Wednesday, July 29, 2009

Ini Hati, Aku Yang Punya 6 (ayat-ayat skema)

Sesekali disekanya air mata yang mengalir di pipi. Pelbagai rasa bercambah di dada. Geram. Marah. Menyampah. Meluat. Namun, hakikat yang cuba disembunyikan adalah rasa cemburu! Tambah lagi.. pahit, masam, masin.. Semuanya gara-gara suami tercinta. Hampeh. dah kawen buat la cara dah kawen. Ni tak.. menggatal aja. Nisa mencapai kotak tisu. Termasuk yang ni, dah lima kotak tisu ‘200 pulls’ dikerjakannya.

Seketika, pintu biliknya diketuk dan terdengar suara maknya memanggil dari luar. Bertalu-talu tanpa letih. Asiah risau sebenarnya dengan kelakuan anak perempuannya yang sorang itu. Angin takde, ribut takde, tiba-tiba muncul aja depan pintu. Kalau ikutkan, selalu jugak la Nisa balik tak bagitau. Tapi, seingat Asiah.. Nisa sepatutnya berada di KL sekarang bersama Hafiz.

“Nisa ada bengkel kat Putrajaya. Khamis dan Jumaat. Balik rumah Hafiz sekali weekend ni, mak.. Jangan rindu-rindu Nisa pulak ye..” ceria suara Nisa menelefon Khamis lalu. Ada la tuu.. Sudahnya Asiah hanya menjawab, “Mak tak heran pun!” sengaja mengusik anaknya. Dia tahu Nisa sedang menggubah hatinya untuk Hafiz. Biarla berkekalan hendaknya jodoh mereka.

Tapi sekarang, apa pulak yang jadi? Nisa sampai di rumah Jumaat malam nak masuk Sabtu pagi lalu dengan mata merah dan bengkak. Tak tertanya Asiah dengan keadaan Nisa. Dia hanya membiarkan Nisa reda sedikit. Tapi sampai sekarang Nisa masih belum membuka mulut. Sepatah Asiah bertanya ‘kenapa’, dua patah Nisa menjawab ‘kenapa kenapa?’ Sudahnya Asiah zip mulutnya rapat-rapat. Tak nak malu dengan anak sendiri.

“Nisa.. ada orang telefon ni..”

“Sape mak?” dengan suara serak dia menjawab dari dalam tanpa membuka pintu. Dia masih belum bersedia dan tak nak bersoal jawab dengan maknya.

“Hafizah katanya…” suara perlahan Asiah sempat ditangkap. Nisa mendengus sedikit kuat.

Hafizah lagi? Mak ni tak habis-habis. Memalukan kaum betul. Dalam pada hatinya bengkak sebab marah pada Hafiz, bibirnya sempat mengukir senyum. Yelah, mana taknya.. Maknya yang serius tu boleh buat lawak antara benua pulak.. Ingat lagi tak masa Nisa dapat panggilan tengah-tengah malam pada hari kendurinya dulu?

***

“Nisa, ada kawan call ni..” Maknya memanggil dari ruang tamu.

“Sape mak?” Tak reti-reti tengah malam ke hape kawan yang tak tahu gerangannya siapa..

“Hafizah katanya..”

Hafizah mana pulak? Sambil otaknya mencari jawapan bagi soalannya sendiri, kakinya tetap melangkah menuju ke telefon rumah.

“Hello…” Nisa dah bersedia nak tanya Hafizah mana yang call dia. Tapi..

“Oiii.. masuk bilik!” suara garau di hujung talian menyapa telinga lalu..

Oooo mak kauu!! Hampir terlepas gagang telefon dari pegangan. Arahan apakah ini?

“Ekkk, masuk bilik apa encik?” Lurus bendul aja soalannya.

“Ehh kau ni. Masuk bilik kau la. Ke kau nak tido kat bilik air malam ni??”

Sape ni.. Adusss.. Sape pulak yang buat panggilan hangit tengah-tengah malam buta ni? Nisa memandang seketika gagang telefon. Berkerut-kerut dahi memikirkan siapa la ni.. Takkan la FBI dengan Fafau overtime kut? Macam familiar pulak suaranya.. Dan tiba-tiba aje, “La..engkau ke? Tadi mak cakap Hafizah yang teponnn..” mata Nisa dah mencari kelibat emaknya. Mak ni, macam budak-budak la. Takkan la dah tak boleh beza suara jantan ke.. pompuan ke? Yo yo ooo aje aku fikir Hafizah mana yang tepon..

“Hah? Bila masa pulak? Masa mak tanya siapa, aku jawab Hafiz laa.. bukannya Hafizah. Ke kau yang salah dengar? Dah la. Membazir bil aku aje. Cepat la masuk bilik.” Nadanya macam merayu, tapi ditegaskan sikit.

“Dah tau membazir, buat apa tepon? Jerit aje la dari dalam tu. Menyusahkan aku betul. Nak minum pun tak senang!” Sebelum diletakkan gagang, dia menjelirkan lidahnya. Geram. Kalau la orang tu ada depan mata sekarang, tak tau la nak cakap apa. Dari kecik sampai ke besar, perangai tak pernah berubah! Dalam hati, bertreller-treller maki hamun di‘doa’kan untuk Hafiz. Anak gajah. Dah la anak gajah, sepupu badak pulak tu. Dah la sepupu dengan badak, adik tiri jaws lagi. Lagi tut..tut..tut..

Dalam pada hatinya menyumpah Hafiz, Asiah melintas di belakangnya sambil membawa pinggan-pinggan kenduri tadi. Ada yang jiran punya. Dia nak mengasingkan siap-siap. Senang sikit nak buli pengantin baru esoknya. Nisa memandang emaknya. Mulutnya ingin berkata sesuatu tetapi Asiah dulu yang bersuara.

“Hafizah mana tu Nisa?” tanyanya serius. Mahu tahu siapa ‘kawan’ anaknya. Anak siapa, tinggal kat mana, kerja apa..

“Alaaahh.. Hafizah tu la mak.. Anak Mat Tahir.. yang hidungnya senget, kaki untut, kepala kemek tu la..” bengang dengan soalan maknya, jawapan tu pulak yang terkeluar. Main-main betul la mak ni. Perangai mengalahkan budak-budak. Sah sah menantunya tuan punya suara, dia boleh buat tatau aje ye?

Asiah tak menunggu lama. Terhambur tawa dari mulutnya. Berdekah-dekah. Kain tuala good morning yang dipegang untuk mengelap pinggan terlepas dari tangan. Kedua-dua tangan digunakan untuk menekup mulut. Takut pulak suaminya mendengar. Tak pasal-pasal dapat ceramah free. Namun dihatinya sempat lagi berbisik, anak siapa la Nisa ni?

“Mak dah tau Hafiz yang tepon, nape mak cakap Hafizah?” soalan tak puas hati terlontar jugak.

“Eikk? La, Hafiz ke? Tapi masa mak tanya siapa, dia cakap nama dia Hafizah..” Asiah mencapai semula towel yang dilepaskan tadi. Dia mula mengelap pinggan dengan senyum yang masih belum hilang.

“Hafizah ke, Hafiz laa?” Nisa bertanya lagi.

“Oooo ha’a ek.. agaknya dia cakap Hafiz laa.. Mak salah dengar la tu..”

“Mak ni.. takkan tak dengar suara jantan ke pompuan yang tepon tadi tu?”

“Oooo.. mata mak rabun agaknya..” Jawapan spontan Asiah menyebabkan Nisa semakin hilang kawalan. Dihantuk kepalanya ke dinding. Takdek kaitan langsung ‘dengar’ dengan ‘mata rabun’! Tension! Mak ni, malam-malam macam ni buat lawak cekodok la!!

***

Pintu bilik dibuka perlahan. Asiah masih tercegat di depan pintu. Hiba melihat keadaan Nisa. Apa sebenarnya yang dah jadi ni? Pasal Hafiz ke? Ish, pandai-pandai aje dia buat andaian.

Dengan mata merah, Nisa bertanya, “Hafizah ke Hafiz ni mak?” suaranya dikawal. Taknak memperdengarkan sendu di depan mak.

“Kali ni betul Hafizah. Mak dah tanya dua kali..” Asiah menegakkan jari telunjuk dan hantu. Confident aje jawapannya.

“Kalau salah lagi.. siap la mak..” kakinya melangkah perlahan menuju ke telefon rumah. Hafizah Alias kot. Baru kenal masa bengkel tadi. Hermm..

“Lor, kalau salah kenapa?” Asiah yang membontoti Nisa sempat bertanya.

“Nisa pergi pinangkan makcik Tipah untuk ayah!” Yes, this is my time. Padan muka mak!

“Amboiiiii… Cakap sekali lagi? Apa dia, mak tak berapa dengar laa...” Suara Asiah tiba-tiba aje tinggi menggunung. Perasaan kasihan pada Nisa diganti dengan rasa marah. Tak sangka Nisa mengenakannya sampai begitu sekali. Nak ngusik boleh, tapi jangan sesekali disebut nama janda tu. Pantang.

Dalam sedih, Nisa tetap tak boleh tahan gelaknya. Tau takut.. Ni Nisa la mak. Anak mak..hahahahha!

***

Nisa kembali ke bilik setelah habis berbual dengan Hafizah, kawan barunya. Patutla dia menghubungi telefon rumah sebab Nisa dah offkan handsetnya. Bantal peluk ditarik rapat ke dada. Niatnya untuk bersama suami hujung minggu tu tidak kesampaian. Kecewa sangat dengan apa yang terhidang di depan mata. Susah nak lupa. Dah masuk lima bulan mereka kahwin. Takkan Hafiz tak rasa kasih sayangnya? Takkan Hafiz tak sedar yang cintanya dah digubah indah untuk dia? Nisa sedar kadang-kadang layanan yang diberikan terhadap Hafiz sedikit keterlaluan sebab masih terikut-ikut semasa berkawan. Tapi tu tak bermakna dia sanggup dicurangi.


“Assalamualaikum..” Nisa menyapa seseorang yang sedang ralit menaip sesuatu di computer. Perempuan itu kemudiannya mendongakkan kepala.

“Waalaikummussalam. Ya cik, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” ramah dia bertanya.
Bibirnya mengukir senyuman. Nisa sempat melirik tag nama yang tergantung di leher perempuan tadi. Dia turut membalas senyuman Aida.

“Encik Yusuf Alhafiz ada?”

“Ada. Cik siapa?”

“Saya Khairunnisa, isteri dia..”

“Ooo..Puan Nisa. Encik Yusuf memang tunggu kedatangan Puan. Mari saya tunjukkan biliknya.” Aida segera bangun dari kerusi. Dia menjemput Nisa dengan hormat supaya mengikutinya ke bilik bosnya. Memang pagi tadi bosnya ada memberitahu pasal kedatangan isterinya pada waktu tengahari ni.

Aida dan Nisa sampai di depan pintu bilik Hafiz. Tanpa mengetahui apa-apa dan tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu, Aida terus menolak daun pintu.

“Silakan Pu..” kata-kata Aida tak sempat dihabiskan. Dia tergamam. Kemudian, dia turut memandang Nisa di sebelah.

Nisa juga kaku. Jantungnya berdegup kencang. Dadanya tak dapat menampung lagi degupan itu. Dia rasa sakit. Terasa mahu menjerit. Pembuluh darah dirasakan bagai nak pecah. Semua organ dalaman macam dah terlebih had laju kebangsaan!

“Encik Yusuf… saya..” serba salah Aida bersuara. Tersepit. Hafiz bosnya. Tapi Nisa, perempuan sepertinya. Sedangkan dia yang takdek hubungan dengan Hafiz dah rasa ‘something’ bila melihat keadaan bosnya, apatah lagi Nisa..sang isteri.

“Takpe Aida. Awak pergi dulu..”

Aida melepaskan tombol pintu. Dia melangkah ke belakang. Sempat dijeling wajah Nisa yang dah kemerahan. Dia tahu isteri bosnya sedang menahan perasaan. Beberapa tapak Aida melangkah, Nisa turut melangkah. Dia dah sedar. Dia tak perlu lagi berdiri di situ. Menyaksikan satu panorama indah yang terbentang depan matanya sekarang boleh buat dia diserang strok.

Dua perkataan aje yang mampu terluah dari bibirnya, “Good Luck!!” Panggilan Hafiz tak dilayan langsung. Air matanya pulak terasa malu-malu nak keluar. Nyampah. Kalau nak nangis, nangis aje la. Nisa bengang dengan diri sendiri. Sekejap dia rasa nak nangis, sekejap lagi dia rasa…'lantak kau la Hafiz..'

Nisa keluar dari pejabat Hafiz. Laju kakinya dihayun. Tapi ada suara yang memanggilnya dari belakang.

“Puan Nisa, tunggu dulu.” Kakinya berhenti melangkah.

“Puan, saya minta maaf banyak-banyak. Saya ingat takdek sape-sape dengan Encik Yusuf. Tambah-tambah lagi dia memang tunggu kedatangan puan. Saya tak tau bila dia..” Aida tak sempat menyudahkan ayatnya kerana Nisa terlebih dahulu memotong.

“Takpe Aida. Bukan salah awak pun. Hal ni antara saya dengan dia. Takdek kaitan dengan awak, Ok? Dah la, saya pergi dulu.”

Nisa mempersiapkan langkah. Tapi sebelum tu, dia sempat berpesan pada Aida, “Kalau dia marah awak, bagitau saya.” Nisa mengenyit mata. Aida hanya diam melihat air muka Nisa. Sekejap saja sudah berubah. Tadi memang marah padam. Tapi sekarang dilihatnya dah semakin tenang. Tabahnya Puan Nisa..


Nisa bangun lalu kepalanya disandarkan pada kepala katil. Merenung kosong ke jari manis yang tersarung cincin perkahwinan mereka. Cincin sebagai tanda dia menerima Hafiz. Tapi Hafiz? Persoalan itu sekarang yang menghantui dirinya.

11 comments:

airina said...

uishkk sape ka tu?
alahai.. alhafiz ni la nak kena alpelangkung ni huhuhu

pss: novel KDH suda sy review, thanks ya!

sya[E] said...

huuu suspen nye..
ape sbnrnye berlaku dlm blik hafiz/???
nak tau nih..
smbg2..

bulanhijau said...

aish..
gle suspen..

cik hafiz oi,
janganla wat nisa camtu..

ct zuraimi said...

rina: baca pasal aliah ngn kamil ke? nape nak thanx sy? hihi..musykil..

sya: entah..sy pun tatau :)-

bulan: ;)

bidadari cinta said...

mst ader pompuan lain dlm bilik tu kann???

keSENGALan teserlah.. said...

waaaaa..
hafiz watpe??
spe dlm blk tuh..?
ngeeeee..smbung2...

L said...

sape plak dlm biulik dgn hafiz tu? hailaa hafiz mmg saje tempah bala la
ahaha xD

ha-ra said...

hafiz ngn sape??
dia wat pew??
panorama indah pe??
adoi...hafiz oi!!!!
xsedar je yg nisa 2 syg kan ko??
ak sekeh jgak 6t kpale si hafiz nie!!!
cpat la smbg...

yunix77 said...

best la
penulis....buat la novel
saya suka baca novel ni
ayat2 dia....wah....sgt menarik hati

.:farah:. said...

aish..
sape plak la tuh!!??
ape jerk yg jdik neh??
'panorama indah'???
adus..
hafiz neh da mle buat prangai lak..
huk3..

Sue said...

rase2nyer bekas gf hafiz dulu kot...!

tp tak per kiter tunggu next n3...

oh cik writer...cepat la smbg yea..!tak sabar nak tau nih apa yg dah berlaku kat nisa n hafiz tu....