segera batang tubuh di sebelah itu didakap erat. Kamil terdorong ke belakang. Keningnya berkerut seribu. Apa hal pulak bini aku ni..

Tanpa sebarang soalan dan jawapan, Kamil mengukir senyum nakal..sengih jahat.

Terus lampu padam..

p/s: Oppss.. Blackout! Tak boleh nak sambung cerita...



so far, saya mengisytiharkan bab ini adalah bab akhir. Setakat ni la.. sebab bagi saya, ada satu lagi perkara tergantung kat sini. Tapi untuk masa terdekat, saya tak boleh bagi komitmen untuk kisah lia dan ali ni.. memandangkan saya dah masuk final sem. insyaAllah.. sekiranya ada kelapangan, para pembaca akan tahu bagaimana Ali Kamil mengenali Aliah sebagai ‘si comel’nya..

selamat membaca ;)

12 comments:

sweetrose maria said...

akhirnye tb jgk ke garisan penamat..
tp blm tamat spnhnye kn...hehehe
suka sgt citer ni.selalu trnti2 entri baru...hehehe

anyway gud luck for ur exam/study k...

ShAydA said...

suka sgt cite ni,

comei said...

yeahh sweet ending
suke2
t de mse smbg la ek
kisah meka lg hihi

al d besh to u =)

zuezakry said...

=> MARIA,sorry ye buat maria ternanti2.

=> SHAH,cite ni sangat kucar kacir ;) nway thanx ye

=>COMEI, saya pun suka ending ni. sbb kamil dah pesan suh tamatkan macam ni, hehe..

tapi masa saya tulis entri last ni, nangis tersedu sedan sebab nak berpisah ngan dorg.. hihi.

[cerita ini adalah dongengan semata2. confirm takde kaitan dengan yang hidup atau dah meninggal..]

kaknOOr said...

hu hu berakhir sebuah penantian dlm enovel...tahniah berjaya kegarisan penamat. Semoga ct perjaya dlm study...
Tetap menanti jika ada selingan perkembangan terbaru Alia & Abang Ali dlm kehidupan rmhtangga.. he he he

zuezakry said...

=>Qimi, terima kasih ;)

azie.me said...

tq tuk n3 nie...
tp nnt kalo rase nk smbg...
smbg jer...
hehehe...

Bulanhijau said...

wawawawwaa

habis dah
nnt smbg cte len plak tau

yunixx77 said...

tahniah penusli
cerita ni sangat menarik
suka dengan gaya penulisan

teruskan berkarya

misz nana said...

At last..
berakhir gak cite ni..
X sbr tunggu next n3..
Congratz!.. =)

DianaTakyuddin said...

luv dis story!!!
so sweet...hihi

endless love said...

hahaha
happy ending.
bestnyer
tersengih sorang2 depan pc
writer tak nak tulis crite baru ke?