Tuesday, March 2, 2010

Sama..tapi takkan sama~6

Bilik itu masih gelap tak bercahaya menandakan si penghuni belum lagi tiba. Akmal menoleh ke arah Farah. Keningnya sedikit terangkat. Bertanya.

“Cik Akmal belum sampai lagi En. Akmal. Dia call tadi dia akan masuk lambat sikit.” Jujur Farah memberitahu pesanan dari Cik Akmalnya.

Akmal mengangguk seraya menyambung langkah yang terhenti beberapa saat lalu. Setiba di biliknya, pc di‘on’. Diari di sudut kanan meja dibelek melihat agenda untuk hari ini. Tercatat di situ, 2.30 petang kena ke Kulim Hightech. Hermm..

Seketika, gagang telefon diangkat. “Farah, Cik Akmal sampai nanti, suruh dia masuk bilik saya.”

“Erkk?” Farah kehairanan. Menyedari dia tak patut masuk campur, segera dia menyambung, “Hermm, baik En. Akmal. Saya akan bagitau nanti.”

Farah sekadar memandang pintu bilik Cik Akmalnya. Bersimpati. Huhuhu..

Setengah jam kemudian, Akmal tiba. Dia berhenti sejenak di hadapan meja Farah sebelum ke biliknya. “Ada sape-sape cari saya tak?” Beg laptop di bahu kiri dilurut ke bawah. Kelam kabut dibuatnya hari tu dek myVi meragam di rumah tadi.

“So far tak ada sape-sape. Tapi En. Akmal nak jumpa cik…” Menurun nadanya tatkala menyampaikan pesanan En. Akmal. Berkerut kening Akmal saat mendengar nama Akmal disebut Farah. En. Akmal…

“Kenapa? Dia ada bagitau kenapa?” Akmal semakin merapatkan diri ke meja Farah. Apahal mendadak aje. Dah buat salah? Takkan lambat 15 minit kena penalty kut? Erk, 30 minit, actually. Tapi, tak pernah dia nak ambik tahu pun sebelum ni.

“Saya tak tau la Cik Akmal. Dia cuma pesan gitu aje. ” Farah menjeling ke bilik En. Akmal. Mengagak perang yang akan berlaku.

“Tak pe la. Nanti saya masuk. Ada apa-apa lagi?”

Sebaik Farah menggelengkan kepala, Akmal melangkah ke biliknya. Pc di atas meja dihidupkan. Dia bersandar ke kerusi memikirkan kemungkinan orang sebelah yang nak cari gaduh tu. Puas juga diingat-ingat balik, kut-kut la ada kerja yang tak siap ke apa ke. Tapi rasanya tak ada.

Gagang telefon tetap jua diangkat. Menekan extension number En.Akmal.

“Hello.” Tenang sahaja suara di bilik sebelah menjawab.
“Akmal sini. Kau ada cari aku ke?”
“Eh..bukan ke aku pesan kat Farah suruh kau datang bilik aku? Kan?”
“Dah cukup baik aku call kau. Kenapa? Ada kerja yang tak setel ke?”

Belum pun sempat soalannya dijawab, talian telah putus. Akmal meletakkan gagang dengan kening yang terangkat. Mental betul la dia ni..

Habis saja ayat kutuk keluar dari bibir comelnya, tiba-tiba aje muncul seseorang di sebalik pintu. Hampir tak bernafas melihat gerangan putera Akmal di situ. Apa kes ni?

“Apsal kau kat sini pulak?” Peliknya perangai dia hari ni! Bukan bilik aku ni tanah haram bagi dia ke?
“Dah orang tu tak sudi datang bilik aku. Aku datang la bilik kau.”

Tersepit jarinya saat dia ingin menutup laci. Gara-gara keganjilan yang berlaku. Sudii?? Lain macam la. Berdiri bulu tengkuk teman!

“Ada apa hal sebenarnya nih?”
“Petang ni kau ikut ke Kulim tau. 2.30.”
“La, apahal pulak?”
“Ikut aje.”

Dia terus berlalu dengan senyuman. Akmal terkulat-kulat dengan pertanyaan. Apa nak jadi pada hari ni?

*******

Mereka tiba di rumah pada jam 8 malam. Keletihan yang amat sangat terus membawa the lady ke bilik.

“Lambat korang balik? Nak makan dulu?” Mak Yah tiba dari dapur lalu menyapa the man di ruang tamu.

“Dat dah kenyang Mak Yah. Tanya la Shu kut-kut dia lapar..”

“Dah selamat atas katil dah pun yang sorang tu.”

“Ye ke? Ehh, dia tak Isyak lagi tu Mak Yah. Nanti tolong kejutkan dia. Tak apa la. Dat naik atas dulu.”

Akmal memanjat anak tangga menuju ke kamar. Penatnya! Tapi, bila diintai-intai, bibirnya mekar dengan senyuman. Ada apa-apa jadi ke? Suspennya!

Dah mandi. Dah Isyak. Mengadap kerja lebih kurang… Jam 10 malam, Dat keluar dari bilik. Berhajat membancuh Nescafe di dapur buat peneman menghabiskan kerja yang masih berbaki. Dah setel membancuh, dia menatang mug di tangan kanan. Saat melalui bilik isterinya yang masih terang benderang, dia berhenti sesaat. Masuk la jenguk!

Tak perlu tunggu lama, tangan kirinya dah memulas tombol pintu kemudiannya daun pintu ditolak sedikit. Penghuni bilik dilihatnya terbaring di katil tanpa menukar pakaian. Tudung pun masih terlilit kemas.

“Ish dia ni.. tak bangun Isyak lagi ke?” Akmal memberanikan diri menuju ke katil. Mug di tangan diletakkan terlebih dahulu di atas meja lampu. Berhati-hati punggung dia berlabuh kat atas katil. Memandang wajah bersih isteri sebelum tangannya yang gataii tu di bawa ke pipi.

Senyum.

Dulu… dia ingat lagi penolakan terhadap Akmal yang dicalonkan sebagai isterinya. Cantik tu tak pernah menjadi ukuran pun. Lagi pun.. siapala dia yang jual mahal sangat nak cari orang cantik-cantik aje untuk dibuat bini.. Cuma masa tu, ya lah kan.. Zaman moden. Dah tak percaya jodoh mak bapak yang pilih. Tu yang berkeras sangat. Bila diingat balik, macam-macam dia buat pada Akmal..err..Shu.. Entah apa motifnya. Bukan salah Shu pun. Banyak kali Shu terangkan yang dia pun tak nak kahwin dengan suaminya sekarang. Tapi kan, tak tercapai dek akal untuk meramal Dato’ Rosli punya pemikiran. Akmal + Akmal. Formula tu menarik langsung!

Akmal..err..Shu dalam tak sedar memalingkan muka. Amboi, macam tau-tau saja orang yang dibenci ada kat situ. Orang yang jaga menggeleng kepala. Dahsyat dia ni!

Perlahan-lahan dia menanggalkan tudung. Dimasukkan terus ke dalam bakul baju. Dia berjalan pula ke almari untuk mencari pakaian tidur Shu.

Ouchh! Takkan blackout lagi.. Sorry. Tamat di sini untuk bab ni ~~~

8 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

alaaaaaa..
nk lagik..
lagikk la..
haha..

Hafia Hana said...

huhuhuhu
nice

Sha said...

alaaa....
baru je nk layan..
tup2..jdi gini..
smbg la lagi..

Unknown said...

hehehe,,,,

sweet,,,,

nk lg.....

fazliana said...

waaaa...
x puas bca laaa
cpt2 smb0nk eh???
huhuh

Unknown said...

waaa...bestnye..lama tunggu n3 ni..cepat2 sambg ye..

ha-ra said...

ala...nk lgi!!!!

et said...

kiutnyer la hai..keh3..meh ler update cer neh..nak tahu..nak tahu..nak tahu sambungan..huhuhuuu~