Wednesday, June 1, 2011

JTO ~ 5

Habis sahaja perbincangan mereka pada malam tu, Widyan dah mula senyum sendiri. Daim..Daim.. Tak kusangka cempedak dah jadi nangka. Macam tu punya orang pun ada ke..

Widyan dah pun berterus terang tentang perasaannya. Perasaannya terhadap Daim, kalau kira memang tulus ikhlas walaupun ditinggalkan Daim macam tu aje. Mana taknya, dalam pada dia tak ada apa-apa, Daim sanggup lari padanya. Tak kisahlah walau apa pun alasannya. Neneknya ke, Jasmin ke.. I don’t care. Daim sanggup ‘sarungkan’ cincin padanya. Biarpun Daim tahu yang dia garang. Biarpun mukanya masam. Biarpun dia tak pernah mesra dengan sesiapa!

Bila difikirkan balik, Daim tu OK aje sebenarnya. Cita-citanya tinggi melangit. Dan disebabkan cita-citanya lah mereka terpisah antara benua.

Huh! Lega. Selepas sesi luahan perasaan semalam, tidurnya kembali nyenyak. Dah tak perlu risau pasal status.

Surya tersandar selepas meneguk jus tembikai. Widyan pula hanya santai menikmati angin malam selepas menyudahkan fresh orangenya tadi. Makan malam terakhir mereka di Kuching. Esok kena balik Semenanjung dah. Sambung kerja macam biasa. Kena mulakan rutin macam biasa.

“Kau kenapa Nab?” Surya menyoal apabila melihatkan keadaan si teman yang ‘happy’ semacam.

Bibir Widyan masih menguntum senyum sebelum menyoal. “Kenapa apa?”

“Yelah. Sewel semacam! Kau ni.. Pasal hari tu pun kau tak jelaskan lagi kat aku. Sekarang, kau kena jelaskan dua perkara kat aku.” Seketika dia berhenti bersuara. Menarik straw ke dalam mulut lalu meneguk lagi jus tembikainya. “Pertama, macam mana lelaki handsome tu ada dalam bilik, dan kedua, kenapa kau semacam aje sekarang ni? Meremang bulu roma aku tau. Cepat! Sebelum terbang balik Seremban esok..”

Widyan membulatkan mata sambil tergelak kecil. Postur badan dirapatkan ke meja. “Amboi.. garangnya. Yelah, yelah. Kau nak tau yang mana dulu?”

“Yang mana-mana pun takpe. Asalkan kau cerita.”

Widyan menarik nafas. “Oklah.” Dah tiba masanya kut. Lagi pun, perkara ni pun dah dibawa berbincang. “Aku pun rasa aku kena berterus terang kat kau sebelum lagi banyak masalah timbul.”

“Tau pun, cerita sekarang!” Surya memasang telinga.

“Dengan syarat. Jangan menyampuk sebelum aku habis cerita!”

“As per request!” Surya mengangkat dua jari membentuk peace. Heh.

Widyan menarik nafas. Malam ni segala yang terbuku di hati akan dihambur keluar. Dah tiba masa untuk aku bahagia!

“Lima tahun lepas…”

***

Lima tahun lepas, dia dan Daim bertunang tanpa tahu hujung pangkal cerita. Sadis majlis pertunangannya. Dengan t-shirt kaler merah, seluar track kaler hitam dengan selendang merah jalur hijau menutupi kepalanya. Panggilan dari Mama Daim memintanya segera ke rumah untuk menghantar sedikit kuih muih. Dan tanpa dia sedar, hari tu sejarah yang tercipta mengubah dunianya.

Dia tak tahu apa yang jadi. Sekelip mata, Mama Daim menuju ke arahnya sambil memegang sebentuk cincin. Suasana petang yang sepatutnya nyaman dirasakan panas berbahang dan agak tegang.

“Widyan.. auntie minta maaf..” Desakan Daim memaksa dia berbuat demikian.

“Auntie.. apa sebenarnya yang dah jadi ni? Kenapa En. Daim?”

Setelah cincin disarung ke jari, Daim segera menarik dia keluar. Merah tangannya diseret begitu. Masuk ke dalam kereta Daim, dia terus dibawa pergi.

Di saat keluarga Daim datang bertandang ke rumah ibu dan bapa saudara Widyan, merangkap penjaga Widyan selama ni, Daim diterima dengan hati yang terbuka. Entah apa yang jadi.
Penjaganya setuju dan meminta supaya disegerakan tarikhnya.

Maka, terjadilah majlis serba ringkas yang menyaksikan Widyan Zainab kini sah menjadi isteri Daim Rayhan.

Pada malamnya, Daim terus meninggalkan dia.


***

“Kau biar betul Nab? Kenapa tak pernah cerita pun!”

“Dah kau tak pernah tanya. Macam mana laa aku nak cerita.”

“Hish, selama ni…” Aduh pening Surya dibuatnya! Lelaki tu suami Widyan??

Suami?

Su.A.Mi?

Ishhh… gagap jadinya aku.

Surya memegang kepala. Cuba menambah tolak tarikh kejadian. Lima tahun lepas maknanya… “Jadi, kau jadi bini orang masa kau masih belajar lagi?” Surya bertanya.

“Tahun 3.” Jawab Widyan beserta anggukan.

“So, selama ni, dia kat mana?”

“Somewhere. Yang aku pun tak tau.”

“Ish, Nab..”

“Kenapa? Tak percaya ke?” Widyan mengangkat kening.

“Bukanlah. Selama ni kau tak nampak macam bini orang pun. Rilex aje dengan perangai budak-budak kau tu.” Surya memandang sinis. Betul ke ni? Macam cerita dongeng pulak aku rasa.

Widyan menarik senyum. “Tu masa dengan kau. Memangla aku macam budak-budak. Tapi, Alhamdulillah laa, lega aku rasa lepas cerita kat kau. Jadi, kau jangan salah sangka dengan aku pulak bawak masuk lelaki dalam bilik kita tu. Aku tak ajak dia pun. Baju aku pagi tu tertumpah minuman. Dia pulak entah datang dari mana. Tengok-tengok dah terpacak denpan aku. Siap seret aku naik suruh tukar baju. Tu pasallah macam mana kau boleh jumpa dia tolong bukakkan pintu untuk kau hari tu.” Rumus Widyan.

“Nasib baik aku tak pengsan kat situ..”

“Yang kau tu, punya baik tanya dia buat apa kat situ, kenapa pulak? Bukan selalu kau main hempuk aje ke?” Kelakar dia mengingatkan Surya setelah pintu bilik dibuka. Lepas jerit pun boleh tanya lembut semacam.

“Hempuk tak hempuk pun, aku tengok orang jugak la. Nampak baik aje, muka lawa. Tak sampai hati pulak. Nasib baiklah. Rupanya suami member.”

“Ada ke situ pulak kata kau. Memang tak boleh pakailah kau ni.” Ada ke patut judge orang dengan tengok muka baik dan lawa aje?

“Tapi kan, yang kau senyum bahagia terlebih ni kenapa pulak?” Tambah Surya lagi.

Sekali lagi Widyan senyum. “Pasal dia jugaklah. Kami dah ambik keputusan…”

5 comments:

zuezakry said...

kepada pembaca jto (sekiranya ada), maaf sesangatla dek ketiadamasaan saya untuk susun atur cerita ni.
kesian zainab ni.. entah macam mana la dia.

kak ida said...

awat cerita ni tergantung mcm ni..akak tak brp fahamla adik..
mrk bersama ke selepas ni..sbb byk penceritaan dalam bab bab yg terdahulu ..cerita nya agak tergantung..mcm mana mamat tu tau bini dia kat cafe..mcm mana dia tahu bilik tu dikongsi oleh suraya..5 tahun adalah jangkamasa yg lama..adakah mrk berutusan selama ni ataupun dia mmg digantung tanpa tali dlm perkahwinan ini..cuba citer sikit..kasi akak pham..

Miss Kira said...

nak tahu apa keputusan yg mereka ambil..smbg2..

IVORYGINGER said...

hopefully Daim n Nab teruskan hubungan mereka. Bt apa nk runtuhkan masjid yg tbina. Semoga Daim btanggungjawab dgn pilihan yg dia ambil sebelum ni. Jgn biar Wildan sendirian lg. plz ya cik writer. xnak mereka bcerai. Biarkan mereka belajar mengenali diri masing2x. Masa yg tbuang harus diisi sebaiknya skrg. Harap cik writer segera sambung ceta ni. Panjangkan episode ni boleh cam ada yg xcomplete bnyk yg kena ulas spt why Daim xnk terima Jasmin n kenapa Daim bt keputusan tunang ngan Zainab n terima bila org tua Zainab suruh menikah??? Ke mmg Daim selama ni bkenan ngan Zainab senyap2x n kesempatan yg ada bt dia pilih Wildan terus. N lg 1 apa kena mengena ceta ni ngan tajuk jam tangan oren. Ke kisah lalu mereka ada kiatan ngan jam tangan oren. Sbb Wildan tunggu seseorg yg special hadiahkan jam tu. Of course la Daim ya dak??? ;D

~daLucky0ne~ said...

next plezz....huuuu