Tuesday, March 1, 2011

STTS ~ 20 ~ END

“Apasal ni? Moody aje.. Datang bulan?”

Dia menjeling. Kenapa ye, asal perempuan moody aje dikatakan datang bulan? Tak ada benda lain? Namun, pertanyaan itu dibiarkan tanpa jawapan. Tangan terus-menerus membelek majalah hiburan tanpa tujuan.

“Farah cakap awak keluar awal hari ni? Ada apa-apa yang tak kena ke?” Dia masih lagi bertanya.

“Saya penat.” Dua patah, dia membilang.

“Kenapa tak pindah lagi? Belum habis fikir?”

Majalah dikembalikan ke tempat asal. Kedua-dua tangan diletakkan ke atas peha lagak susah nak bangun. Lambat-lambat punggungnya diangkat. Dengan berat hati, dia bersuara, “saya rasa awak tak bersedia…” Dengan pantas dia melangkah.

Di sudut bilik, dia menongkat dagu. Apa kena pulak dengan aku ni? Orang dah baik-baik, buat jual mahal pulak. Bukannya apa. Pertanyaan hati mengenai siapa perempuan yang bersamanya tadi tu belum terjawab. Dia nak semuanya jelas. Semuanya terang. Semuanya hitam putih supaya tak terguris lagi hatinya. Uuu, hebat ni. Tapi kenapa tak tertanya pulak tadi? Dia tepuk dahi, olossss!

Ketukan di muka pintu mematikan resah gelisah di hati. Dengan rela hati dia menjemput tetamunya supaya masuk aje. “Tak kunci pun..”

“Awak tak ok ke?” Akmal sudah membuka sila di sebelah. “Ni kenapa melepak tepi pasu bunga ni?” Betul-betul di penjuru bilik. Teruk betul taste bila dia merajuk!

“Takde tempat lain..” spontan pula dia menjawab. Bagai membawa maksud yang dia takde tempat kat rumah tu melainkan bilik sederhana besar di bahagian dapur tu ajeee.

Akmal cuba sembunyi senyum. Lawak sungguh laa. Alasan pun takde taste juga!

“Bagitau la. Kenapa?”

“Takde apa-apa.” Dia memintal hujung rambut.

“Bagitau la, kenapa takde apa-apa?”

“Takde apa-apalaahh.”

“Bagitau la, kenapa takde apa-apalaahh..”

“Hish, dia ni. Selagi muka tak lekap kat dinding, selagi tu laa nak tanya. Nak ke?”

Akmal ketawa. Sempat lagi meloyar buruk. Dia mengubah tempat duduk. Mengengsot ke sebelah Akmal yang memuncung. Tangan kirinya memeluk bahu orang sebelah lalu menarik rapat ke badan sendiri.

“Puan Akmal ni laa… Ok lah kalau tak nak bagitau. Tapi saya ada benda nak bagitau. Tengahari tadi adik Kakak datang. Dari Singapore.” Akmal mencium rambut si isteri. “Dia nak sangat jumpa awak. Adik Kakak tu sebenarnya sebaya saya. Masa saya study dulu, dia tinggal dengan Long sekeluarga. Buat praktikal. Boleh buat kawan. Tapi satu aje masalah dia tu. Manjanya, MasyaAllah. Dah kena warning banyak kali dengan Kakak. Tapi tu lah, dah memang dia macam tu..”

Akmal..erm, Shu la pulak (confuse2..) menegakkan badan. Perempuan tu adik Kakak ke? Tapi dia tetap membisu tak nak menyampuk. Bagi cerita tamat dulu.

“Dia datang tadi kebetulan ada branch company dia kat sini. Tu yang dia contact. Terus ajak lunch.. Dia jemput ke wedding dia.” Akmal panggung dagu ke bahu Shu. Tamat sudah ceritera. Mata sudah ngantuk. Terbalik kot bila si pencerita yang mengantuk. Shu pulak segar bugar!

Alamak.. salah naik keretapi laa! Buang masa aje hari ni termenung sana-sini. Ish..ish..

“Cerita habis dah?” Shu cuba memalingkan mukanya ke arah Akmal. Lorr, serius tertidur ke ni?

Tangan kanan Shu meraba kepala Akmal. Diusap perlahan. Penuh rasa bersalah. Erk, hampehgeh laa. Dah satu hal nak usung dia ke bilik atas.

~~~

Mak Yah tersenyum-senyum di depan Akmal dan Shu. Dulu, keadaan tu rasa macam tunggu kucing bertanduk, rasa macam tunggu sideburn encik suami penulis tumbuh. Nak kata, betapa mustahilnya! Tapi sekarang tak lagi.. Hehehe, hatinya gembira berbunga ceria. Amboi Mak Yah!

“Kenapa Mak Yah asyik senyum aje dari tadi? Tak penat ke? Nak minta cuti ke apa ni?” Akmal menarik sekeping roti.

“Ha’a, Shu pun nak tanya. Ke Mak Yah nak dapat baby lagi nii? Tengok perut tu bulat semacam aje!”

Dengan pantas belakang Shu dihinggap tamparan lembut. “Apa cakap macam tu kat Mak Yah?” Akmal menegur. Isterinya ni, kalau dibiarkan boleh menangis Mak Yah. Dah pandai menyakat. Dulu baik kemain ye dia!

“Alamak, minta ampun Mak Yah. Shu tak sengaja la..”

“Tak apa la.. dimaafkan. Bukannya apa, sekarang bukan main turun sarapan sama-sama, pegi keja sama-sama. Dulu?? Jangan harap. Tapi bagusla tu. Senang hati Dato’ nanti..”

Akmal dan Shu saling berpandangan mengukir senyum. Siapa tahu kan? Dulu bagai nyamuk dengan ridsect. Sekarang ni bagai Breeze dengan Downy. Kira baik laa sikit.

Diorang ni nama aje sama. Tapi karakter lain-lain. Esok kalau ada anak..

Cikgu: siapa nama ayah?

Anak: Akmal, cikgu..

Cikgu: siapa nama mak?

Anak: Akmal, cikgu..

Cikgu: Eh, sama ke?

Anak: Iye cikgu. Papa kata senang nak ingat.

Cikgu: Iye? Mama pulak kata apa?

Anak: Mama kata kami tak serupa..

Cikgu: Betullah tu.. kalau serupa, kamu pun tak ada..

Anak: Iye cikgu.. Nek Yah pun cakap macam tu!


Catatan:
rasanya dah tamat kut? erm..
memang nak menulis lagi, tapi takut takleh bagi komitmen pulak.
apa2 pun, kalau masa terjengah blog ni ada entry, kira nasib baik la tu ye..
sorry ye, sebelum ni tesis diberi keutamaan. so far dah submit, harap takde apa2 yang sangkut laa.. lepas ni boleh la pakai jubah kali ke2..
jumpa nanti en.kapten!

6 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

wawaaaaa.
dah baik.
sukee..tp tak puas lah..
hohohoh..

best2. cite ni kasi orang sengih je. =D

Afiqahai said...

tamat dah ke? wuu..nasib baik sweet ending. :D

cactaceous opuntia said...

alamak..pliz buat satu entry spesel...

amira aihara said...

nak special n3 gak...hhehe

diahperi said...

ala dah tamat ke. cam ada yg x lengkap aje. at least buat special n3 ke pasal dia org dpt anak ke apa ke baru lah best sejuk mata he..he.. blh ke

yuta0330 said...

komen..komen..
crita best, bgus, ade idea and jln crita..
tp kn, mcm ade kepeningan sedikit di situ..ade part yg agak2 confuser sket..
btw, crita ni mmg best..nice writer!