Tuesday, March 12, 2013

My Suami, MINE -1-

Minta nyawa! Minta nyawa! 

Hari ini dia lambat sekali lagi. Aduh, sekejap lagi memang bernanahlah telinga mendengar bebelan hikmat dari Puan Zainab. Dalam pada kakinya melangkah laju ke pejabat dua tingkat di Lagenda Heights, fikirannya melayang mengingatkan jam locengnya yang tidak berbunyi pagi tadi sekaligus menjadi penyebab kelewatannya hari ini. Ain membetulkan beg sandang di bahu yang hampir jatuh. 

Telefonnya berbunyi pada saat dia baru sahaja menolak pintu pejabat Zahir Teknologi. Panggilan tidak dihiraukan. Kakinya laju sahaja menuju ke mejanya di tingkat 1. Baru sahaja punggungnya mengacah mencecah kerusi...

"Hai, awalnya sampai.." satu suara menegur.

Ain mengangkat kepala. Lega. Bukan Puan Zainab.

"Kak. Maafla.. Lambat lagi hari ni." Ain sengih busuk menjawab sapaan dari Kak Laili, sales engineer di situ.

"Jam loceng rosak lagi?"

"Eh, mana tahu?"

"Alah, kau tu. Alasan tu laa yang akak duk dengar tiap kali kau lambat. Puan Zainab hari ni pun sebenarnya masuk lambat sikit. Tadi dia call dia terus ke Perlis. Jumpa lecturer kat sana." 

Ain urut dada tanda 'selamat'. Kak Laili pula menarik kerusi di hadapan Ain. Dia duduk selesa di situ sambil membelek beg sandang Ain. Lagaknya mencari sesuatu.

"Akak cari apa dalam beg saya ni?" tanya Ain.

"Kau bawak tak apa yang akak suruh semalam?" tanya Kak Laili pula.

"CD?" Ain ingat.

"Ha'a laa. Akak dah kemaruk nak tengok Rani Mukherjee yang kau suka sangat tu." Kak Laili angkat muka.

"Ada.. "

Ain mengeluarkan CD yang diminta. Bercahaya mata Kak Laili selepas itu. Ain kembali duduk seterusnya mengeluarkan sarapan yang sempat dibeli di kali lima selepas memarkir Kancil merahnya.  

"Kak, makan?" jemput Ain.

"Dah makan. Kau makanlah. Eh, petang nanti akak nak minta tolong sikit, boleh?"

"Tolong apa, kak?"

"Hari ni akak kena pergi Butterworth. Jemput sepupu. Memang hari ni akak drive kereta dia. Nak minta tolong kau ikut akak. Kemudian, kita hantar dia ke kampung akak dekat Merbok. Dari sana, kau temankan akak balik ofis balik ye."

"Jam berapa kak?"

"Dia dijangka sampai pukul 2 ni. Lepas Zuhur nanti kita geraklah."

"Ok, insyaAllah. Tapi, kalau Puan Zainab cari saya, akak tolong jawab."

"Small matterlah." Kak Laili ketawa. Dia kemudiannya beredar dari situ.

Ain menyuapkan makanan ke mulut. Sambil-sambil itu, dia membelek emel. Takut-takut ada emel berupa arahan dari Puan Zainab. Ha'a. Ada satu. Puan Zainab minta dia emelkan sebut harga kepada Universiti Sains Malaysia seperti dalam emel.

Selepas solat Zuhur, Ain menunggu Kak Laili di tingkat bawah. Beberapa minit kemudian, Kak Laili berlenggang turun dari tingkat 2 lalu menggamit Ain supaya mengikutnya ke kereta. Kak Laili menekan alarm kereta.

"Dia pakai Camry ke kak?" Ain teruja melihat kereta berwarna putih di hadapan mereka.

"Tu la pasal. Bergaya kononnya." 

"Waa, first time saya naik Camry. Dah lama saya duk ushar kereta ni. Hehe.." Ain gelak busuk. Yelah, cubalah bandingkan Kancil merahnya dengan Camry putih. Hai, tak ke nampak macam pipit dengan enggang?
 
"Apa lagi, melaramlah kita hari ni. Ke kau nak try bawak?" Kak Laili membuat tawaran.

"Hish kak. Biar betul?"

"Aku offer sekali aje. Nak try tak?"
 

"Boleh ke?"
 

"Nak ke tak?"

"Nak laa!"

Masing-masing menutup pintu kereta. Ain bergerak ke sebelah driver dan Kak Laili bergerak ke sebelah co-driver. Hati Ain berbunga-bunga berterima kasih kepada sepupu Kak Laili di atas peluang keemasan ini. Kak Laili yang perasan dengan bahasa tubuh Ain hanya menggelengkan kepala. 

Keluar sahaja dari tol Bagan Ajam, Kak Laili menerima panggilan telefon. Ain memandang sahaja Kak Laili mengeluarkan Galaxy Note II dari handbagnya.

"Yup... on the way dah ni. Ok, tempat biasa." Kak Laili memutuskan talian.

"Ain, tekan sikit. Dia dah sampai."

"Haih, akak ni. Tang tekan, jangan risau. Pevret saya tu. Dapat pulak kereta besar macam ni. Sorry Abang Camry.."

Ain menekan pedal minyak. Camry bergerak laju.

Ain membelokkan kereta seperti yang Kak Laili arahkan. Dari jauh, sudah ternampak kelibat seorang lelaki sedang memandang kereta yang dia pandu.

"Sepupu akak lelaki tu ke?" tanya Ain.

"Ha'a." jawab Kak Laili sepatah.

"La, saya ingatkan perempuan. Dia tak kisah ke saya bawak kereta dia ni?"

"Entah. Kalau dia marah, kau dengar aje lah."

"Hish, akak ni!"

"Ala.. dia ok. Kalau dia marah kau, akak marah dia balik. Jangan risau."

Habis sahaja Kak Laili cakap macam tu, Ain menekan brek perlahan-lahan. Camry berhenti betul-betul di hadapan lelaki tersebut. Ain dan Kak Laili keluar dari kereta.

"Assalamualaikum. Lama tunggu?" tegur Kak Laili.

"Lima minit aje. Adik aku ok tak dengan kau, kak?" Dia maksudkan adik Camrynya.

"Please. Bukak mata. Nampak berkilat ni?"

"Hmm.. kau bawak siapa tu?"

"Ni kawan akak. Kau hantar kami ke kampung. Aku kena ambik kereta aku kat sana. Tok pun dah tunggu kau balik."

"Yelah.."

Dari Butterworth ke Merbok, Ain diam sahaja di tempat duduk belakang. Lelaki tu.. bukankah..

"Amar Qayish! Aku tibai kang. Jangan duk buat lawak sangat haa." Tetiba sahaja suara Kak Laili meninggi. Ain tiba-tiba tersedar.

Air muka Ain tiba-tiba berubah. Persoalan tentang lelaki yang sedang memandu di sebelah Kak Laili tiba-tiba terjawab. Amar Qayish? Amar Qayish yang tu ke? Yang dia pernah kenal? Dulu?

No comments: