Sunday, February 26, 2012

JH 14

Sungguh aku tak percaya Tsu tikam aku dari belakang. Sampai hati dia. Apa-apa pun mood aku pada malam ni bukannya sedih-sedih, tapi rasa nak cekik Tsu hidup-hidup.


Mood apalah tu.


Macam nilah kawan. Jaga kau Tsu. Sampai waktu dan ketikanya, aku kenakan kau pulak. Just wait and see, Tsu. Percayalah cakap aku. Oo, tidak. Sekarang tengah tulis, jadi kena cakap: Percayalah tulisan aku.


Heh. Mengong kau Aimy. Apahal la malam ni aku jadi macam ni?


Tak lain tak bukan. Semuanya sebab Tsu dan sepupu dia yang bermuka mat saleh habis-habisan tu. Mula-mula, mari aku ngumpat Tsu dulu.


Biol lah Tsu ni.. ha, kan dah dapat biol. Memang sepanjang hari ni aku duk sumpah seranah Tsu saja. Tapi ofkos la setakat dalam hati. Tak sanggup nak bagitau dia depan-depan. Sebab, biasanya kalau aku marah membebel dekat Tsu, kepala aku akan jadi mangsa sekehan dari buku lima dia. Nak? Ish, tak mahulah. Dah banyak kali kena. Jadi aku tahu macam mana rasanya. Bernilai ni kepala aku. Nak guna selagi aku hidup.


Kenapa aku cakap Tsu biol? Begini ceritanya. Rupa-rupanya, majlis pertunangan kat Seremban tu ada sangkut paut dengan mama datin. Kalau dah sangkut paut dengan mama datin, mestilah ada kaitan dengan Tan Sri juga. Kalau ada kaitan dengan Tan Sri, confirm ada kena-mengena dengan Jiji kan? Heh.


Tsu memang biol. Haa, kan dapat lagi. Kenapa tak terus terang yang kami berdua akan tumpang kereta Jiji? Haih. Aku dapat tahu yang diorang ni dah plan awal-awal supaya aku dan Tsu naik kereta mamat tu. Bukannya nak bagitau aku awal-awal. At least, inform la dulu. Bolehlah aku 'prepare' apa yang patut. Prepare tu, mestilah in term of err… tak apalah. Biarlah aku simpan untuk aku sorang sahaja. Hehe.


Hakim tak jadi join pula. Aku dapat tahu dari Tsu yang tunang tersayang dia di Kuching sekarang atas urusan kerja. Kalau dia ada, mesti lain cerita. Hakikatnya hari ni.. Tsu memang terlebih biol bila on the way balik ke KL, dia paksa aku duk depan. Siap pesan, "Kau kena borak-borak tau dengan sepupu aku ni. Kalau tak, dia ngantuk. Aku nak tidur kat belakang. Kira kita tukar syif, ok? Tadi aku dah teman dia, sekarang kau pula.." Heh. Gila. Tsu ingat hubungan aku dengan sepupu dia tu kamceng berkait jari ke? Apa aku nak cakap dengan dia? Takkan aku nak offer 'air' kut dalam kereta dia ni? Dah itu sajalah ayat aku dia masa kerja dengan dia.


Dan... agaknya dah memang takdir aku jadi macam ni hari ni.


Sebabnya, bila dah sampai rumah..... Alamak, macam manalah aku yang comel lote hari ni boleh terrrjatuh masa nak turun dari Kia Sportage dia yang tinggi tu? Tak pasal-pasal kaki aku terpeleot sampai tak boleh jalan. Yang si Jiji ni pun satulah. Tak ada ke kereta lain yang sedang-sedang untuk kami tumpang? MyVi ke. Kalau ada Kancil pun tak apa. Amboi, gaya cakap.. eh tak.. gaya tulis macam dia tu hak milik kau ye, Aimy? Bravo la adik kak Ain. Mesti kak Ain bangga gila sampai terasa-rasa jari dia mencubit lengan aku nih. Heh, ampun kak!


Dah dengan keadaan aku yang nazak tu, Tsu boleh pulak berlari masuk tanpa tolong aku yang separuh nyawa ni. Dia cuma laung kat sepupu dia, "Along, tolong tolong Amy. Tsu tak tahan nak ke toilet!" Laju gila dia lari lepas tu. Masa tu tak payah cakaplah. Aku rasa nak aja baling kasut dekat Tsu. Tak kiralah dia tu anak siapa. Tsu terlebih biol. Aku tak paham kenapa dia boleh jadi macam tu.


Nak tak nak.. Part nilah yang paling aku rasa berat aje nak tulis. Tapi nak buat macam mana, kan? Life must go on. Pasrah sahajalah.


Pastu. Aku didukung oleh dia masuk dalam rumah. Waktu dia dukung, sepatah haram dia tak cakap. Agaknya, ikhlas la tu kut. Dia turunkan aku baik punya dekat sofa mama datin. Baru je aku berniat untuk ucapkan terima kasih, terus tak jadi. Sebab apa? Sebab dia cakap, "Badan keding tapi berat gila. Kau makan batu ke?"


Masa dia cakap tu, aku rasa nak sekeh-sekeh aje kepala dia. Tapi sayang la pulak. Hehe. Ayat gatal gila. Aimy, dah.sat ye kau sekarang? Kalaulah Kak Ain tahu apa yang kau buat kat sini, mati kau. Mandatori.


Aku baru nak korek rahsia dari Tsu kenapa dia begitu tegar 'mendera' aku hari ni. Nak tanya masa makan, malulah pulak sebab mama datin dan papa datuk ada. Bila time lepak-lepak depan tv, Tsu bergayut dengan Hakim pula. Agaknyalah sebab tengok Tsu sengih-sengih senyum-senyum masa berborak dalam telefon. Sampai ke sudah aku tak tertanya. Tapi perangai biol Tsu hari ni memang memusykilkan aku. Jiji ada pakat apa-apa ke dengan Tsu ni? Aku rasa macam ye. Macam nak kenakan aku.


Sampai hati kau Tsu. Takpe.. takpe. Kau tunggu sahajalah bila kita sampai Skudai esok-esok. Heh, aku harap kau bersedia untuk dihumban ke dalam tasik UTM tu. Kalau ada Jiji sekali kat situ, dengan dia-dia aku tolak.


Cukup setakat sini. Aku pause sekejap sebab aku tengok Tsu lain macam.


Ceh, badan dia terketar-ketar di bawah selimut sebab sedang tahan ketawa. Pasal tadi la tu.


Tapi aku rasa, hipotesis aku yang dia tengah berkomplot dengan Jiji macam betul aje. Tak boleh jadi dan tak boleh dibiarkan. Esok-esok aku report kat jurnal aku.


Tsu, baik kau insaf sebelum.... alamak, blackout!

3 comments:

kak ida said...

comella..citer ni..akak suka sempoi..keep up d gd job..

kayniz said...

citer ni mmg best....
diary style yg lwk....

sweety said...

adoiii..gelak sampai badan pun gedik2..hahaha..good gurl..so funny