Thursday, March 19, 2009

Kisah Di Hati 29

Kamil melangkah turun dari tingkat atas dengan perlahan, dengan ‘lemah gemalai’nya. Melihatkan si kakak yang begitu santai menonton TV, timbul satu rancangan jahat di kepala otaknya. Dia meregangkan sepuluh jari. Kemudian meniup sambil membaca ‘jampi serapah’ yang pernah diajar oleh Mama satu masa dulu..

Bismillah, dengan nama Allah..

“Uuuuuuuuu….” Dia menghampiri telinga Kamalia dan ….

“Maakk!! Aliiiiiii..!!! ” Jeritannya amat la kuat memecah keheningan malam. Bergegar agaknya segala pasu bunga Mama yang pelbagai warna dari serata dunia kat rumah tu..

Kamil pulak dengan selambanya duduk di sebelah Kamalia. Bila Kamalia sedikit lega, baru la terburai tawa yang disimpan..

“Tu la kau, kak.. Jangan la khusyuk sangat..” Dengan tawa yang masih bersisa, dia menarik pipi kakaknya.

“Kau ni memang la. Aku tak kawen lagi tau. Kau jangan cari pasal..” Kamalia masih mengurut dada. Masuk kali ni, dah dua kali dia terkena. Dua hari lepas, Mama dah buat.. Sebijik macam adiknya buat. Tapi Mama lagi gempak la. Suaranya memang halus macam ‘hantu’ betul.. Macam mana la Mama buat..

“Ha’a ek, kak.. Kau dah ada boyfren lom?”

“Apasal kau sibuk-sibuk pulak ni? Tak pernah tanya pun sebelum ni..”

“Aku tanya bagi pihak Mama la. Mama cakap aku dah ada tunang. Sekurang-kurangnya kau kena la ada boyfren. Nanti Mama nak kau kahwin dulu sebelum aku. Mama tak bagi aku langkah bendul..”

“Alah, langkah je la. Dah kau tu memang gatal, kan. Kau dengan Lia macam mana sekarang?”

“Hmm, getting better..” Tanpa sedar usia pertunangan mereka dah nak masuk tiga bulan. Perlahan-lahan dia mendekati dan mengenali Aliah. Memang tak salah pilihannya. Memang tak salah cinta pertamanya.. Perhaps.. Memang. Kan dari dulu lagi dia dah beristikharah meminta petunjuk tentang jodohnya. Selepas itu berfikir lagi setahun samada betul ke tindakannya ni. At last..

“Bagusla. Tak sia-sia aku bagi kau pantun dulu. Biarpun Mama yang ajar. Kan?”

“Yelah, terima kasih..”

“Eh, aku teringat something ni.. Ingat lagi tak Eja?”

“Mana aku boleh lupa kak budak gatal tu!”

“Ish, kau ni.. tak baik tau. Gatal-gatal pun ex-classmate aku jugak dulu..”

“Hah, nape dengan dia? Dia nak melamar aku lagi ke?”

Ketawa Kamalia mendengar perkataan itu.

“Tak la. Dia dah nak kawen dah. Ada dia bagi kad. Nanti kita pergi ye. Kau bawak Lia sekali. Tunjuk kat dia..”

“Ha..boleh pun kawen ngan orang lain!”

Sejarah Kamil dan Eja bermula sejak di zaman sekolah menengah. Sejak form three. Tapi klimaksnya masa dia form five. Zaman SPM. Bertitik tolak dari satu persembahan untuk sambutan hari guru. Di situ la sejarah bermula..

***

“Min, tolong bagi ni kat adik kau..”

“Apa pulak ni?”

“Ada la..”

Sepucuk surat bersama satu kotak berbalut cantik diletakkan di hadapan Kamalia. Petang itu, tamatnya latihan drama sebabak, Eja mengajak Kamalia ke kantin. Kamalia yang dikenali sebagai Min di kalangan kawan-kawannya, memandang kosong ke arah kotak itu. Apa pulak la si Eja ni.. tak serik-serik. Orang tak layan, dah la..

“Kau sure ke ni? Kan ke aku dah bagitau dulu. Adik aku ni payah..”

“Aku rasa kau pun kenal aku kan.. yang payah tu la yang best nak kejar.”

Ke situ pulak? Lantak kau la..

Pada malam itu, semasa Kamalia dan Kamil sama-sama menyiapkan kerja sekolah di ruang tamu, Kamalia menolak kotak hadiah dan sepucuk surat ke ruang belajar Kamil.

“Apa pulak ni kak? Ni mesti dari minah sewel tu..” Kamil mencapai sampul surat berwarna biru. Dibuka dan dibaca.. Dan seperti biasa, kertas tu digumpal-gumpal lalu dicampak ke dalam tong sampah.

“Yang ni apa pulak?”

“Ambik la. Orang dah bagi..”

Kamil mengoyak dengan rakusnya. Sebenarnya dia dah malas nak layan si Eja sewel tu. Memang jenis yang tak paham bahasa..

“Tak nak la aku, kak. Kau ambik la. Favourite kau kan?” Ferrero Roche dihulur semula kepada Kamalia.

“Ala dik. Kau gitau sendiri la kat dia. Aku dah malas la nak jadi orang tengah..” Bla..bla..bla.. Kamalia terus lagi membebel. Yang kat sini adik. Yang kat sana kawan. Entah, tak tau la nak buat apa.

Kamil memekakkan telinga. Buat sakit hati je. Perempuan tu pun satu la. Orang tak layan tu, maknanya taknak la. Susah betul. Bukan cakap bahasa UFO pun yang dia tak paham-paham..

I nak u jadi boyfriend I.I nak kahwin dengan u..dengan u je..

Geli baca surat tadi. Berani sangat. Eja tu bukannya tak lawa. Memang lawa. Putih. Kacukan lagi. Anak orang kaya. Tapi mentang-mentangla Allah dah bagi nikmat macam tu kat dia, ingat semua benda yang dia nak dia boleh dapat?

“Kak, bagitau dia yang aku ada dah ada awek.” Kamil mencoret sesuatu di dada buku kira-kiranya. Dia melakar beberapa bentuk hati dan menulis ‘Si Comel’. Teringat masa berkongsi niaga pisang goreng dulu bersama kawannya, Kujik dikampung. Sengaja dia menolong. Minat satu hal.. Lagi pun tengah cuti sekolah.

Budak perempuan itu tertawa bersama kawan-kawannya. Lain macam betul daya tarikannya.. Sampaikan aku yang tak pernah pandang perempuan pun terpandang. Hihi..

“Awek? Betul dik kau dah ada?” Sergahan Kamalia menghentikan lamunan si adik.

“Ha’a betul. Kau bagitau je macam tu. Jangan nak kacau-kacau aku lagi.. Kau tambah lagi kat dia, awek aku tu sepuluh kali lebih lawa dari dia, sepuluh kali lebih sopan dari dia.. dan sepuluh kali lebih comel-cun-cute dari dia!”

Sejak dari hari itu, barula aman sikit dunianya. Tapi terdengar jugak desas-desus yang si Eja mencari siapa yang sepuluh kali ganda cun dari dia. Ketawa Kamil mendengarnya. Kau takkan jumpa la.. Sebab dia bukannya sekolah sini..


***

“Kak, aku naik dulu la. Nak call Lia. Rindu laa…”

“Uwekk.. Nak termuntah aku!”

No comments: