Tuesday, March 31, 2009

Kisah Di Hati 33

Hari tu hari Sabtu. Mawar mengajak Aliah menemaninya ke suatu tempat. Aliah yang agak bosan tak ada kerja nak buat pantas menerima ajakan tersebut. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal pulak.. Mereka dah berjanji untuk berjumpa di hadapan Sogo.

Kurang lebih setengah jam menunggu, Mawar tiba dengan sengihan lebarnya. “Sorry lambat. Dah lama Lia tunggu?” Ayat pertama Mawar setelah melihat Aliah bersandar malas ke dinding pasaraya tersebut.

“Akak tengok ada keluar janggut tak?” Soalan yang dijawab soalan itu mengundang tawa Mawar. Terkekek-kekek dia. Tahu salah diri sendiri. Memang la budak ni. “Tu..nampak pak guard tu? Dari tadi duk tengok Lia tau. Mesti dalam hati dia risau..” Sambungan Aliah itu mengundang soalan di kepala Mawar. “Nak risau kenapa?” Lurus dia bertanya. “Yelah, mesti dia risau sebab bakal hilang keja..” Kata-kata selamba itu dicerna perlahan. Macam pernah dengar je ayat tu..

Citt, memang la adik beradik ni. Abang-Man dengan adik-Lia ni sepesen. Nak cakap pak guard hilang kerja sebab diorang dah ganti ‘jaga’ pintu tu la.. Hmm.. Abaikan.

Selepas itu, mereka berpapasan menuju ke kedai bunga. List ditangan dihulurkan kepada Aliah. “Akak nak cari ni je…”

Je? Amboi..’je’?! Yang nak membimbitnya nanti aku jugak.

~ Bunga telur – 4 kotak
~ beg kertas – 2000 pcs
~ polistrena (campur-campur bentuk)~ 20 pcs
~Glue gun + glue..
~ renda – 10 meter.. bla..bla..bla..

“Kak, list ni kira sebelah pihak akak je ke?” List di tangan masih dipandang. “Yelah sayang. Tu untuk pihak akak ke. So, semua quatity tu kita double untuk dua pihak..”

Mampos!! Aliah seram sejuk menahan gigil. Mawar di sebelah hanya menjeling. Dalam hatinya dia ketawa..

***

“Kam! Kamil!!” Orang yang dipanggil di seberang jalan tidak memberi respon.
Sekali lagi Kak Mawar menjerit..

“En. Ali Kamil!!” Siap dengan lambaian lagi. Bukannya satu, tapi dua-dua belah tangan bergoyang.

Aliah di sebelah kanan Mawar sedikit tersentap. Dia memandang Mawar yang masih melambai. Kemudian, dia memandang pula ke arah lelaki yang dipanggil yang kini sedang menyeberang jalan menghampiri mereka.

“Excuse me.. Akak sebut nama..apa tadi?” Sedikit gugup dia bertanya.

“Lorr.. Akak panggil nama tunang Lia tu laa..”

Aliah tergamam seketika. Ek? Kenapa aku tak tahu pun nama dia Ali Kamil? Tunang apa la aku ni.. Nasib baik kantoi sekarang.. Dulu nama ex-bf tak tau, boleh la ampun. Ni nama tunang… Adoi!

“Hai. Korang buat apa kat sini?” Kamil tersenyum. Dia menjeling ke arah Aliah yang membatu. Ooo, orang ajak keluar banyak alasan ek..penat la.. nak kemas rumah la.. nak basuh baju la.. nak buat dadih la.. Keluar dengan Kak Mawar dia takde la penat pulak, takde la nak kemas rumah, takde la nak basuh baju, takde la nak buat dadih pulak.

“Lia.. dadih dah siap ke? Jangan lupa hantar rumah. Tadi Mama tanya, I dah bagitau yang Lia bz nak buat dadih..”

Waduh, bisanya.. Memang la Kamil ajak dia keluar pada hari ni, tapi malas sangat rasanya. Tanpa suara Aliah hanya mengangguk. Mampus aku. Nampak gayanya, dadih pasar malam je lah.. Ampunkan Lia, Makcik..

“Kau buat apa kat sini?” Mawar pulak bertanya. Dah nampak muka Aliah merah padam dah tu, baikla tune ke lain pulak. Entah apa la yang dikelentong dek Aliah ni..

“Aku teman Kamalia. Dia nak shopping baju. Aku nak masuk kedai buku tu kejap. Aku ingatkan sape la yang panggil aku. Rupanya tunang aku dengan bakal kakak ipar dia. Heh, kebetulan la sangat.”

Dia masih lagi menjeling Aliah yang buat-buat tak nampak. Oo, tak nak pandang tunang ek? Bersalah la tu..

“Hmm, apa kata kita lunch sama. Tu pun kalau korang tak makan lagi.” Kamil mengajak. Tak puas nak menilik tunang sendiri. Yelah, hampir dua bulan tak jumpa selepas perkahwinan Kujik dulu. Ada tak ada pun, jumpa masa Aliah menolong lecturernya dekat Putrajaya. Itu pun sebab menjemput. Kalau tak, entah bila..

“Orait gak tu. Kitorang belum makan pun lagi. Ingatnya nak gi lunch la lepas ni. Lapo dah..” Mawar sudah mengusap perut. “Jom, Lia. Untung-untung ada orang belanja kita. Ye tak?” Aliah di sebelah dicuit dengan hujung jari.

“Huish, takkan la nak belanja tunang pun tak boleh.. Tak gitu sayaaang?” Meleret Kamil menyebut perkataan yang terakhir tu.

Uhuk, uhuk! Tiba-tiba Aliah terbatuk. Sayang? Mawar di sebelah pulak hanya menggeleng. Teruk betul Lia ni..

Aliah yang mengekori mereka di belakang menyumpah dalam hati.
Mati aku.. confirm malam ni tak lena tido.. Abang, tolong Lia!!

3 comments:

Hafia Hana said...

hu..hu...

sesungguhnya Allah bersama orang2 yg t'aniaya!

'huhhh...kantoi la plak!'

Hafia Hana said...

wawawaw!

Hafia Hana said...

kak...nk lgi!