Wednesday, March 18, 2009

Kisah Di Hati 28

“Kau dah lama tahu?” Dia bergerak menghampiri seseorang yang sedang bertenggek di meja bulat di laman.

Orang itu menggeleng. “Final sem. Setahun lebih gak la.. Kau?”

“Aku baru je tau..” Dia menarik salah satu kerusi dan duduk di situ. Membelakangi orang yang sedang bertenggek tadi. Kepala ditekur ke tanah. Kemudian dia menyambung lagi, “Dah tu, apa keputusan kau?”

“Kalau kau?” Yang bertenggek tadi kini turut menarik kerusi. Mereka kini duduk bertentangan. Hal ini perlu diselesaikan.. Kalau tak, tak ada kesudahannya nanti.

Masing-masing mendiamkan diri. Tak tahu nak cakap apa.. Masing-masing buntu.

“Aku sebenarnya dah ada teman.”
“Aku pun.”

Mereka berpandangan. Kemudian menyambung, “Tapi dah break off sebab ni..”
“Aku tak nak la cakap .. tapi, aku pun..”

Lorr asyik tu dia jawab?
Dah memang betul..jawab gitu jelah..


“Macam mana boy tu bila tahu pasal ni?”

“Hmm, macam tak dapat terima. Tapi tak tau la kan. Walau apa-apa pun, kami break cara baik. Dia selalu pesan supaya terima je. Dah tersurat.. Kau?”

“Aku pun sama. Dia seorang ppompuan yang baik bagi aku. Tapi aku terpaksa clash dengan dia. Dia sendiri pun nampak tak kisah. Sebab masa aku bagitau pasal ni, dia relax je. Tak boleh nak teka langsung perasaan dia. Kenapa ye? Perempuan macam tu ke?”

“Aku rasa mesti dia rasa sedih. Tapi tak tunjuk je. Perempuan ni..walau nampak je dia keras hati ke degil ke, tapi kalau dah tersentuh bab hati ni parah jugak laa.. Dah lama ke korang couple?”

Sesi berkenalan kini bertukar cuaca menjadi tempat berkongsi kisah silam masing-masing.

“Setahun gak la. Dia junior aku…”

Mereka bercerita lagi. Kalau mula-mula tadi cuacanya agak mendung, kini dah nampak masing-masing boleh mengukir senyuman. Perbualan mereka di taman diintai oleh parents masing-masing tanpa pengetahuan mereka.

“Ok la tu agaknya..” Tengku Harun menepuk bahu Syed Zahari.

“Biar je la mereka berkawan-kawan dulu.. ” Syed Zahari pula memberi komen.

“Kita bagi tempoh pada mereka sebulan dua. Tengok macam mana. Kalau ok, boleh la dipercepatkan tarikhnya. Kalau tak, ikut plan asal aje..”

“Chah, mudah-mudahan kita dah pilih jodoh yang terbaik untuk anak-anak kita..”

“Saya pun harap macam tu jugak, akak..”

Aisyah yang dipanggil Chah tadi berpegangan tangan dengan wanita yang digelar ‘akak’ tadi. Sri Zulaikha membalas pegangannya. Masing-masing mendoakan kebahagiaan anak-anak mereka.

p/s: amin...

6 comments:

inna hayati said...

ala...nih sape plak ni???
nape ade syed2 plak ni....
penin...
huhu... :)

ct zuraimi said...

haha..rosse..ada la skandal di sebaliknya haha.. dah nak habis dah citer ni. tak boleh la.. aku nak kena serius masuk lab pas ni.. selagi citer tak habis tak leh nak baca buku tebal2. hehehe..
nnt.. rosse tolong buat sequelnya buleh ke? cheh.. happy belated birthday ye..

::cHeeSeCaKe:: said...

sape plak ni?
ape kaitan org2 ni ngn aleya,kamil & azman..?
pening2..huhu

~zuLaiFaH~bUdaK CuEk@! said...

hu..hu..

ni ada konspirasi ke?

Ietams said...

konpius la...

shiedefu said...

erm ni musti fauzi ngan tunang die tu...
huhuhu...
baru jek bace neh..
hahaha