Thursday, June 24, 2010

STTS ~ 11

Sama-sama kita ikuti perbualan telefon antara Akmal dan Akmal.

Akmal: Buat apa?

Akmal: Tak ada apa-apa..

Akmal: Mira?

Akmal: Tengah mengaler.

Akmal: Erm.. Malam nanti aku tak balik. Kena stay..

Akmal: Pulak? Kan dah janji nak bawak Mira keluar.

Akmal: Yelah. Tapi kau kan ada. Boleh la dia bawak dia keluar. Kereta ada, kan? Takkan la tak boleh drive pulak?

Akmal: Memang lah. Tapi kan kita dah janji nak bawak dia keluar sama-sama.

Akmal: Sorry sangat! Malam ni aku memang kena stay.

Akmal: Uhh, Ok la macam tu. Aku bagitau Mira yang kita tak jadi keluar.

Akmal: Alah, bawak aje la diakeluar. Tak susah pun, kan?

Akmal: Memang tak susah. Tapi suka hati aku la kan nak bawak dia keluar ke tak. Dah la. Mira dah panggil tu..

Akmal: Hermm.. yelah.

Masing-masing memutuskan talian telefon. Akmal membuka fail. Satu persatu muka surat diselak. Masa nak happy-happy macam ni lah kerja banyak! Huh, tak menyempat-nyempat. Dia meneliti dengan tekun setiap perkataan yang tertera di dalam laporan yang dihadapnya. Batang pen di tangan dipusing-pusing perlahan.

Ketukan di muka pintu mengalihkan pandangannya dari dada kertas ke satu wajah yang terpacul di situ.

“Hey, Mira buat apa kat sini? Bukan tadi dekat rumah?” Akmal mendapatkan anak saudaranya. Pelik dengan kehadiran Mira tanpa ‘penjaganya’ saat itu.

“Datang dengan siapa ni?” Pertanyaan sebegitu disertakan ciuman ke pipi.

“Sorang.” Sorang?

“Iye..”

“Mana...” Nadanya turun sedikit. Tangan dah menggagau handphone untuk menghubungi pihak yang bertanggungjawab.

“Aku kat sini laa..”

Mata Akmal kini bertembung dengan Akmal di muka pintu. Akmal mengukir sengih. Dan Akmal yang sedang meriba Mira menghembus nafas kelegaan.

Rindu beb...

“Mira asyik tanya pasal kau. Aku bawakla ke sini..”

“Kata tak nak keluar!”

“5 minit yang lalu, yes. Tapi 5 minit lepas tu, rasa nak keluar pulak...”

Rindu jugak!

Siapa babysitter Mira sebenarnya?

6 comments:

fzm2 said...

pendek nya..
nak lg..
heheheh

iErA SyAmIeRa said...

salam k.zu,..
aduhh lame jugak ler dok tgu xpi xper puas sikit walau pendek..
dpt taw yang sebenarnya dua2 akmal nie ada hati...
yes!! hehe

Nur Ainaa Zulkifli said...

pendek nya.......bila nk habis??x sabar nih!

Miss Kira said...

ala.. pendeknya... :(

Lotus said...

huhu... mcm x cukup jee...

Sue said...

yes! akmal dan akmal dua2 pun dah suka dah... tp tak luahkan jer lg...
x baper puas bcer tp blh la tuk jd pengubat rindu kt STTS nih! :)