Wednesday, March 4, 2009

Kisah Di Hati 18

26 tahun.. Ada apa sebenarnya dengan umur tu? Teringat pertanyaan Kamil sewaktu mereka meronda-ronda di Angsana tadi. Azman mengajak mereka ke sana untuk membeli perfume sebelum balik KL. Untuk Kak Mawar la tu…

Aliah sendiri tidak pasti sejak bila ‘prinsip’ itu mula dipegang. Yang dia tahu, angka itu menjadi isu sejak dia ‘mengenali’ seorang pemuda yang dipanggil ‘Ali’. Sedang kawan-kawan sebaya sibuk ber-abang angkat dan ber-secret admirer segala bagai, dia hanya mampu menggeleng. Tidak berminat. Hanya satu jawapannya, “Aku tunggu lagi dua belas tahun.” Yang membawa maksud pada umurnya 26 tahun..

Yang dia ingat, pada hari itu..


“Dik, bagi pisang goreng dua ringgit.” Seorang pemuda datang ke gerai pisang goreng sambil mendukung seorang bayi. Anak dia la kot. Comel. Memakai topi di kepala bertampal rama-rama. Sweetnya. Opss over pulak..biarla, anak dia!

“Ni bang.” Ali menghulur pisang goreng yang diminta tadi. Pisang goreng dan dua keping duit kertas biru saling bertukar tangan. Sebelum pemuda itu berlalu, Ali sempat menyapa, “Comelnya anak abang ni. Berapa umur dia?”

Pemuda tadi tersenyum sambil menjawab,”Tujuh bulan. Bukan anak saya sebenarnya. Anak saudara. Saja pinjam dari mamanya bawak jalan-jalan. Saya dah kahwin tapi belum ada anak lagi. Belum ada rezeki. Ok la. Saya beli ye.”

“Yelah bang. Saya jual. Singgah la lagi..” Anak mata Ali masih mengekori langkah pembeli tadi. Si gempal di sebelah menepuk-nepuk bahu kawannya.

“Kenapa Li? Dah tak sabar-sabar nak dapat anak?”

“Hish kau ni. Ke situ pulak. Bukan kau tak tau aku ni kepingin sangat nak adik. Mama aku tak nak bagi laa.” Kamil menjawab sambil tersengih. Kembali menyambung kerjanya menggoreng pisang.

“Ohh, aku ingat kau nak anak dah.” Si gempal ketawa.

“Hm..tunggu lagi dua belas tahun laa gamaknya baru aku ada anak.” Kamil terus ketawa dengan respons spontan yang keluar dari mulutnya.

Tanpa disedari, Aliah sedang berdiri tidah jauh dari gerai mereka dan sedang memasang telinga. Hajatnya tadi nak merasa pisang goreng yang digoreng oleh ‘pemuda pujaan’ (kononnya), tapi tergendala. Dia memberi laluan kepada pemuda tadi.

‘Dua belas tahun lagi………’


Aliah tersenyum lagi. Menarik rapat bantal peluk ke dada. Kat mana la agaknya dia sekarang? Seronoknya bila ingat zaman dulu-dulu.

Pada zaman sekolah menengah, dia berkawan baik dengan Suriana dan Nurul. Mereka bertiga sekelas dan selalu menghabiskan masa bersama. Sekolah asrama. Tentula banyak masa dihabiskan bersama kawan-kawan. Setiap petang Sabtu waktu riadah, biasanya pihak asrama ‘melepaskan’ semua pelajar ke tasik yang terletak tidak jauh dari kawasan sekolah. Tasik tu merupakan kawasan rekreasi. Selalunya ramai orang datang berjoging, berbasikal dan bermain di situ.

Di kawasan tasik tersebut, ada satu port yang paling disukai Aliah dan kawan-kawannya. Bangku di hadapan tasik dan dekat dengan pakcik aiskrim. Senang. Lepas beli aiskrim, duduk di bangku kemudian bergosip. Gosip pasal homework aje! Sampai la satu ketika, pada hari dan waktu yang sama, mereka melepak di tempat yang sama…

“Macam lain la tempat kita lepak ni. Betul ke kat sini kita selalu lepak?” Suriana bersuara. Nurul mengangguk. Begitu juga Aliah. Mukanya menunjukkan persetujuan dengan kata-kata Suriana tadi.

“Hmm..selalunya tak adalah orang ramai sangat kat sana..” Aliah menjuihkan bibirnya ke satu tempat.

“Ha’a. Macam ada gerai je.Pisang goreng..” Nurul menambah.

“Hmm, ok la tu. Nanti kita boleh cuba pisang goreng diorang.” Suriana duduk di bangku seperti biasa. Yang lain turut mengikut. Waktu riadah kali ini digunakan untuk mengulang kaji pelajaran. Isnin ni ada ujian Geografi. Nak kena menghafal la ni apa yang patut.

Antara mereka bertiga, Aliah duduk paling kiri. Nurul di tengah dan Suriana di sebelah kanan Nurul. Setiap kali mereka berbincang, secara tak langsung Aliah akan memusingkan badan ke arah kawan-kawannya. Dan..secara tak langsung jugak, Aliah la yang akan menghadapkan mukanya ke arah gerai yang baru buka tu. Nak dijadikan cerita, sudah ditakdirkan…

“Dik, nah. Ambik la. Abang hadiahkan.” Belon di tangan segera bertukar tangan. Tangan comel itu menggenggam erat. Segera terhenti tangisannya. Bibirnya mengukir senyuman. Mungkin sebagai tanda untuk mengucapkan terima kasih.

Wanita yang bersama dengan kanak-kanak tadi hanya menggeleng.

“Susah-susah aja. Akak bukan tak nak belikan tadi, tapi tak nak manjakan dia sangat. Alih-alih awak pulak yang bagi dia.”

“Alah kak. Perkara kecik je. Lagi pun saya memang suka budak-budak.”

“Terima kasih ye. Iqbal, cakap terima kasih kat abang ni..”

“Maceh…” Tergelak dia mendengar suara pelat itu.

“Sama-sama. Iqbal jangan nangis lagi tau..”

….dia menyaksikan semua dengan matanya..


Entah mengapa, di dalam hati, ada satu perasaan ganjil yang menyelinap masuk. Dalam diam, dia begitu mengagumi lelaki itu. Kagum ke? Kenapa ya? Dia sudi bagi belon tu.. Baiknya dia..

“Nak kenal dia laa..” Tanpa sedar Aliah bersuara.

“Erkk.. Kau cakap nak kenal apa? Silibus page berapa tu?” Pelik. Bukan tengah hafal pasal keadaan muka bumi Malaysia ke? Mana ada bab kenal-mengenal kat sini? Suriana dan Nurul mengalihkan pandangan dari dada buku ke muka Aliah. Kemudian, pandangan mereka beralih lagi. Mengikut pandangan mata Aliah. Orang duk sebok mengosongkan otak untuk masukkan input baru ni, dia boleh…

“Abang tu ke kau nak kenal?” Suriana bertanya lagi. Demam ke Si Lia ni.. Entah-entah laki orang ke hape ke, mana la tahu. Nak berkenalan apanya?

“Erk ehem.. Hehe, sorry-sorry. Anggap aja aku mengigau. Jom, sambung.” Kalau la abang tahu aku dah pandai tut tut..ee, tak dapat bayangkan!!

“Kitorang dah page dua puluh tiga dah. Tengok kau punya page?” Nurul merampas buku rujukan dari tangan Aliah. Terhambur tawa. Lapan belas.. dah berapa lama dia mengusha abang kurus tu pun, tak tau la..

Aliah meraup muka… Menahan malu.


Aliah masih tersenyum. Peristiwa sepuluh tahun yang lepas itu takkan dilupakannya. Pertama kali Aliah ‘memandang’ seorang lelaki pada usianya empat belas tahun!! Nasib baik sampai sekarang, rahsia hatinya itu masih belum terbongkar. Suriana dan Nurul pun tidak bertanya dengan lebih lanjut. Kepala dah tepu dengan iklim Malaysia la tu. Terus lupa..


Namun ada sesuatu yang Aliah tidak tahu.. Sepuluh tahun dulu jugak,

Aliah meraup muka… Menahan malu.

Dari kejauhan, perlakuannya itu sedang diperhatikan..
‘Uuuu..comelnya..’

1 comment:

Unknown said...

sweetnyer...
besh ar cter nih..
xsaba nk bc smp abes..;)