Monday, March 16, 2009

Kisah Di Hati 26


Ni yang aku bengang sangat ni. Dah janji, tapi macam cipan! Apa hal la yang penting sangat sampai nak kena jumpa-jumpa pulak ni? Dia memandang jam di tangan. Dah satu jam dia menunggu. Takpe, aku tunggu lagi lima minit. Kalau tak datang, goodbye! Lantak la kau! Bila hati dah panas, macam-macam ayat otai yang keluar.

Dia menolak pintu restoran dengan kuat. Geram. Ingat aku ni tak dek keja lain agaknya. Porch di tangan kiri diraba. Mencari handset. Nak dihamburkan segala amarah pada pihak yang bertanggungjawab.. Biar dia rasa!

“Hello..abang. Mana dia? Tak datang pun?!”

“Confirm tak salah tempat?” Suara di sana cuba berlembut.

“Salah tempat apanya? Kat McD je pun. Bukannya payah. Kawan abang tu reti ke tak jalan kat KL ni? Huh, menyusahkan betul. Dia ingat kita ni apa.. dah la terlepas satu kelas tau.. kang kalau fail nanti, dia nak jawab ke..”

Dia memang tengah hangin satu badan. Jantan mana entah yang gila nak berkenalan pulak. Yang naik herannya, abang siap bagi green light tanpa banyak soal. Tak macam selalu. Green light tu green light la jugak.. Ni siap suruh pergi jumpa. Yang tak tahannya, disuruh pergi. Siap, “WAJIB tau Lia..” Dan masa ni, dia masih lagi membebel di talian. Dia langsung tak peduli orang-orang di sekelilingnya. Sampai la di satu ketika..

“Ouch..” Handset di tangan terlepas ke tanah. Bercerai bateri dari badan. Skrinnya pulak tak yah cerita. Memang retak beribu. Loh.. suwei betul la hari ni..

“Maaf cik. Saya tak sengaja..”

“Takpe!” Acuh tak acuh sahaja jawapannya. Tangan pantas mengutip sisa-sisa handset yang berkecai. Malas nak layan sesape sekarang nih. Laju je kakinya melangkah.

“Cik, biar saya ganti jelah handset tu!” Orang yang ‘melanggar’ tadi melaung dari belakangnya. Dia hanya mengangkat tangan tanda ’tak payah susah-susah’. Dan dengan pantas, dia berjalan ke stesen LRT.


Mati la aku.. handset abang kasi ni. Nak jawab apa karang ni? Dah la tinggi sentimental valuenya. Apa nak bagitau ye?

Kepulangan abangnya pada malam itu memang dinanti-nanti. Ada dua sebab. Yang pertama, yang paling penting..dia nak tanya. Apa hal yang kecoh sangat ‘orang’ tu nak jumpa aku? Yang kedua..nak terus terang pasal handset ni laa.. Daripada susah-susah perah otak cari alasan tipu-tipu, baik la terus terang aje.

Jam di dinding dipandang. Tepat jam sepuluh malam. Pada ketika itu jugak la, kedengaran bunyi enjin kereta masuk. Dia diam di sofa. Takkan nak menyambut depan pintu macam bini sambut laki pulak?

“Assalamualaikum.” Suara diluar memberi salam. Menunggu pintu dibuka. Dua tiga minit kemudian, pintu ditolak dari luar.

“Hai.. ingatkan dah tido. Tak dengar abang bagi salam tadi?” Pintu ditutup perlahan. Seketika kemudian, segugus kunci digantung pada tempatnya.

Dia masih lagi diam. Menunggu masa untuk menyerang.

“Lia… Kenapa ni?”

“Abang tanya Lia kenapa? Patutnya Lia yang tanya abang. Sape yang abang suruh Lia jumpa tu? Penting sangat ke? Dah tak menyempat-nyempat. Sampai kena ponteng kuliah hari ni. Penat tau abang. Sekolah kat Johor. Ingat dekat ke? Lima jam Lia dalam bas terfikir-fikir perkara penting apa yang orang tu nak sampaikan. Alih-alih batang hidung pun tak nampak..” Aliah memeluk tubuh. Mukanya dihadap ke TV. Langsung tak memandang muka abangnya. Lupa dengan siapa dia bercakap. Itulah satu-satunya saudara yang dia ada.

“Lia.. Abang minta maaf ok. Last minute, dia ada kerja. Tak boleh jumpa Lia. Dia call abang lepas Lia call tadi..”

“Huh! Itu je alasannya? Lia tunggu satu jam tau tak abang..”

“Ok la. Abang minta maaf bagi pihak dia, ok. Ni abang nak tanya, kenapa abang call handset Lia tak dapat-dapat?”

Tersentap Aliah ditanya begitu. Ingat nak bagitau sebelum abang tanya. Cis, patutnya aku bagitau pasal handset dulu tadi. Habislaa..

“Sorry abang. Tadi masa Lia tengah panas, ada mamat Bangla mana entah langgar Lia. Handset tu tak dapat diselamatkan..” pantas Aliah menundukkan mukanya.. Mesti abang marah aku pulak..

“Lain kali hati-hatilah sikit. Ni haa..” Satu kotak diunjuk ke muka Aliah. Terkejut dibuatnya. Cepatnya! Macam abang yakin pasti je handset tu jadi macam tu..

“Accept je. Jangan banyak tanya. Abang naik dulu. Penat..”

Dahi Aliah berkerut seribu. Abang… Rasa bersalah menyelubungi jiwa. Tak patut..



Handset di tangan dipandang. Menggamit kenangan di antara dia dan Azman. Biarpun Azman baru fly pagi tadi, Aliah dah rasa kehilangan. Kehilangan tempat untuk berkongsi segala-galanya. Abang, cepat laa balik. Lia sorang-sorang kat sini.. Setitik dua air mata kini mengalir. Dia memandang ke luar. Bas yang menuju ke Johor Bharu kini memasuki kawasan Seremban. Aliah masih begitu. Sesekali dia memandang skrin handsetnya. Gambar dia dan Azman sebagai wallpaper…

3 comments:

nurhakim said...

spa yg bg handset 2 kak zue??
kamil ke yg beli??
cmfius tul lah cte nie..
lgi 1 nk tnya nie...
asal lia asyik ulang alik dri kl-jhor n dri jhor ke kl????
de pe kat sna???

::cHeeSeCaKe:: said...

rsenye yg lggar die tu kamil kn?
sy pon same la..
confius lg nk cite ni?
aliah msih blaja ke?
die blaja kt johor ek?

zuezakry said...

slam semua. ha a.. kat cni memang confius sikit. tapi ni la yang dimaksudkan dengan "kenangan" kat atas tu. nanti akan ada jawapannya. terima kasih..