Wednesday, June 24, 2009

Kisah Di Hati ~ Paling Akhir

“Lia nak bercuti kat mana-mana tak?” Booklet ‘Cuti-cuti Malaysia’ di tangannya dibelek lagi. Mencari satu destinasi yang sesuai bagi mereka.

“Bercuti? Bila?” Soalan Kamil tidak dijawab. Matanya masih melekat pada televisyen di depannya yang sedang menyiarkan iklan Anmum dengan Wardina sebagai model. Tersenyum dia melihat iklan itu. Baru kelmarin dia tahu yang…

“Bila-bila.. Dah lama kita tak bercuti lepas honeymoon dulu.” Kamil bergerak menghampiri isterinya. Apa yang dia tengok tu sampai jawab nak tak nak aje..

“Malas la abang. Dengan keadaan macam ni, Lia malas nak gerak gi mana-mana..” Selesai iklan, baru la dia mengadap suaminya.

“Hah? Keadaan Lia yang macam mana? Abang tengok Lia ok je.. Tak sakit apa-apa pun. Makin sihat ada la..”

Aliah ketawa kelucuan. Lurus bendul betul. Mama yang kebetulan datang ke ruang tamu, segera menyertai mereka.

“Hai Lia.. Apa yang lucu sangat sampai ketawa tak ingat dunia ni?” Mama mencapai booklet yang diletakkan oleh Kamil di atas meja tadi. Dia turut membelek-belek melihat isi kandungannya. Wow, Tioman!

“Ma..” Kamil memanggil. “Ma tengok Lia ni sakit ke?”

“Kenapa pulak tanya macam tu?” Mama memandang Aliah yang sedang tak henti-henti ketawa.

“Tak ada la. Orang ajak dia cuti-cuti Malaysia tapi dia malas nak gerak gi mana-mana..”

“Erk, macam tu pulak? Kenapa malas, Lia? Nanti PM marah tau sebab tak sahut seruan kerajaan..” Kata-kata selamba Mama membuatkan tawa Aliah semakin galak. Kamil kehairanan. Lain benar isterinya hari ni.

“Yelah Ma. Lia malas laa nak gerak dalam keadaan macam ni.. Dengan asyik rasa nak muntah aja pagi-pagi. Tak tahan. Orang tu mana faham..” Aliah menerangkan dengan memberi sedikit hint. Entah faham entah tak suami aku ni..

Mama yang sedia maklum perkara itu hanya tersenyum. Aliah ni pandai betul berteka-teki. Memang padan anak dengan menantu.

“Haa, dengar tu Ma.. Keadaan apa yang Lia maksudkan? Lia sakit?” Kamil buntu. Mama macam tahu sesuatu. Aliah pulak macam nak sembunyikan sesuatu.

“Ali.. Ali.. Mama malas nak campur. Mama naik dulu la.. Lia, jangan lupa kirim salam pada cucu Mama kat dalam tu ya..” Sejurus selepas itu, Mama melangkah naik ke tingkat atas dengan senyuman lebarnya. Alhamdulillah, tidak lama dia akan bergelar nenek.

“Lia.. berterus-terang dengan abang. Lia sakit ke? Mama kirim salam dekat sape tadi tu?” Kamil tidak berpuas hati selagi Aliah tidak berterus terang dengannya. Malah, kata-kata Mamanya langsung tak melekat kat kepala.

“Cucunya dalam perut ni..” Selamba ALiah menjawab.

“Ohh..cucunya dalam…” terhenti kata-katanya seketika. Cuba nak proses balik.. “Lia! Apa dia? Cuba..cuba ulang balik?” Kamil melopong. Dia memandang Aliah tajam.

“Mama suh kirim salam kat cucunya kat dalam perut ni haa..”

“Perut Lia ke?!!”

“Tak la!! Perut abang.” Aliah bingkas bangun. Susahnya cakap dengan orang yang lambat pick up ni. Buang air liur.

“Eh Lia.. Nak ke mana tu?”

“Bawah tanah!” Dah tau orang panjat anak tangga ni, tentulah nak naik atas. Tentulah nak masuk bilik tidur. Hish..

Kamil yang ditinggalkan sendirian di bawah tersenyum. Dia faham sebenarnya. Saja buat-buat tak faham. Aliah ni memang la. Perkara yang serius macam tu pun boleh dia bagitau lambat-lambat kat suami? Sahla Mama orang pertama yang tahu sebab Mama dah suruh berkirim salam pada cucunya. Kalau Mama tahu, Abah of course tau! Kalau dah Mama dan Abah dah tahu, mustahil la kakaknya tak tau! Diorang semua ada kat rumah sepanjang minggu ni. Kecuali si bakal papa ni seorang kerana ke JB sepanjang minggu lepas!

Dunia ni sungguh tak adil.. Lembu punya susu, sapi dapat nama. Penat-penat aku yang kerja keras, Mama tahu dulu? Lia ni, memang :(


p/s: hahah...berakhir laa sudah cerita dorang! confirm lepas ni dah takdek bab 'paling tearkhir' ke hape ke...hihi ;)

15 comments:

miSz cHa said...

hahaha nasib baik je ushar blog ni hari2...tu pun baru sekarang perasan ade bab terakhir ngan paling akhir ni..hahaha macam nak gelak guling2 je..ape da..haha..neway, gud job!wat ar cite lain agy:-) waiting 4 ur new entry!

Unknown said...

akhirnya membuahkn hasil yg suci.. bahagianyer... swett... tak tahan tul biler kamil tu lmbat pick up.. hahah.. pandai lar lia teka teki ngn suami die... anyway klu de cite baru dr akak mesti bestkn.. xsabar tgu n3 cite baru..huhu

comei said...

hehe plg akhir ke kak?
ala nnt rindu dgn diorang cmne? ngeh3

sweet aje couple ni
akak smbg lg la
wat 2nd siri lak ke hehe

Daz Dianza said...

ala..cam x puas je.
smbg la lagi..
hahahha :)

Bulanhijau said...

hehehehhehe

kompem ke ni paling last??
taknak letak paling-paling last ke??

Pape pun,
happy ever after

misz nana said...

"Penat-penat aku yang kerja keras, Mama tahu dulu?"

Hahahahaa~
Yg ni mmg ayat x bleh blah.. Hee..
Kamil2..

Neway, cite ni mmg best..
Congratz akak! =)

::cHeeSeCaKe:: said...

huhu..bestnye..kamil ni comel la..
lampi skit..kekeke..

sekali sekala bg la special n3..comel la dorang ni..

inna hayati said...

ct..xde ke lagi-lagi akhir pulak?
haha...

Che Sue said...

yeah..! seb baek usha kat sini td... dah smpi kisah paling terakhir dah tak ader ker kisah terbaru?

rindu gak nak tatap hasil nukilan dpd writer nih... arap2 tak hampakan harapn kitorg yea ct....!

endless love said...

hahaha..
ade lg smbungn cite ni
nsb baik trgerak ati nak jenguk blog ni.ingatkn dh habis

bidadari cinta said...

sweet betui citer ni..akhirnya last ending..rase mcm kite lak jadi alia...

in_wired88 said...

akhirnye finish gak
congrats yer

bes..

m0ochy said...

best sesgt....mcm sedey jek dh x ad citer mcm nie....terbaek ar....=)

ekin said...

gelak tergolek saya membacenye...hehehe..seyes best gila!!!!!!!!!!Congratz akak! =)

purple_heart said...

best sgt cite nie! sweet giler!