Tuesday, May 11, 2010

STTS ~ 9

Hujung minggu datang lagi. Seperti biasa, Akmal menyibukkan diri di dapur bersama Mak Yah, satu-satunya kawan yang dia ada di banglo besar itu. Berlainan dengan Akmal yang lagi satu tu, dia lebih suka menghabiskan weekendnya di rumah Long. Sedikit sebanyak kepada Akmal yang ni, katanya kurang stress..

"Bila aku sudah tiada..
Simpan semua lagu ku..
Jangan ditangis selalu
Mungkin ini sementara
Bila jumpa pengganti ku
Jangan dilupakan aku.."


Lirik lagu dari kumpulan Hujan dinyanyikan perlahan sambil mengelap pinggan. Setakat yang dia tahu. Lepas tu, dengar hmm hmm aje.. Lupa lirik la tu. Entah kenapa ya, dia cukup suka dengan lirik tersebut. Bagai terkena batang hidung sendiri. Bila jumpa penggantiku, jangan dilupakan aku..

“Orang kata, anak dara tak elok nyanyi kat dapur..” kata Mak Yah tiba-tiba.

Akmal sengih. Terjungkit bahunya. Siapalah agaknya yang mula menggunakan pepatah tu? Mak Yah menyambung lagi, “kawen dengan orang tua nanti..” Uh, entahkan betul entahkan tak!

Semakin lebar sengihan Akmal. Tangannya berhenti mengelap. Dia berfikir sejenak.

“Mak Yah cakap anak dara, kan? Shu dah kawen..” Semasa dia menyebut perkataan kahwin tu, penuh irama dia menuturkan. Nak bagitau Mak Yah salah orang.

“Dah sorang kat tingkat atas, sorang kat tingkat bawah, apa maknanya tu? Memang la dah kawen. Tapi, tut..tut..” kata-kata Mak Yah mengundang ketawa Akmal. Kuat. Dia menggeleng kepala. Iya, Mak Yah memang tahu kisah mereka.

“Tapi kan Shu.. Mak Yah nampak korang dah jarang gaduh. Tak macam dulu-dulu..” Dulu-dulu? Malas orang tua tu nak mengulas lanjut. Akmal mesti faham.

Akmal kaku sebentar. Mak Yah di meja bulat dipandang sesaat. Ye ke? Sama aje..

“Herm, Mak Yah jangan tak tau. Kat rumah mungkin la.. Tapi kat ofis, dia tu suka buli Shu..” Teringat kisah yang kali pertama ke Kulim tu. Menyampah. Ingatkan ada apa la. Rupanya pergi melawat Long dengan Mira yang kebetulan ada kat sana. Membazir masa. Jumpa Mira, OK. Budak cute tu memang baik. Manja. Dia memang sukakan Mira. Tapi yang jadi meluat tu.. Uih, tak nak ingat la. Tapi nak bagitau korang punya pasal.. Masa duk bermesra-mesraan dengan Mira, Long pergi toilet. Tinggallah kami bertiga bergurau senda. Ditakdirkan Allah SWT, seekor kucing mengiau di kaki Auntie Shu. Terperanjat bukan main dibuatnya dek kucing tu. Apalagi.. menjerit...nyaring! Terperanjat beb! Kucing tu pun bukan reti bagi salam. Yang jadi mangsa, Akmal yang hensem di sebelah. Tanpa niat, kerusi diengsot ke arah uncle Mira. Siap pegang lengan. Kemas tak nak lepas.

Uncle Mira mulanya terkejut jugak la dengan aksi ekstrem macam tu. Dua tiga saat kemudian, dia gelak. Apatah lagi, selepas Mira yang lima tahun tu turun dari kerusi lalu mendapatkan kucing yang mengiau tadi.

“Auntie takut kucing ye?” Mira bertanya. Comel. Ayatnya sopan. Berbanding dengan unclenya yang tak reti berlembut tuu.. “Hek eleh.. Macam budak-budak la. Tu pun takut ke? Batal air semayang tau..”

Adui, sakitnya hati!

Mak Yah dan Akmal kembali menyambung kerja. Cerita tadi dalam hati aje. Biarlah Mak Yah tak tau. Konpem kalau Mak Yah tahu, dia pun bakal digelakkan.

~~~

Akmal memarkir kereta di bawah garaj. Dia membimbit sedikit buah yang dipau dari rumah abangnya. Bukan.. sebenarnya diberi percuma dengan ikhlas. Sebenar-benarnya cara halus Long untuk menghalau Akmal ni balik. Weekend ni, sepatutnya bersama isteri. Bukan la niat Long menghalau dari rumahnya. Tapi memandangkan adiknya asyik termenung merenung siling tu..apa maknanya!

Akmal terus melangkah ke dapur. Selangkah lagi memasuki zon dapur, dia terdengar perbualan Akmal dan pembantu rumah.

“Pukul 3. Nanti kita keluar lepas Zuhur ya..”

Ait, nak pergi mana ni?

“Shu tak kisah ke keluar dengan Mak Yah? Dah tua bangka ni pergi tengok wayang..”

Uhh, tengok wayang. Sanggup dia ajak Mak Yah daripada aku ni?


“Shu dah booked tiket dah. Sayang pulak..”

Tanpa mendengar balasan dari Mak Yah, Akmal terus melangkah. Mak Yah menyapanya terlebih dahulu. Kemudian, barulah Akmal..ops, Shu pula yang memandang.

“Dengar tadi nak tengok wayang ye?”

Akmal tak menujukan soalan itu kepada Akmal atau Mak yah secara spesifik. Akibatnya, Mak Yah menunggu Shu menjawab, dan Shu pulak menunggu Mak Yah menjawab bagi pihaknya.

“Shu, aku tanya ni..”

Shuhada memalingkan muka dari singki. Tanya aku ke? “Ha’a. Nak tengok dengan Mak Yah nanti.”

Pelik! Tak pernah ditanya aktivitiku sebelum ni. Sejak bila jadi penyibuk?

“Mak Yah dah habis kerja ke nak keluar?” Akmal menarik kerusi di depan Mak Yah. Orang tua itu mengangkat muka. “Hari ni Shu bagi Mak Yah cuti.”

Akmal memandang belakang isterinya. Berkerut-kerut kening ingin menawarkan diri. Tapi takkan la. Dunia Shu lebih aman tanpa dia.

Ahha! Akmal menarik kerusi merapati Mak yah. Di sebelah telinga pembantu rumah itu, dia mengeluarkan kata-kata yang.. “Hermm.. kalau Mak Yah tak keluar hari ni, mulai esok saya bagi Mak Yah cuti seminggu. Dengan syarat, pujuk Shu keluar dengan saya. Tengok wayang dengan saya…”.. kalau Shu dengar, belanga di tangan Shu pada waktu itu akan didakwa sebagai senjata bunuh!

6 comments:

Bulanhijau said...

uuuuuuuuuuuu
akmal yang itu
dan akmal yang ini

dua-dua main tarik tali.
sweet !

MizaEija said...

yea...ade n3 bru.smgt nk baca neh..tp komen dulu.hehehe

MizaEija said...

yea...ade n3 bru.smgt nk baca neh..tp komen dulu.hehehe

MizaEija said...
This comment has been removed by the author.
ha-ra said...

senget tol..hahahha
bleh plak jdi kan mak yah org tgh...
siap rasuah..hahhaha
akmal,akmal..

Che Sue said...

hehehe... akmal-e dah wat komplot ngan mak yah lak!
mesti mak yah pun akn join komplot akmal-e tu...
nk tggu next n3 lak!