Tuesday, February 10, 2009

Kisah Di Hati 9

Sesuai ke bincang kat sini? Macam bising je. Dah la soal antara hidup ngan mati ni.. Ah, lantak la. Nak datang, datang. Tak nak datang sudah! Sempat Aliah bermonolog sendirian sambil matanya melihat sekeliling.
Jam di tangan kanannya dikerling. Lima minit ke pukul dua petang. Aliah mengacau Mirinda Orange tanpa ais kegemarannya. Disedut perlahan. Fries di depan diambil dan disuap ke mulut. Mengunyah perlahan. Ditoleh ke kanan. Sekumpulan anak-anak remaja berkumpul dan bergelak ketawa bersama. Weekend! Biasala tu.. Teringat zaman muda-muda dulu..

Kamil tiba di hadapan pintu McDonald. Sambil membaca Bismillah, pintu ditolak perlahan. Kepalanya menoleh kiri kanan mencari seseorang yang menunggu. Setelah lokasi temu janji dikenalpasti, segera kakinya dihayun ke situ. Dia berdehem kecil sebelum menyapa.

“Assalamualaikum.” Aliah mengangkat muka. Sampai jugak dia.. “Waalaikummussalam.” Dia menjawab perlahan. Kamil menarik kerusi lalu duduk. “Err..tak nak makan apa-apa?” Aliah memulakan mukaddimah. Kamil hanya senyum. Menggeleng. “No thanks. I baru je makan tadi.”

Kamil memerhatikan Aliah yang sedang mengunyah fries. Apahal la aku rasa dia ni comel sangat? Hee, bahaya ni..

“Excuse me. Nak gi basuh tangan jap ye.” Kamil hanya mengangguk membenarkan. Aliah bangun dan berlalu ke hand wash. En.Kam ni macam tak sehat je? Nak makan pun tak senang.. Hish, ni ke adik ipar pilihan abang? Abang ni pun satu. Boleh dia tinggalkan aku kat situ ngan kawan dia yang macam tak sehat tu? Bersuka ria dengan Kak Mawar sampai adik sendiri pun ditolak tepi.. Macam sengaja! Tak pe. Ada ubi ada batas, jangan ingat keledek takde!! Huh..

Aliah mengambil tempat. Dia menarik nafas perlahan. Dilihatnya Kamil begitu santai. Relax nampak! Jap lagi tak tau laa..

“Hmm, so..?” Kamil bersuara. “Apa hal yang Lia nak jumpa I?” Control. Dalam hati, hanya Allah je yang tahu. Selepas Aliah mengajaknya keluar malam tadi, tak lena tidur dibuatnya. Sampai Kamalia pun naik geram. Yelah, kalau Kamil tak boleh tidur, pintu bilik Kamalia diketuk. Mengajak borak! “Kau gila ke apa ni, dik? Dah pukul dua pagi la pandai!!” Kamil masa tu hanya sengih. “Hot choc time!” Nak tak nak, turunla Kamalia ke dapur menemani adiknya yang kembar tahun tapi hari bulan dan bulan je lain-lain.

Aliah hanya tenang. Dia tersenyum. Melengahkan masa menyusun ayat. Sebenarnya tak tahu nak start macam mana. Tapi, belasah jelah. Asalkan message sampai, ye tak? Dengan perlahan, porchnya dicapai. Sesuatu dikeluarkan lalu diletakkan di hadapan Kamil.

“Pasal benda ni.” Aliah menjuihkan bibir. Saja nak tunjuk otai! Biar Kamil tahu perangai dia yang sebenar. Kamil berlagak biasa. Macam kenal je.. Kenapa? Lamaran tak diluluskan ke? Dah dipertimbangkan ke tak ni? Alamakk..Mama, sedihnya.

“Saya macam tak dapat terima la. Saya ni budak lagi. Sekolah pun tak habis lagi. Masa depan pulak tak tau macam mana. Cerah ke, mendung ke, hujan ke. Lagi pun, saya rasa kita tak padan la En.Kam. Saya… ” Aliah berhenti di situ. Merenung Kamil yang berubah wajah. Sambil mengurut leher. Aaahh sudah. Aku salah cakap ke?

“Ok.” Sepatah Kamil menjawab. Aliah tersentak. Mak aih..aku punya panjang bercakap, sepatah yang dua huruf tu je dia cakap? Huh..

“So, kira tak jadi laa ni?” Aliah menyambung. Matanya kini dilarikan dari muka Kamil. Kemudian dia tersenyum. Leganyaa…

“Nak buat macam mana. I ni realistic. Kalau orang tak suka, I pun takkan paksa. Buat apa bahagia dengan penderitaan orang lain, ye tak?” Kamil meraup muka. Sedih sebenarnya. Tapi apa lagi yang dia nak cakap bila Aliah dah cakap macam tu..

“Thank En.Kam. Thanks sebab faham saya.” Muka Aliah jelas menunjukkan kelegaan yang amat sangat. Kamil bersahaja kemudian menarik senyum. “So, Lia balik JB bila ni?” Kamil mengalih topik. Sedih rupanya kena reject. Mama, anak mama dah kalah..Huhu..sedih.. “Jap lagi.” Mukanya berseri-seri. Yahoo, aku single lagi! Hehe. Bukan apa, takyah susah-susah fikir pasal perasaan. Menyemak je. Dah cukup dengan buku-buku yang bertimbun atas meja study menyerabutkan otak. Ni kalau balik dengan hal yang tak setel, tak tahu laa. “Drive sorang ke?” Aliah hanya mengangguk menjawab soalan Kamil.

Kamil kekeringan idea. Tak tahu nak borak pasal apa lagi. Hatinya rasa hiba. Takkan la rejection rasanya macam ni. First time nak bercinta ni!! Handset dari poket seluar dikeluarkan setelah berlagu nyaring. Dia mengangkat tangan memberi isyarat meminta diri. Aliah mengangguk lagi. Seketika kemudian, Kamil kembali dan meminta diri untuk pulang. Ada hal katanya.

“Takpe ke I tinggalkan Lia sorang-sorang?”

“Yes, sure. No hal..” Aliah senyum lagi. Bahagia teramat!

No comments: