Wednesday, January 25, 2012

JH 6

Kenduri di rumah Tan Sri Mokhtar yang diadakan selepas Isyak tadi cukup meriah. Ramai giler orang yang datang ke rumah dia. Maklumlahkan, orang ternama. Banyak aje kawan-kawan, sanak saudara dan pekerja-pekerja yang datang. Termasuklah parents Tsu, kak Tiara dan suaminya, Sumayyah si kecik pun pergi, Tsu dan juga aku.

Aku tabik spring sungguhlah pada Tan Sri. Bukan apa.. Aku rasa, jarang dah dengar orang-orang di alaf baru ni buat kenduri kesyukuran sempena kepulangan anak mereka. Biasanya diorang buat ala-ala parti gitu. Nak tahu kenapa aku buat spekulasi macam tu? Ni semua novel Tsu punya pasal. Tapi aku sedar, dalam buku-buku cerita macam tu hanyalah rekaan semata-mata. Yang penting keluarga Tan Sri masih tahu asal-usul.

Apa lagi nak tulis ye? Aaaa, iye. Aku perlu tulis perkara ni. Penting. Supaya aku boleh gelak 'terbahak-bahak' di masa hadapan. First time aku jumpa Puan Sri dan bercakap...adalah dalam sepatah dua ayat...berkenalan dan bertanya khabar. Dah leraikan tangan selepas bersalam tu, Puan Sri pandang aku lama. Aku perasan juga kerutan dahinya. Dah sudah? Apa hal ni? Tsu di sebelah pun aku perasan lain macam. Ada yang tak kena ke? Tsu yang mula tanya, "Ada yang tak kena pada Amy ke auntie?" Tepat sungguh soalan Tsu yang mewakili aku pada masa tu. Macam boleh baca hati aku aje. Aku tertunggu-tunggu juga jawapan Puan Sri. Nak tahu dia cakap apa? Erm.. yang ni aku kena tulis besar-besar. Sampai bila-bila aku takkan lupa.

"Tak ada apa. Cantik kawan Tsu ni, macam pelakon Fazura tu.. Berkenaan auntie!"


Uuu... terima kasih banyaklah Puan Sri. Aimy akan ingat ayat Puan Sri ni. Gembira sungguh aku masa tu. Rasa macam tak perlu makan nasi dah, sebab dah kenyang dengan pujian. Dipuji cantik tu satu hal. Tang yang berkenan tu, lagi laaa... Masa aku dengar tu, tak adalah aku nak fikir apa-apa yang serius pun. Aku senyum sahaja sambil ucapkan terima kasih. Cuma, bila Tsu tarik aku untuk makan dan berbisik, "Auntie macam nak buat kau jadi menantu aje.." Dan dengan tak fikir apa-apa, aku boleh tercakap, "Aku OK aje..." tanpa sedar yang Tsu punya agenda jahat dalam otak dia.

Kemudian, kami makan. Tsu menggunakan kuasanya sebagai anak saudara Puan Sri untuk makan di dapur sebab katanya Tsu, kat luar tu ramai sangat orang. Masa tu ramai juga yang makan-makan kat situ. Aku agak semua saudara-saudara Puan Sri. Sambil makan, aku dengar Tsu bercerita sikit-sikit pasal keluarga Puan Sri. Masa duk melayan Tsu bercakap, entah macam mana aku rasa aku ni diperhatikan. Huh, bunyi macam perasan, is it? Hahhaha.. suka ati aku lah. Jurnal aku kan.. Tapi sungguh. Bila rasa ada orang tengok aku, suapan aku jadi perlahan. Dan tiba-tiba aja mata aku dah terpandang seseorang yang mungkin juga terpandang aku. Siapa yang aku pandang? Siapa lagi kalau bukan musuh nombor satu aku kat muka bumi ni. Ish, dia ni kacau ajelah.

Cepat-cepat mata aku kalih. Hish, bahaya, bahaya. Aku takut aku terperasan lebih. Untuk tidak buat aku perasan gila, aku pandang lagi ke situ dengan harapan orang tu dah pandang ke tempat lain. Kalau dia pandang tempat lain, barulah hilang keperasanan aku. Oo, tidak! Dia masih pandang aku. Dan, apa yang buat aku sakit jantung adalah dia kenyit mata! Kenyit mata tau tak?? Mujurlah masa tu Tsu duduk bertentangan dengan aku dan dia tak nampak apa yang
berlaku di belakangnya.


Tapikan.. aku nak mengaku kat sini. Lepas kejadian tadi tu, alamak.. kuch kuch hota hai la ~~

Malas nak ingat apa yang berlaku selepas tu. Cukuplah aku mengaku dalam Jurnal Hati aku ni aje. Yang penting, sesiapa pun tak boleh tahu pasal ni. Aku pun bukannya lama duk sini. Dalam sebulan lebih lagi semester baru akan start. Lama-lama, lupa la tu...

Yang penting Aimy, jangan mimpi di siang hari , OK. Kau dengan dia, jauh benar bezanya.

Iya, aku akan ingat itu.

Cumanya aku tak sedap hati sikit bila dengar Tsu cakap dengan mamanya tadi. Ada ke patut dia bagitau mamanya yang Puan Sri tu dah berkenan kat aku untuk buat menantu. Nak aje aku sekeh Tsu sebab Puan Sri memang cakap yang dia berkenan kat aku, tapi Puan Sri tak cakap yang dia berkenan untuk buat menantu. Itu fitnah, auntie Ema! Dan aku tak tahu nak respon bagaimana bila mama Tsu yang aku panggil auntie Ema tu pula kata, "Baguslah tu. Nanti Amy dapatlah jadi saudara kita.. Auntie tu serius nak cari menantu..."

Uh, pulak? Tapi aku sebenarnya nak juga tanya. Puan Sri ada berapa orang anak lelaki? Sorang? Dua? Kalau setakat Jiji Si Paprik, aku kena fikir 40 hari 40 malam kut. Tak pun aku buat aje keputusan yang aku reject dia walaupun dalam hati aku ni macam dah ada rama-rama berterbangan. Kalau anak lelaki lain, boleh juga aku pertimbangkan kalau sikap buli macam Jiji tu tak ada pada lelaki tersebut.

Sekali lagi aku perasan, is it????
Yang paling penting, cepatnya aku lupakan janji aku sendiri, kan?
Betullah kata Dr. M, aku mudah lupa!

Uh, dahlah. Baik aku lupakan perasaan yang entah hape-hape ni. Belajar lagi baguslah. End for tonite. Esok Tsu ajak aku pergi tengok wayang. Tak tahulah pulak cerita apa yang dia nak tengok. Orang nak belanja, ikut aje ;)

1 comment:

haslinj said...

hu hu hu bestnye.... nak lagi..lagi dan lagi....