Sunday, May 26, 2013

My Suami, MINE -5-


Amar termenung lagi selepas memandang jam di tangan kirinya. Masih ada masa sebelum keluar dengan Ain. Dia sebenarnya gementar juga. Sebelum ini, dia tidak pernah keluar berdua dengan Ain kecuali semasa majlis reunion anjuran kawan-kawan seuniversiti.

Kalaulah Ain tahu tujuan dia datang sini, agak-agak apalah reaksi budak tu..

Budak? Amar mengeluh lagi. Lima tahun lamanya dia menggelarkan Ain dengan 'budak'. Dulu Ain tu naif sangat. Tak pernah melawan. Tapi sekarang ni nampak Ain macam berani aje menyebabkan Amar takut. Kalaulah tiba-tiba Ain berani tanya pasal apa yang dah jadi, bagaimanalah dia nak jawab. Nak mula dari mana pun dia tak tahu.

Yang dia tahu, semuanya bermula dengan Syamsul.
Ha'a, Syamsul itu abang sepupu Ain. Daripada cerita-cerita yang dia dengar, Syamsul ada dua orang adik perempuan. Sebagai tambahan, ada lagi seorang sepupu yang tinggal bersama.

Amar dan Syamsul dah lama kenal. Sejak dari sekolah menengah lagi. Mereka sama-sama sekolah asrama. Belajar sekelas dari tingkatan satu sampailah tingkatan 5. Syamsul tu baik aje sebenarnya. Masa di sekolah menengah dulu, mereka berkawan walaupun tidaklah rapat sangat. Entah macam mana, nak ditakdirkan mereka jadi seteru apabila gadis yang Amar suka, suka kepada Syamsul. Dengar cerita pulak, Syamsul pun suka pada gadis tu. Jadilah Amar bertepuk sebelah tangan. Sejak dari itu, Amar dah mula pasang angin pada Syamsul. Dia mula menjauhi Syamsul yang pada masa tu dah 'declare' dengan gadis dia suka tu.

Habis SPM dan matrik, Amar dan Syamsul masuk universiti yang sama. Ingatkan dah boleh lupakan sejarah lama. Rupa-rupanya tak. Syamsul clash dengan gadis di sekolah menengah, dan mula ngorat seorang mahasiswi di universiti. Nasib Amar memanglah sungguh tak bernasib baik sebab mahasiswi tersebut adalah pujaan hatinya juga. Nampaknya pisang dah berbuah dua kali nih.

Amar punya frust sampai dia bernekad untuh sakitkan hati Syamsul. Entah macam mana, idea jahat 'itu' datang. Tu pun setelah majlis konvokesyen mereka, Amar nampak keluarga Syamsul. Dari situ dia nampak adik-adik perempuan Syamsul. Secara natural, idea jahat tu datang.. dan jadi!

Jadilah Ain isterinya sekarang. Memang tak masuk akal, kan? Sebab tulah Amar takut kalau Ain asyik tanya, kenapa awak kahwin dengan saya sedangkan saya tak pernah kenal awak pun... Memang dari dulu pun dia selalu tanya. Cuma Amar buat tak tahu aje. Yang dia tahu.. kalau dia sakitkan hati Ain, mesti hati Syamsul pun akan sakit juga sebab Syamsul memang sayangkan Ain sebagai adik.

Sebenarnya, itulah harapan Amar. Dia nak balas dendam terhadap Syamsul dengan mengahwini Ain dan tidak membahagiakan dia.  
 
Lima tahun Ain bersabar dengan dia. Sekali pun dia tak pernah cuba untuk sayangkan Ain. Hanya sekarang Amar rasa 'kehilangan' selepas Ain 'tinggalkan' dia. Itu pun baru sekarang sedangkan Ain dah hilangkan diri selama tiga tahun. Itu pun selepas pertemuannya yang tidak sengaja dengan Syamsul.

~~++*****++~~


Masing-masing diam aje. Yang bising waktu tu pun hanyalah celoteh DJ radio. Camry gerak slow gila. Untuk kepastian, Ain menjenguk ke meter speed. Apa, 50 km/j pun tak sampai? Dah tu, sampai bila-bila pun tak sampai mall tu.

"Encik, kalau bawa slow macam, dua hari pun tak sampai mall tu.."

Amar menjeling. Uuu, dah berani dia sekarang ni.. Tiga tahun ni betul-betul mengubah dia. Dah takde Ain yang takut-takut dengan dia dulu. Amar angkat kening sebelah. Kemudian, senyum-senyum pula lepas tu.

Senyuman Amar buat Ain makin marah. Orang cakap betul-betul, dia ingat kita main-main ke? Ee, kalau la budak kecik, boleh jugak aku piat-piat telinga. Ni dah tua bangka.. tak lalu nak piat telinga la!

"Cik Ain, boleh cerita sikit macam mana kau boleh sampai ke sini?" tanya Amar senada.

Ain buat-buat tak dengar. Buat apa dia nak tahu. Dia yang cuba 'halau' Ain dulu kan. Walaupun dia tak cakap terang-terang nak halau, tapi Ain fahamla apa maksud dia.. Ain takkan sia-siakan masa lima tahun lagi dengan dia. Biarlah Ain cuba cari hidup sendiri walaupun dia telah 'derhaka' terhadap 'suami' sendiri. Suami ke? Masih lagi ke? Entah. Ain tak tahu. Sebab Ainkan tak berpelajaran. Jadi Ain tak tahu bagaimana caranya dia nak lepaskan diri dari Amar. Dan dia sendiri pun tak pasti tentang status diri. Jadi, Ain serahkan semuanya pada ketentuan Allah.

"Tak ada apa nak cerita," balas Ain.

"Kau pasti tak ada apa yang perlu kau cerita kat aku?" tanya Amar lagi.

"Tak pernah ada cerita best pun," jawab Ain pula.

"Kau betul-betul pasti ke?" Amar terus bertanya.

"Saya sangat pasti."

"Baiklah. Kita buat macam ni.. Kalau kau tak ada apa nak cerita. Aku ada benda nak tanya."

"Tanyalah. Kalau ada jawapan, saya jawab," pendek sahaja jawapan Ain.

Dalam hati Amar, dia tersenyum manis. Dia sebenarnya terperasan sesuatu. Padanya Ain makin matang. Pandai menjawab dah sekarang. Ke dulu dia yang tak perasan tentang kepandaian Ain? Yang dia tahu Ain cuma belajar setakat SPM sahaja. Dari dulu, dia memang macam ni ke? Erm... ruginya.

"Cik Ain, soalan pertama aku. Sejak bila kau jadi cantik macam ni?"

Burp. Tiba-tiba Ain sendawa.

Amar pandang Ain. Haih, baru tanya dah 'kenyang'. Biar betul budak cantik ni!

6 comments:

iwana aisar said...

nk lg..da lme tgu..sob3

yana said...

Syukur Alhamdulillah ada n3 bru..tq writer..rindu kt ain..huhuhu..

Unknown said...

sebulan saya tunggu n3 bru.huhu

Kak Sue said...

Kenapalah sakit hati dengan teman rapat tapi yang jadi mangsa Ain yang x berdosa tu.... kasihan Ain.... lama tunggu Kak Sue Follow...

Unknown said...

pendek aje.

Unknown said...

Macam bawak kereta, baru nak accelerate, dah kena tekan brake berhenti.... Nak lagi....