Monday, December 21, 2009

Sama..tapi takkan sama~1

Teringat kisah P.Ramlee bersama dua orang lagi temannya dalam Pendekar Bujang Lapok. Ramlee, Ajis dan Sudin mengejar Pendekar Mustar yang kelihatan hebat bertarung di penambang. Dalam usaha pencarian, mereka ditakdirkan berjumpa dengan Ros, seorang cikgu yang baru sahaja habis mengajar. Sedar diekori, Ros berlari pulang ke rumah dan memberitahu bapaknya yang ketika itu sedang berada di laman. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga pemuda baik hati yang disangka pencuri oleh Ros tadi mendapat layanan baik daripada Pendekar Mustar. Lalu mereka dijemput naik. Ros masuk ke bilik dengan nada memberontak. Mengejutkan emaknya yang sedang menjahit. Setelah menerangkan hal sebenar, emaknya ke ruang tamu melihat gerangan pemuda yang dikatakan pencuri oleh si anaknya tadi. Setelah dinilai dan diteliti, rupa-rupanya baik-baik aje dong pemuda itu sekaliannya.

“Alah, mak dengan bapak sama sahaja.”

“Eh eh.. Kalau dah mak sama dengan bapak, yang mana jantan, yang mana betinanya?”

Dialog lebih kurang yang telah diolah =)

Dari situ, maka datangnya…


“Dua dua sama aje. Keras kepala. Asyik nak menang. Yang peningnya, aku ni la. Hish… Makin cepat tua aku dibuatnya.” Farah membebel sendirian di mejanya. Mengadap monitor menaip sesuatu.

“Hai, Farah.. membebel sorang-sorang nampak?” satu suara menegur Farah dari belakang.

“Mana taknya Mus. Saya baru lepas keluar bilik MD. Diskus pasal projek kat Langkawi tu. Dalam tu, dua-dua Akmal ada. Awak faham-faham saja la diorang tu..”

Mus menarik kerusi di hadapan Farah. Menelek buah hatinya yang baru sahaja diikat dengan ikatan pertunangan. Farah menongkat dagu.

“Sabar saja la. Dah memang kerja awak kan? S.u untuk diorang tu..”

“Tau la saya s.u diorang. Tapi, sorang nak macam ni. Sorang nak macam tu. Habis tu, saya tersepit tengah-tengah.”

“Dah tu, Datuk cakap apa?”

“Datuk awal-awal lagi dah bagi diorang uruskan projek. Datuk dengar aje idea dua-dua orang. Pastu Datuk cakap, korang duduk berbincang. Saya cuma nak projek tu sukses. Itu aje lah. Huhhh..” Farah mengeluh lagi di hadapan tunangnya.

Mus hanya diam. Nak ditolong, gimana sih caranya? Tak ditolong, gimana pulak Farah ceweknya? Akhirnya, Mus dan Farah sama-sama diam.

Tidak lama selepas itu, kedengaran dua pintu dibuka hampir serentak.

“Farah!” jerit yang ini. “Farah!!” jerit yang sana pula.

“Saya Encik.. Saya Cik.”

“Mana fail yang saya mintak tadi?” kedua-duanya bersuara serentak kali ini.

Akmal~e dan Akmal~c saling berpandangan. Tiga saat kemudian, kedua-duanya menutup pintu serentak.

“Awak tengok la tu, Mus.. Pening saya. Takpela. Saya cari fail diorang sekejap.”

Farah berlalu ke cabinet belakang. Dicapai fail-fail yang berkenaan.

Farah lantas mengetuk pintu En.Akmal.

“Terima kasih. Buat saya kopi, please Farah..” Akmal~e bersuara tanpa mengangkat muka.

“Baik encik. Nanti saya buatkan.” Dengan senyuman, Farah meminta diri.

Keluar dari bilik En.Akmal, Farah lantas mengetuk pintu bilik Cik Akmal.

“Masuk..”

“Cik, failnya.”

“Thanks Farah..”

Farah hanya mengangguk lalu meminta diri untuk keluar. Tangan kanan dah sedia
memulas tombol pintu…

“Farah, buat saya kopi ye, Macam biasa..”

“Erm..baik cik..”

Farah keluar. Mus masih bertenggek di meja Farah. Melihatkan Farah tidak menuju ke meja sebaliknya ke pantry, Mus lantas mengangkat tangan memberi isyarat ‘I’ll call u’. Sudahnya, Mus bergerak ke cubenya di bahagian kejuruteraan.

Farah meletakkan kopi di atas meja Akmal~c. Setelah berpamitan, dia masuk pula ke bilik Akmal~e. Habis tugasnya, dia cepat-cepat keluar. Entah kenapa tiba-tiba aje idea jahatnya menjelma..

“Maaf cik.. Maaf encik.” Farah sengih di dalam hati. Dengan menutup pintu En. Akmal dengan pantas, Farah terus menuju ke ladies.

“Farah!!” dari satu bilik. “Farah!!!” dari satu bilik lagi.

Ladies yang tak jauh dari situ sedang menampung gelak ketawa jahat dari seorang wanita yang telah berjaya mengenakan kedua-dua bosnya.

Akmal~c berjalan ke arah Akmal~e.

“Ni kau punya. Bak aku punya!”

Masing-masing menukar cawan.

Hampeh Farah ni. Entah sengaja entah tak. Hati Akmal~c mengumpat baik punya.

Farah ni memang nak kena. Tak balik kau malam ni. Nada balas dendam dari Akmal~e keluar dari mulutnya dengan sangat perlahan.


Sorang kopi lebih gula. Sorang kopi takdek gula. Farah sengaja tukar biar diorang saling 'kenal hati budi'. Hehehe..

Tapi kan…

Akmal~e: Cantiknya mata dia..

Akmal~c: Merahnya bibir dia..


Erk? Dialog apa tu?

12 comments:

~ bintang~ said...

best2...sambung la lg....x sabar nk tunggu kisah seterusnya

Bulanhijau said...

ngaaaaa~
curious nak tau psl akmal n akmal ni.
smbg2

R'anS said...

same here... akmal...akmal... nak tau.. what..who..and whay... lagi penting how they nak end up...

Pa'ah De Conteng2 Owner said...

woah..nice begining..
nak lagi..hehehe..ngande2 pulak..

ha-ra said...

hehehe....suke2222!!!!

kapten said...

melepas la mus pas nie..ayam berak kapur....
p/s: ko dah kat penang ker ?

misz nana said...

dlm saling tukar cawan tuh sempat lg curi2 pndg..
hehehe~

Aishah Hamzah said...

niceeeeeeeeee...........sambung lagik kak!

NIk Fauziah Nik Hussin said...

hehe..kes nak jd match maker ke?? hahah

sinichies_girl88 said...

hehehhee...kelakarnya..
sweet gle...
sambung2..
cpat2 masuk n3 erk...

aqilah said...

pelik...pelik....tapi menarik. apapun, akak follow

Che Sue said...

kak, jgn lupa tuk new n3 tau! nk sgt tau kisah sebalik akmal-e n akmal-c nih!
mesti best nih...