Sunday, March 29, 2009

Kisah Di Hati 32

Tengku Mohd Fauzi? Cis.. Memang aku tak pernah tahu. Dia tak pernah bagitau punnn..

“Lia tak tahu ke nama dia? Takkan laa…”

Aliah tunjuk muka serius. Sungguh-sungguh dia tak tahu.. Dia tanya tu pun sebab teringat Kamil ada bagitau pasal Fauzi yang dia berketurunan. Tu yang peliknya. Keturunan apa? Duk ingatkan keturunan Jawa ke, Jawi ke.. Alih-alih..

“Nama dia Tengku Mohd Fauzi. Bapak dia Tengku Harun. I panggil dia Kujik.. Lia panggil dia apa?” Menyibuk jugak la nak tau..

“Panggil nama la. Takkan nak berkanda-dinda pulak..”

Dan dia cuma dengar tawa Kamil sahaja selepas tu.
.

Tengku Mohd Fauzi + Syarifah Zaharah.. Berbahagia la korang hendaknya..

***

Dia melihat calendar di hadapan. Cepat sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar, Aliah sudah setahun bekerja sebagai research officer di UTM. Ini bermakna, hampir lima tahun lebih jugak la dia berpijak di bumi universiti zaman degree mentahnya. Projek dah nak habis dah pun.. Kini di stage terakhir untuk menyiapkan segala bagai laporan untuk dihantar dan presentation untuk dipersembahkan di hadapan pegawai-pegawai MOSTI nanti.

Aliah mengemas mejanya. Memasukkan buku-buku dan fail-fail ke dalam kotak. Bising suasana lab tidak diendahkan. Lagi cepat siap, lagi bagus. Lepas ni nak balik rumah sewa. Dah janji dengan pakcik lori nak mengangkat barang-barang pulak. Peti, TV, tilam.. macam-macam la. Yang pasti, myVi yang cumel tu takkan muat punya...

***

“Dr., tahniah ek.. Dah siap pun projek Dr..” Aliah dan Dr. Faridah beriringan keluar menuju ke parking lot setelah selesai sesi pembentangan laporan kepada pihak MOSTI.

“Credit to you jugak. Kalau you tak ada, takkan success macam ni.. So, apa plan you lepas ni?” Dr.Faridah menggagau alarm keretanya dari handbag dan menekan punatnya.

“Ermm, tak pasti lagi la Dr.. Saya ingat nak berehat-rehat kejap. Dalam sebulan dua baru serius nak cari kerja. Lagipun, barang-barang banyak lagi tak kemas. Saya pun nak kena tolong tunang abang saya buat persiapan.”
Memang. Kalau dilihat rumah Azman sekarang, dah macam tongkang pecah. Bersusun kotak-kotak yang belum di’unpack’. Aliah baru habis mengangkut barang-barangnya dari Skudai ke Sentul, apartmen Azman.

“Ohh, abang you dah nak balik ke?” Dr.Faridah yang sememangnya tahu serba sedikit pasal abang Aliah bertanya. Mana taknya, stafnya itu memang ramah kalau bercakap pasal abang dia yang sorang tu. Tapi kalau nak minta dia cerita pasal programming, huh..tergaru-garu kepala dulu la baru nak keluar sepatah kata.

“Lama tak lama jugak la. Tapi saya nak kena siapkan hantaran untuk ke pihak perempuan.” Aliah mengambil tempat di sebelah Dr. Faridah yang dah start enjin keretanya.

“Ohh Ok. So, lepas ni you terus balik rumah?” Kereta dah di’reverse’ dan bergerak keluar. “Eh, takla. Kan Dr. dah janji nak belanja pizza?” Aliah memandang Dr.Faridah di sebelah. Jangan la tak jadi pulak Dr.. Baru tadi SMS Kamil suh ambik lambat sikit..

“Yelah.. Maksud saya, lepas makan ni la..” Aliah mengurut dada. Lega. Dr.Faridah ketawa kecil melihat gelagatnya. Memang la staf dia ni sorang. Hantu pizza. Pantang sebut pasal pizza..“Orait.. jom!” Tu je la jawapannya…

2 comments:

aqilah said...

nak lagi.....................

zuezakry said...
This comment has been removed by the author.