Monday, January 30, 2012

JH 8

Hari ni aku balik agak awal kerana tiada apa yang perlu aku buat di syarikat. Jiji satu hari tak masuk ofis. Aman sikit aku rasa.

Petang tadi aku tengok muka Tsu monyok aja. Bila aku risik dari mama Tsu yang sememangnya ada di rumah, dia suruh aku tanya Tsu sendiri. Mama Tsu kata dia dah penat bertanya tapi Tsu saja yang menggeleng.

Lepas makan aku cuba slow talk dengan Tsu. Manalah tahu kan kalau-kalau aku yang sebayanya bertanya, dia nak bukak mulut. Dan Tsu mula bercakap. Dia menyebut satu nama.
Luqmanul Hakim.

Seriusly aku langsung tak pernah tahu pasal lelaki yang Tsu sebut. Siapa? Bila aku desak-desak Tsu supaya bercerita, barulah dia ceritakan semuanya. Itupun dia minta aku rahsiakan daripada mama dan papanya.

Luqmanul Hakim tu rupa-rupanya boyfriend Tsu. Ceh, sejak bila dia ada boyfriend pun aku tak tahu. Pandai betul dia simpan rahsia. Cerita Tsu, Si Hakim tu ajak dia kahwin. Dari petang tadi sampai sekarang aku tak berhenti gelak. Tsu dah siap tunjal kepala aku berkali-kali tapi mulut aku tak nak berenti untuk gelak. Entah kenapa aku rasa lucu bila mengenangkan Tsu bakal jadi isteri orang.

Tsu sambung cerita lagi bahawa dia dah bincang dengan Hakim. Dia nak habiskan study dulu barulah kahwin. Tapi Hakim dah tak sabar-sabar. Tetiba aje mulut aku tersasul tanyakan umur Hakim. 30 tahun, jawab Tsu. Patutlah. Dah sampai umur dia patut kahwin pun. Yang Tsu ni pun kenapalah pergi cari boyfriend yang agak 'berusia' tu? Kan tak pasal-pasal dah diajak kahwin dalam usia sementah ini.

Aku tak tahulah nak cakap apa. Aku cuma bagitau Tsu supaya bagitau mama aja. Mama dia tu sporting apa. Manalah tahu mama dia boleh bagi cadangan ke apa ke.. Aku tengok mulut Tsu sekejap muncung sekejap tak. Entah apa yang dia fikir waktu tu. Kebetulan pula mama Tsu datang join kami di ruang tamu. Perbualan kami terhenti automatik. Pelik mamanya pandang aku dan Tsu.

Aku cubit-cubit badan Tsu. Bukankah mamanya dah ada tu? Pada aku baik selesai cepat-cepat. Kalau tak, buat sakit kepala otak je untuk berfikir. Betul tak?

Lama juga Tsu ambil masa untuk bagitau mama dia. Dari A sampai Z Tsu cerita masalah yang dihadapinya. Mama Tsu gelak aje bila Tsu habis cerita. See, mama Tsu mama paling sempoi dalam dunia. Mama Tsu cuma cakap, ajak dulu Hakim ke sini, dia nak tengok bakal menantunya. Lepas tu, baru boleh bincang masalah ni. Mama Tsu turut cadangkan, kalau Hakim tu risau sangat, bertunang dulu. Bila Tsu habis belajar, kahwin terus. Senang.

Aku tengok Tsu dah senyum. Barulah ok sikit minah ni. Tulah, yang dipendam sorang-sorang siapa suruh. Aku sebagai kawan ni kan ada? Mama dia pun ada. Setakat problem kacang macam tu, mama Tsu cakap celah gigi dia aja. Amboi, mama datin ni. Sakit perut aku ketawa.

Itulah sebabnya kenapa Tsu monyok dalam 2, 3 hari ni. Memang ada masalah pun. Aku pulak yang bahagia hari ni. Sebab tak perlu jumpa si Paprik. Esok entah macam mana pula.

2 comments:

kak ida said...

citer yg selamba giler..comel dan teruja nak tahu ..apa terjadi seterusnya yg menjadi catatan minah tu pasal paprik tu pulak..kenapa ek..mamat sengal tu tak masuk ofis..ek.. tetanya tanya juga akak..miss pulak..tak ada E3 pasal mamat sengal tu..

aiscream cokolat said...

ala...nape pendek sangat???
nak lagiiii!