Monday, April 20, 2009

Kisah Di Hati 42

Kamalia mengalih tempat duduk ke sebelah adiknya. Majalah Wanita yang dibelek tadi diletakkan ke atas meja. Dah berminggu-minggu rasanya si bongsu tu begitu. Bukan Kamalia je, Mama dan Abah pun perasan. Dan sebagai kakak, dia telah diamanahkan oleh Mama dan Abah untuk merisik ‘pekena’nya dengan perubahan si adik yang dah lain macam tu. Dah tak dengar loyar buruknya macam selalu. Itu menunjukkan ada sesuatu yang sedang membelenggu fikiran Kamil. Macam yang pernah jadi masa Kamil frust dengan Aliah dulu tu la..

“Kau apasal, dik? Akak tengok lain macam je…” diplomasi seorang kakak. Tiap kali nak slow talk dengan adiknya, perkataan ‘akak’ akan digunakan. Kalau tak, haram! Aku-kau aje..

“Tak ada pape la kak. Aku penat je..” Matanya masih tak berkalih dari skrin televisyen. Kalau ditanya cerita apa yang sedang ditengoknya, jawapannya hanya satu.. takde kaitan langsung dengan siaran Nightline yang sedang disiarkan; ‘Liaa..’. Kamil rasa nak meraung. Dah dua bulan.. dah dua bulan!

“Penat? Banyak kerja ke?” Kamalia menjeling adiknya sekali lagi. ‘Kerja’ dengan Lia la tu.. Macam la kitorang tak tau..

“Ermm..”

“Dah la dik. Kau pergi naik tido. Akak tengok kau ni dah lain macam sangat penatnya.. Nanti la akak carikan ubat untuk orang yang penat macam kau ni. Esok akak pergi lab, akak start buat research ek. Don’t worry baby. Setiap penyakit, ada ubatnya..”

“Kecuali mati, kak. Kau jangan lupa tu.. Ok la. Nite, kak. Aku naik dulu.”

Kamalia hanya menganguk. Cis, sempat lagi. Tapi baguslah. Sekurang-kurangnya otak Kamil masih berfungsi. Mug Kamil dibawa ke dapur untuk dibasuh. Suis lampu ruang tamu ditutup. Kena naik untuk siapkan ‘report’ untuk ‘Ma&Bah Bhd.’ pulak esok pagi.. Sungguh la si Ali tu. Buat aku jeles je.. Tiap kali ada masalah, Mama dan Abah cepat je!

***

Dia merebahkan badan ke katil. Sempat dijenguk handsetnya yang kat atas meja di sisi katil. Kut-kut la ada missed call atau SMS dari si dia.. Hampa!

Lia..kenapa tak pujuk? Yeke? Ke aku yang jual mahal? Argh..menyesal, menyesal!

Kamil ingat lagi malam tu..

“Lia dapat keja dah..”
“Bila pulak Lia attend interview?”
“Hari tu..”
“I tak tau pun…”
“La, kena bagitau ke?”


Dia boleh tanya kena bagitau ke tak? Hish, hangin satu badan. Tapi yang menjadi pokok pangkal kenapa dia marah dan memutuskan talian pada malam tu ialah...

“Abah, position untuk electrical engineer kosong lagi kan?”
“Haah. Ada 2 vacancies lagi. Tu yang HR bagitau. Kenapa?”
“Abah bukak iklan untuk satu dah la. Yang satu lagi jangan kacau.”
“Lia?”
Dan dia menjawab soalan Abah dengan satu senyuman. Senyuman Abah pulak dah memadai untuk menafsirkan betapa Abah merestui hasrat suci murninya. Sayang Abah!


Itulah sebenarnya. Kamil dah merancang untuk ambil Aliah bekerja dengan syarikat Abahnya. Walau pun secara kasar syarikat itu mengendalikan kerja-kerja kejuruteraan awam dan mekanikal, secara tak langsung kejuruteraan elektrik pun terlibat jugak. Ikut prosedur biasa la. Hantar resume, interview.. Boleh je Aliah nak kerja situ. Tapi nampak gayanya…gigit jari je laa.. Lambat sangat bertindak, inila padahnya.

Seminggu selepas Aliah menyampaikan berita tersebut, Aliah ada menghubungi Kamil. Dia sedar yang Aliah cuba mendapatkan penjelasan daripada tindakannya. Yelaa, kalau call tak diangkat, SMS tak di‘reply’,tunang mana la tak kecik hati,kan? Salah siapa sebenarnya ni?

Tapi layanan Kamil pada masa tu acuh tak acuh sahaja. Dan disebabkan itu, Aliah cuba meluangkan masa untuk datang ke ofis dia.

“Lia ada buat salah ke?”
Kamil menggeleng.

“Kalau takde, kenapa layan Lia macam ni?”
Kamil hanya senyap berdiam diri.

“Awak dah janji dengan abang yang awak akan jaga Lia dengan baik.. Dah tu kenapa jadi macam ni pulak?”

Kamil senyap lagi. Tapi, dah mula rasa…

Aliah pun senyap.Menunggu kot-kot la Kamil nak bersuara. Lama dia diam.

“Tak apa la kalau gitu. Lia balik dulu..”
Dan, Kamil hanya membiarkan..


Serabut! Entah apa Azman fikir kalau dia tahu pasal ni. Dah dua bulan Aliah dan Kamil saling menyepikan diri. Tak tahu sampai bila perang dingin ni akan berakhir. Pandangan Kamil dihala ke siling. Kujik dah nak dapat baby. Aku dengan Lia?

Lia tak salah pun. Kira ok apa dia nak bagitau. Kalau tak bagitau, tak tau la apa nak jadi..

Move on Kamil, move..

Memang dia ‘move’. Tangannya mencapai--> suis lampu! Light off!

p/s: Cisssssssssssssss… kalau boleh disepak, memang je nak buat gitu.

9 comments:

::cHeeSeCaKe:: said...

hahaha..kamil2..comel tol..
da tau nk bg jawatan tu kt alia..xmo gtau..da tu marah lak alia keje kt tmpat org lain..hehe..

Miss Kira said...

hehehe..
apa la..
tu la lmbt tnya..
kan dah melepas..
cian ali..
hehe..
cpt smbg ye..

aqilah said...

ek eleh, si kamil, aksyen lak. lia dah jumpa dah, dah tanya dah nape?, boleh lak buat selamba badak dia aje. ni yg akak bengang ni. apapun, akak follow.............

zuezakry said...

kak qilah, saya ingat nak buat dorg putus tunang la.. ok tak?

misz nana said...

ngeee~ nak kasi putus tunang??
nehiiii.. jangannn..
dah sweet dah dorang tu..
(walaupun soalan itu x ditujukan kepada diriku.. daku nak jawab gak.. hahaha..)

plz jangan kasi dorang putus tunang ek akak.. x mo, x mo..

cik_i said...

erkkk kenape laa tak kite jek yg jumpe ali tu dulu haha bole dapat kije senang2 haha by the way adibah??adib??haha menggamit memori betol lah haha

cik_i said...

haha baru bace comment zu yg lepas heee zu jgn letak name kite..nant wani jeles haha br kasik link kt wani heee jage2 zu takot satu SEL tau nant hahaha

zuezakry said...

eleh ija.. kita letak je nama ija jadi nama anak zaharah + kujik nanti buleh? actually myvi putih yg aliah pakai tu dpt idea dari keta ija laa.. ok x?

to adik nana.. akak nak buat jahat sikit. kalo tak, kisah dorg ni bahagia je memanjang.. idea sister in law tu. tapi pape pun baca je la buat hiburan ek..

cik_i said...

eh eh bukan nak letak name adib adibah ker?hehehe erkk myvi ku da jadik pelakon!!!haha kene mintak bayaran ni hehe