Tuesday, July 21, 2009

Ini Hati, Aku Yang Punya 5

Syukur Alhamdulillah. Majlis berjalan lancar. Dari pagi ke petang tak putus-putus tetamu datang. Dari kawan sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, u, tempat kerja.. Ramainya.. Disebabkan rumah pengantin lelaki dan pengantin perempuan bersebelahan, lima buah khemah didirikan di halaman kedua-dua rumah tersebut tanpa sempadan. Sangat menyenangkan.

Nisa termenung di jendela dengan beberapa sebab.
Termenung sebab gembira ~ kenduri dah habis.
Termenung sebab penat ~ melayan kawan-kawan: kawan dia, kawan Hafiz, kawan mak ayah dia dan kawan mak ayah Hafiz.
Dan termenung sebab.. entah ~ macam tak percaya. Dia sungguh tak menyangka sahabatnya sendiri yang menjadi suaminya kini. Sungguh tak percaya Yusuf Alhafiz yang dipanggil anak gajah tu yang menjadi suaminya! Hiiii, ngeri...

“Kau ni gemuk sangat la. Entah siapa la yang nak dekat kau!”
“Eleh..kau jeles la tu kalau aku ada awek ek?”
“Huh, please. Tak kuasa!”
“Kau jeles..kau jeles. Nisa jeles kalau aku ada awek..”
“Dah ahhh.. Cepat ajar aku. Sudut tirus, sudut cakah…aku tak reti.” I hate maths.

Hate la sangat, sekarang mengajar engineering, yang berpakej dengan Matematik. Betul kan? Yang tak suka la tu la, jadi suka..

“Cakap dulu. Kau jeles ke tak?”
“Tak kuasa. Bakal suami aku nanti hensem tau. Bukannya bulat macam kau. Uwekk..”
‘Anak gajah’ terus ketawa.


Gila betul. Nisa tersenyum. ‘Ex-bakal suami’nya dulu tak de la hensem mana pun kalau nak dibandingkan suaminya kini.. Hihihihi, Nisa menekup mulut kelucuan. Sebab dia baru perasan yang memang dia dapat ‘suami’ yang handsome pun. Admit! Adoi.. boleh jadi gila aku macam ni..


“Amboiii..gelak sorang-sorang nampak?” Suara kat belakang ramah menyapa.

“Suka hati aku la.. Gelak pun salah ke?” Tanpa memandang dia menjawab. Macam mana la agaknya nak berhadapan dengan dia. Selepas peristiwa kat Sri Arfa dua minggu sebelum mereka nikah dulu, Nisa sedikit berubah. Dia dah jadi malu dengan Hafiz. Jadi segan. Mereka bukan budak-budak lagi. Sekarang mereka dah dewasa. Dah nikah. Akan hidup bersama.

Teringat dia tiga sebab yang diperkatakan oleh Hafiz dulu. Yang pertama dan ketiga dia dapat terima. Yang dia masih tak paham adalah yang kedua tu... Nak tanya ke tak ekk?

Hafiz menjungkit bahu. Dia duduk di birai katil sambil matanya memandang Nisa. Nisa terus-menerus mengadap ke luar jendela. Ada sesuatu yang perlu diperjelaskan. Hafiz tahu Nisa tentu bingung dengan perkahwinan mereka ni. Mereka berkawan sejak kecik. Habis aja sekolah rendah, Nisa pindah ke Segamat tinggal bersama makciknya sedangkan Hafiz masuk MRSM dekat Kelantan. Tiga belas tahun mereka terputus hubungan. Kemudian jumpa balik di USM semasa mengikuti satu bengkel anjuran syarikat tempatnya bekerja iaitu sebulan sebelum dia mintak mak ayahnya meminang Nisa. Yang pada masa tu dia tengah dalam misi melarikan diri dari Ema.

Ema... Laila Imanina Salih.. Nama dah cun, secun orangnya. Sejak dari darjah 1, Hafiz dan Ema sekelas. Tapi ‘kehadiran’ Ema hanya disedarinya masa darjah 6. Konon-konon tersuka dan nak mengayat la tu. Tapi Ema ni, macam tau-tau aje yang dia tu lawa, pandai, jual mahalnya... masyaAllah..tak termampu!

Masa sekolah menengah, mereka satu MRSM. Lagi la bertambah mekar perasaannya terhadap Ema. Akhirnya, berkat kesabaran Hafiz, dia dan Ema berpacaran semasa di Tingkatan 4. Sehingga ke matriks, ke U.. Sampai la masuk kerja. Malangnya, Ema yang lawa, cun melecun serta pandai bergaya itu telah berpaling tadah. Curang. Main kayu tiga. Hish..semua la.. Tambah-tambah lagi dengan kawan Hafiz sendiri, Johari, anak orang ternama. Hai.. memang tak dapat terima. Hafiz bersemuka dengan Johari. Bermacam-macam soalan ditanya dan dia mahukan penjelasan. Malangnya, jawapan yang dia dapat menambahkan lagi kekecewaan di hati. Sejak hari itu, dia putus dengan Ema. Tanpa perasaan dan rasa bersalah, Ema hanya mengangguk menerima perpisahan mereka.

"Nisa ya Nisa" hati Hafiz menyanyi - [ikut Hafiz menyanyi lagu Aisyah dari Yassin ya kawan-kawan…]

Tapi kemudiannya Hafiz menekur ke lantai. Dia sayangkan Nisa.. Ya, sangat pasti. Tapi tujuan dia kahwin dengan Nisa tu.. kalau la Nisa tau.. Arghh, tak dapat nak bayangkan.

“Hai termenung jauh nampak. Ingat orang tu lagi ke??” soalan tu tiba-tiba keluar. Tanpa niat pun. Ada yang tak kena pada hati Nisa. Dia risau kalau-kalau Hafiz masih cintakan 'orang tu'. Dia jadi teringat sebab masa majlis tadi ‘orang tu’ ada. Ish...tak boleh jadi ni.

“Haaaa…ada pape la tu? Cemburu ehhh?” tembak aje dulu...

Nisa mencebik. Mengingatkan masa majlis tadi ex-girlfriend Hafiz datang, hati dia dah berdegup kencang. Tak putus-putus hatinya berdoa semoga perkahwinan mereka kekal ke akhir hayat. Jangan la terganggu sebab Ema tu.. plus sape-sape la. Tapi Nisa langsung takdek idea kenapa Hafiz memilihnya kalau hati Hafiz masih pada dia.. Nak kena tanya ni..

“Aku dengan dia dah takdek pape la. Yang kau risau sangat ni kenapa?” Hafiz menghampiri Nisa di jendela. Berdiri di sebelahnya.

“Risau? Takdek masa. Tak kesahh..”

“Ye ke?”

“Yelah...”

Hafiz senyum. Tak kesah konon. Suara dah mengendur pun nak sorok-sorok lagi.

“Ok. Kau jangan marah tau. Aku nak call dia jap.. Tetiba teringat pulak.” pantas dia mencapai handsetnya. Mendail nombor seseorang.

Serentak itu, Nisa laju melangkah keluar dari bilik. Niatnya tak nak mengganggu. Selebihnya tak nak mendengar perbualan mereka. Tak kuasa. Tapi yang sebenar-benarnya, dia nak hatinya bersedia. Bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku. Nak fight demi rumah tangga yang baru dibina. Sebab yang dia tahu, Hafiz suaminya akan kekal di situ. Di ruang hatinya. Tapi...

Pintu bilik yang ditutup Nisa dipandang dengan sengih yang melebar. “Eleh… tak kesah la sangat. Main-main sikit dah merajuk. Memang Nisa yang dulu...” tapi tangannya tetap mendail. Niat tetap diteruskan. Takpe la.. sekali-sekala.

Nisa menghilangkan diri ke dapur. Sanak saudara yang membantu tadi dah ramai yang balik. Memang patut pun. Dah tengah malam. Dia membancuh air. Semasa dia menyuakan bibirnya ke mulut gelas, Asiah memanggil.

“Nisa, ada kawan call ni...” Maknya memanggil dari ruang tamu.

“Sape mak?” Tak reti-reti tengah malam ke hape kawan yang tak tahu gerangannya siapa ni..

“Hafizah katanya...”

Hafizah mana pulak? Sambil otaknya mencari jawapan bagi soalannya sendiri, kakinya tetap melangkah menuju ke telefon rumah.

“Hello...”

11 comments:

airina said...

tau2
hafizah tu alhafiz la hihihi

bidadari cinta said...

betul tu, mst si hafiz tu myamar jd hafizah..
haha..mst hafiz buat suara perempuan, kan?????

aku bukan sape2 said...

haha...kalu betul la hafizah tu al hafiz... haha...lawak giler....sempoi la akak..

keSENGALan teserlah.. said...

haha..
hafizah tuh mesty hafiz..
ekeke..
noty2..smbung2..

L said...

hafiz eh? HAHA
adoyai hafiz kalau suka pun, x payah ah buat prank call
harhar :P

bulanhijau said...

hafizah = HAFIZah
hahahaha
lawakla dorang ni

.:farah:. said...

haha..
hafizah tu msti hafiz kan??!!
hak3..

yunix77 said...

so sweet. writer ni bagus la. lain dari yang lain cara penulisannya

in_wired88 said...

hafiz kol bini yer??

Sue said...

hehehe..konon nak menyamar jd hafizah...
ngaku jer la hafiz..

sajer nak ngusik nisa jer dia tu kan...!

aqilah said...

kelakar tul lah.